Tabung Haji Menafikan Pelaburan di Amerika Syarikat.
KUALA LUMPUR, Isnin, 22 September 2014: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyatakan rasa kesal atas kenyataan berbentuk spekulasi mengenai pelaburan TH di Amerika Syarikat baru-baru ini. TH sehingga kini tidak membuat sebarang komitmen pelaburan di Detroit atau mana-mana bandar lain di Amerika Syarikat.
Tidak ada sebarang transaksi atau pembayaran telah dibuat bagi tujuan pelaburan di Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, orang ramai sewajarnya tidak mempercayai sumber-sumber tidak rasmi yang hanya berbentuk spekulasi yang tidak mencerminkan keadaan sebenar.
Untuk makluman, TH setakat ini telah membuat pelaburan di Arab Saudi, United Kingdom, Australia dan negara-negara Asia untuk mempelbagaikan pelaburannya. Berikutan pulangan yang memberangsangkan daripada pelaburan di negara-negara tersebut, TH akan terus mencari peluang pelaburan yang serupa di negara-negara lain berdasarkan kepada rangka kerja Strategi Alokasi Asetnya. Pelaburan luar negara, sebagaimana pelaburan domestik, adalah tertakluk kepada proses kelulusan pelaburan yang ketat.
TH sentiasa menekankan kepentingan Ummah dan para pendeposit dalam semua aktiviti-aktiviti pelaburannya.
Sekali lagi blogger SyedOutsideTheBox kantoi dalam story terbaru beliau mengenai fitnah terhadap Tabung Haji kononnya membuat pelaburan le Amerika Syarikat dan kononnya pelaburan itu merupakan satu kesilapan besar yang dilakukan Tabung Haji seolah-olah satu pengkhianatan kepada umat Islam Malaysia.
Namun, mungkin kerana sudah terkantoi dengan fakta sebenar maka blogger SyedOutsideTheBox telah men"delete" artikel fitnah tersebut. Ini adalah kali kedua blogger SyedOutsideTheBox ini kantoi membuat fitnah yang mana kali pertama beliau cuba membuat fitnah terhadap Perdana Menteri.
Semoga dengan penjelasan dari pihak Tabung Haji sendiri dapat menjernihkan keadaan yang cuba dikeruhkan oleh blogger pemfitnah ini dan maklumat ini dapat disebarkan kepada rakyat Malaysia agar segala kemusykilan dalam diperjelaskan.
Blogger outsyed the box ni dah macam ejen Yahudi! Artikel dia semua BODOH dan BANGGANG tapi dia perasan macam dia pandai.
ReplyDeleteDia tu ANTI-ISLAM dan ANTI-KERAJAAN BN. Memang macam sial si pengkhianat tu.
Go to hell, Asshole! Jangan buang masa membaca blog2 mamat ni.
Yeahhh... saman jgn x saman!
ReplyDelete