Road to MAHA kini singgah ke destinasi seterusnya iaitu bumi Melaka Bandaraya Bersejarah hari ini dan diadakan dengan suasana yang cukup meriah dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib sendiri diiringi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ismail Sabri serta Ketua Menteri Melaka, Datuk Ir. Idris Haron di perkarangan MITC Melaka.
Acara gilang-gemilang ini yang merupakan salah satu dari usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam mempromosikan MAHA 2014 yang akan berlangsung si MAEPS Serdang pada hujung tahun ini. Program ini turut menerima sambutan yang amat menggalakkan dari rakyat Melaka sendiri apabila ribuan penduduk sekitar bandar Melaka dan penduduk Melaka dari kawasan berhampiran turun membanjiri perkarangan MITC Air Keroh, Melaka.
Menteri Pertanian mensasarkan seramai 6.6 juta pengunjung dengan jualan sebanyak 20 juta dalam MAHA 2014 berbanding kira-kira lebih 3.3 juta pengunjung yang telah menghadiri ke MAHA 2013 serta bakal melibatkan urusniaga sebanyak 10 juta dalam karnival MAHA 2012. Mini MAHA ini adalah program utk mempamerkan produk pertanian dalam kawasan atau negeri Melaka.
No comments:
Post a Comment