Perkongsian pandangan daripada kapten yang cukup berpengalaman, Kapten Nik Huzlan Nik Hussain.
"Baik ini sedikit info yang dapat saya kongsikan berdasarkan ilmu saya yang cetek dan apa yang mampu saya ingat. Kepada juruterbang / kapten / jurutera kapal terbang dan yang sewaktu dengannya, sila betulkan dengan hikmah sekiranya saya silap.
1. Agak mustahil untuk sebuah kapal terbang terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.
2. Agak mustahil untuk kita katakan pesawat mengalami total 'electrical shutdown' dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan.
Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.
3. Di udara, setiap pesawat akan dapat baca pesawat lain, yang berdekatan.
4. Setiap laluan yang dilalui oleh mana-mana pesawat, adalah juga laluan yang dilalui oleh pesawat lain. Laluan utama. Jadi mustahil laluan di situ boleh memutuskan bacaan dan komunikasi dengan menara kawalan.
5. MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi 'maintainance' kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.
6. Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten, juruterbang MAS sering "diculik" oleh syarikat penerbangan lain.
7. Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan, untuk selamatkan pesawatnya, walaupun gunung ada di depan. Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.
8. Setiap pesawat boleh terkena petir, itu biasa, namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.
9. Akhir sekali, sebagai penutup, Kapten Nik menyatakan bahawa, Kapten Zaharie adalah antara juruterbang terbaik yang beliau pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun.
Wallahu A'lam.
Ini apa yang dikongsikan oleh Kapten Nik Huzlan dan hasil daripada hujah beliau, beliau sendiri tidak boleh ramal apa puncanya.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network
No comments:
Post a Comment