Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 8 February 2014

Bila Pengarah Kastam KL Pun Pening Pasal Peranan Media Sosial Nak Jawab Isu GST??? @NajibRazak


Semalam bertempat di Menara Seri Wilayah telah berlangsungnya Seminar Permerkasaan Ekonomi Nasional (PENA) peringkat Wilayah Persekutuan berkaitan penerangan mengenai GST kepada pemimpin masyarakat setempat dalam kawasan Putrajaya yang disampaikan oleh Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan, Dato' Mohd Isa Endut. Satu usaha baik yang dilakukan oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Kastam dalam memberi input dan info yang tepat kepada ketua-ketua atau pemimpin masyarakat berkaitan apa sebenarnya SGT dan kebaikan GST. Cuma penerangan yang diberikan oleh Dato' Mohd Isa agak longgar terutama ketika sesi soal jawab.

Ada beberapa soalan diajukan oleh peserta yang hadir seperti Dewan Perniagaan Kecil dan pemimpin individu menarik minat gua. Gua seperti biasa mengambil sikap memerhati sahaja. Tapi apabila anak muda yang mewakili Gen-Y dari Pertubuhan Belia Wawasan Baharu mempersoalkan sejauh mana usaha dan peranan yang dimainkan oleh Jabatan Kastam dalam menggunakan media sosial sebagai medium menyampai dan mempertahankan GST kerana media sosial sekarang merupakan sumber rujukan anak muda yang dikenali sebagai Gen-y ini. Jawapan yang diberikan oleh seorang pegawai kanan dan tertinggi dalam jabatan serta bergelar Dato' amat mengecewakan seolah-olah memperlihatkan seorang pegawai kanan kerajaan tidak "media social savvy" langsung. Soalan yang diajukan seolah-olah dijawab dengan 2 jawapan yang berbeza. Pertamanya, jawapan yang diberikan oleh Dato' ni menyatakan pihak kastam tidak boleh memberi apa-apa jawapan atau penerangan mengenai GST secara rasmi melalui apa-apa medium media sosial selagi ia tidak di"gazet"kan dalan Dewan Rakyat pada bulan Mac akan datang. 





Apa jadahnya dok buat penerangan dan sesi taklimat malam tadi kalo hal GST tidak boleh lagi dibincang atau diterangkan sehingga bulan Mac selepas di"gazet"kan. Bukan ker malam tadi Kastam buat penerangan sesi taklimat mengenai GST. Penerangan seperti itu boleh plak dibuat tapi kalo kat media sosial tak boleh lagi sebab kena tunggu "gazet" bulan Mac nanti. Apa ka jadahnya!!!!! Persoalan anak muda tadi mudah saja, apakah peranan Kastam dalam menguruskan persepsi jahat yang dimainkan oleh pembangkang yang memburuk-burukkan kebaikan GST dan kesannya nanti pembangkang berjaya memberi persepsi negatif pasal GST. Dato' minta hadirin yang hadir mendapatkan info pasal GST seterusnya minta disampaikan kepada akar umbi tapi info SGT ni Dato' tak nak sampaikan menggunakan segala platform media sosial yang ada.

Jawab Dato' Pengarah Kastam KL lagi, Kastam telah melantik satu "company" atau syarikat yang ada blogger untuk menguruskan hal berkaitan menjawab segala persoalan dan "defend" GST di media sosial tapi "company" ini akan mula melakukan tugas mereka bila sahaja kerajaan telah meluluskan untuk GST diimplemen selepas bulan Mac nanti. Hallo Dato'... puak pembangkang dah lama mula menjalankan kempen memburuk-burukkan GST ni terutama si Rafizi tu dalam segala bentuk medium media sosial dan Dato' baru nak suruh "company blogger" tu mula buat kerja bulan Mac nanti lepas "gazet" konon. Bila benda dah jadi "damage" baru Dato' terhegeh-hegeh nak suruh "company" yang bayar entah berapa harga tu nak jawab. Masa tu benda dah jadi "damage" dah Dato' oooiii... 



Ni saja gua nak bagi contoh fitnah yang dah awal-awal lagi pemimpin pembangkang  maikan dalam memburuk-burukkan GST ni yang sepatutnya "company" tu "counter" awal-awal lagi. Nak selebihnya elok ler "company" berbayar tu pi cari sendiri. Yang gua tak boleh terima bila ada agensi kerajaan kata nak kena tunggu itu dan ini la sedangkan pembangkang dok balun kerajaan pasal GST. Ini masalahnya bila pegawai tinggi kerajaan dah la tak "media social savvy" langsung "clueless" pasal "cyber warfare". Entah sapa ler jadi pakar rujuk Kastam ni. Sebab benda-benda macam ni la yang buat rakyat atau penyokong kerajaan seperti cytro "feedup" penat dok jawab kat media sosial pasal dasar-dasar kerajaan sedangkan kakitangan kerajaan sendiri dok tunggu punya tunggu  punya tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu.......

Meh kita layan video penerangan GST ni pasal Pengarah Kastam KL pun pening nak guna media sosial...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers