"Kehadiran tahun baru lebih wajar diisi dengan solat hajat, bacaan Yassin dan doa selamat di surau-surau dan masjid di seluruh negara" - Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar.
"Ubah cara sambutan. Tidak perlu konsert, bunga api sambut tahun baru 2014, sebaliknya diganti dengan acara keagamaan." - Sinar Harian 29 Disember 2013.
Rasanya ini ayat yang sebenar keluar muka depan akhbar Sinar Harian bertarikh 29 Disember 2014 bukannya "Pemuda UMNO Malaysia nak buat bacaan Yassin dan doa selamat secara besar-besaran atau di semua Bahagian atau di peringkat nasional".
Nampaknya ada jugak yang tak reti bahasa melayu atau tak reti baca tulisan melayu kot bila mempertikaikan kenapa Jamawi tak buat program keagamaan tersebut di peringkat nasional. Takkan tak faham kot dalam Pergerakan Pemuda UMNO kan ada Biro Keagamaan yang dipengerusikan oleh Ustaz Azmir.
Takkan la Jamawi sampai bengap sangat nak langgar hieraki jawatan dan biro yang dipegang oleh Exco Pemuda. Biarlah exco yang berkenaan yang buat program yang bersesuaian dengan biro masing-masing. Karang kalo buat bising pulak melalak kata dah "cross border" masuk campur kerja biro orang lain.
Lagi pun Jawawi ajak umat Islam sahaja mengubah cara sambutan tahun baru bukan paksa pun. Apatah lagi melibatkan kaum lain dan agama lain pun selaras dengan Firman Allah dalam surah Al-Kafirun ayat 6 terjemahannya "Untuk kamu agama kamu dan untuk aku agamaku".
p/s : amboi... marah sangat kat Jamawi sampai isu agama pun jadi isu... yang dok melalak tu ada pi surau atau masjid ka baca Yassin ngan doa selamat tak... ka dok terkinja-kinja macam beruk makyeh tengok bunga api kot... hehehehehehehehehe
No comments:
Post a Comment