Tindakan biadap itu dipercayai tercetus selepas mereka didapati tidak berpuas hati dengan kenyataan Ahmad Zahid berhubung isu ancaman yang diterima Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Teresa membuat laporan polis berhubung ancaman tersebut, lantas Zahid menjelaskan tiada keperluan untuk pihak polis menjalankan siasatan tersebut kerana Teresa bukannya mendapat ancaman bunuh daripada pihak-pihak tertentu.
Memetik kenyataan Zahid, “mengapa kita perlu menyiasat? Jika dia telah ditampar, barulah kita boleh ambil tindakan”.
“Menampar bukan satu ancaman. Jika mereka kata ‘membunuhnya’, maka ia akan menjadi satu ancaman,” katanya lagi.
Menerusi ganjaran menampar Zahid itu, turut ditulis bonus yang akan diberi sekiranya mereka berjaya melakukan tugasan-tugasan tersebut.
Malah terdapat beberapa komen yang kedengaran kasar di laman tersebut seperti, “why dont offer lontar tahi”??? dan “ask him to slap himself”.
Sebelum ini, Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia telah memberikan tawaran sebanyak RM1,200 sekiranya dapat menampar Teresa selepas beliau menghasilkan video Tahun Baru Cina yang didakwa menghina pemimpin tertinggi negara menerusi video tersebut.
No comments:
Post a Comment