Ucapan YBM @ Perhimpunan Bulanan MOA
1 April 2014
Dewan Serbaguna MOA
Saya ingin memulakan ucapan pagi ini dengan mengucapkan takziah (tapi tidak semestinya takziah juga..) kepada keluarga penumpang MH370. Kita sedekahkan al fatihah kepada mereka, al fatihah..
Kejadian ini sungguh misteri. Apabila YAB PM mengumumkan bahawa perjalanan MH370 'ended' di Lautan Hindi berdasarkan radar yang kita teliti. Kenyataan PM adalah kesimpulan teknikal berdasarkan radar. Tidak pernah disebut bahawasanya pesawat itu terhempas / penumpang terkorban. Terserah kepada masing2 untuk mentafsirkan apa yang YAB PM nyatakan.
Jika ingin bercakap mengenai spekulasi, berbagai-bagai spekulasi yang boleh kita baca. Tetapi semuanya tidak berdasarkan fakta. Jadi, spekulasi hanyalah spekulasi.
Pencarian MH370 merupakan sesuatu yang sangat sukar. Kita juga jangan membuat spekulasi sendiri, kerana ini mungkin membawa kesan buruk/memberi harapan palsu kepada keluarga mangsa. Saya beritahu keluarga mangsa supaya kita harapkan semuanya selamat, tapi kita juga mesti mempunyai fikiran bahawasanya perkara yang buruk mungkin berlaku.
Nasihat saya kepada keluarga mangsa (orang di kawasan saya, Bera) hidup mesti meneruskan penghidupan, kerana yang telah tiada tidak mungkin akan kembali.
Sama-samalah kita berdoa untuk yang terbaik dan cuba mengurangkan spekulasi yang bukan-bukan kerana tiada guna kita menggembar gemburkan berita yang tiada sahihnya.
Kita agak kecewa dengan pandangan / reaksi rakyat / keluarga China terhadap negara Malaysia. Namun, government to government relationship tiada masalah, masih berjalan seperti biasa.
Kita tidak sorok sebarang info, kerana tidak mungkin kita boleh sorokkan apa-apa, kerana kita sama-sama melakukan pencarian dengan China dan negara-negara lain.
Regardless of our race, language, religion and political affiliation, kita perlu bersatu dalam menghadapi bencana/kemalangan.
Saya agak kesal kerana rakyat Malaysia masih kurang matang. Pihak pembangkang pula mengambil kesempatan memburukkan kerajaan.
Untuk perhimpunan bulanan kali ini, saya ingin mengumumkan beberapa program yang telah kita lancarkan.
Antaranya ialah program penanaman semula pokok buah-buahan. Baru-baru ini kita lancar di Raub. Saya minta DOA promosi habis-habisan, buat poster dan sebagainya, kerana pelancaran harus disambut dengan promosi dan pelaksanaan yang meluas supaya ianya tidak sia-sia.
Program flora dan fauna di RTC Kelantan, also have received big coverage.
Road to Maha, baru-baru ini di Teluk Intan, Perak.
Asian-India Meetings, attended by KSU.
Asian and Asian Pacific Ministers Conference in Mongolia, attended by YBM. Next conference, Malaysia will be the organizer/chairman, which is a very big honour to us since this is a very big conference.
Kita akan menyelesaikan oustanding issues dengan negara-negara sahabat kita. Antaranya ialah Vietnam, MoU kerjasama pertanian. Juga dengan Indonesia, kita akan selesaikan isu berkaitan pertanian dan perikanan.
Baru-baru ini saya dijemput oleh YAB PM ke Filipina. Hanya dua menteri sahaja yang dijemput, ministers of MOFA and MOA. Dalam ucapan PM, beliau menyatakan bahawa kita akan bantu Bangsa Moro dalam sektor pertanian.
Jadi, kita harus sedar bahawasanya tanggungjawab kita adalah semakin besar. Bukan setakat di dalam negara, tetapi juga di luar negara.
Baru-baru ini saya ke Aceh, dan kita juga membantu Aceh dalam sektor pertanian. Urusan kita dengan Aceh close deal hanya dalam masa dua minggu (saya janji dalam masa sebulan). Kelmarin, kita dah terima first shipment tomato, carrot, kubis dan kentang dari Aceh.
YAB PM percaya dengan kemampuan kita, sebab itu apa kita minta, beliau beri. Jadi, tanggungjawab kita pula adalah untuk melaksanakan amanah yang diberi. Jangan hanya pengumuman/program yang dipromosi secara besar-besaran, tetapi peringkat pelaksanaan juga perlu dijalankan dengan tepat dan cepat.
Bukan hanya polisi/dasar/program yang diumumkan adalah penting, tetapi yang lebih penting adalah pelaksanaan di peringkat akar umbi. Saya bimbang akan pelaksanaan di peringkat bawah.
Kita mesti laksanakan kepercayaan/amanah yang diberi oleh PM (yang mana kepercayaan tersebut adalah daripada rakyat sebenarnya).
Saya sekali lagi menekankan, saudara/i sekalianlah yang boleh melaksanakan apa yang kita umum/program yang kita lancarkan.
Saya ingin menyentuh tentang peranan kakitangan kerajaan.
Tugas kakitangan kerajaan bukan setakat menyiapkan kerja pejabat, bukan hanya setakat melaksanakan tugas hakiki.
Sepatutnya, kakitangan menjadi penghubung antara kerajaan dan rakyat. Kakitangan kerajaan perlu menjadi penyampai apa sahaja polisi/dasar yang diumumkan oleh kerajaan.
Kakitangan kerajaan mesti menyokong dan mendukung polisi yang diumumkan oleh kerajaan.
Kaki dan tangan, kaki dan tangan kepada kerajaan, jika kaki dan tangan tidak mengikut apa arahan kerajaan, berdalih dan terjun laut (maka badan pun akan mati lemas).
Jika kita bekerja dengan kerajaan, kita perlu mempertahankan dasar-dasar kerajaan. Contohnya, jika kerajaan melaksanakan GST, kita seharusnya menyampaikan dasar kerajaan tersebut kepada rakyat, bukannya kita yang paling depan sekali membantah pelaksanaan GST.
Saya akan berterus-terang dengan kakitangan saya, saya tidak akan berselindung.
Saya ucapkan terima kasih kepada SPRM, kerana telah menempatkan seorang pegawai integriti di kementerian kita.
Di kementerian kita, saya dah sebut bahawa kita adalah satu keluarga. Tiada vvip, tiada vip etc. Makan sama-sama, duduk sama-sama. Kalau saudara makan buffet, saya pun makan buffet. Kalau saudara makan pinggan plastik, saya pun pinggan plastik juga.
Baju-baju korporat juga sudah tak perlu. Batik-batik seragam juga tak perlu.
Program-program kecik tak perlu kain pemidang atau hiasan-hiasan melampau. Jika internal programs, buat santai-santai saja.
Kain rentang kat belakang ni pun (perhimpunan bulanan MOA) tak perlu tukar, guna sampai 5 tahun pun takpe. Kita nak cut cost. Bazir duit je.
Tahniah saya ucapkan kepada MOA -
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
No comments:
Post a Comment