Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday, 2 January 2015

Jawapan Isu Tampal Muka PM @NajibRazak Pada Kampit Beras??? @IsmailSabri60 #DSIS


Baru-baru nie kecoh di laman sosial terutama menerusi wassap group pasal gambar seorang individu kelihatan sedang menampal stiker gambar Perdana Menteri pada kampit beras. Maka gempak-gempita la macai-macai fuckatan meloncat menabur fitnah kononnya bantuan kerajaan lambat sampai sebab nak cetak dulu muka PM kat kampit beras.

Kepada macai-macai fuckatan dan mereka di luar sana yang mahukan jawapan sebenar pasal isu gambar PM pada kampit beras, ni jawapan daripada tuan punya badan sendiri yang gambarnya tersebar merata tu. Lepas ni harap takda lagi yang dok tambah fitnah pasal benda remeh-temeh ni.
Banjir: Beras berpelekat wajah PM: Sukarelawan dah sahkan Malaysiakini menipu. SKMM kena ambil tindakan ni.

Beras berpelekat wajah PM: Sukarelawan sahkan Malaysiakini berbohong #AwasBanjir

Kuala Lumpur, 2Jan - Naib Pengerusi Briged Kesatria Muda, Eddy Casmady Che Hussin menafikan paket beras dan bantuan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT) dilekatkan dengan pelekat berwajah Perdana Menteri.

Sambil menyifatkan tindakan portal berita Malaysiakini berniat jahat, beliau kesal kerana tindakan portal berita itu melaporkan berita palsu dan memanipulasikan gambar beliau ketika meletakkan penanda berwajah PM telah menyebabkan salah tanggap, persepsi negatif dan tuduhan tidak baik terhadap beliau dan NGO yang diwakili beliau.

Beliau juga akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang ke atas Malaysiakini dan blogger Syed Akbar Ali atau OutSyed The Box di atas fitnah yang dilakukan.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau kepada KL Xpress mengenai isu ini.

Kenyataan Naib Pengerusi Briged Kesatria Muda - Mohd Eddy Casmady Che Hussin mengenai Laporan Malaysiakini Mengenai Paket Beras Bantuan Banjir Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Berpelekat Wajah Perdana Menteri

1. Malaysiakini telah membuat satu pelaporan berita palsu dan memanipulasikan berita bergambar melalui portal berita tersebut beralamat URL www.malaysiakini.com.

Malaysiakini telah menggunakan tanpa izin dan memanipulasikan gambar saya sebagai penampal pelekat berwajah Perdana Menteri di atas paket bantuan beras. Berikut adalah fakta sebenar dan kenyataan yang menyatakan kebenaran mengenai isu ini.

2. Sebagai Naib Pengerusi Briged Kesatria Muda Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengatur, memindah, mengasingkan dan menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara. Gambar yang dimanipulasikan oleh Malaysiakini adalah gambar saya selaku SUKARELAWAN Briged Kesatria Muda, bukan seorang "pekerja" seperti yang didakwa portal berkenaan. Rujuk sukarelawan dan NGO yang lain sebagai pengesahan kerja-kerja sukarelawan yang telah saya jalankan.

3. Briged Kesatria Muda adalah biro yang ditubuhkan untuk menggerakkan misi kemanusiaan. Kami telah pun merancang & melakukan kerja-kerja bantuan kemanusiaan di mana 3000 kampit beras pertama telah disediakan lebih awal oleh MOA melalui satu majlis rasmi pada 17/12/2014 di Putrajaya. Pengedaran aktif oleh Briged Kesatria Muda juga dilakukan sebelum berlakunya banjir besar di Pantai Timur. 

4. Briged Kesatria Muda tidak terikat dengan MOA semata-mata. Kami turut mengumpul dan mengedar bantuan dari kumpulan NGO-NGO dan Kementerian lain. Adalah perlu kami meletakkan penanda agar ia tidak bercampur dan memudahkan urusan logistik dan penghantaran.

5. Bantuan makanan daripada MOA sebenarnya tidak mempunyai penanda berwajah YAB PM seperti mana yang didakwa. Hanya sebanyak100 keping penanda yang dicetak dan ditampal untuk membezakan bantuan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dari bantuan-bantuan daripada pihak lain yang turut membantu membekalkan barangan makanan kepada mangsa banjir.

6. Banyak gambar yang dirakam dalam operasi penyerahan bantuan ini membuktikan bahawa tiada pelekat berwajah PM dilekatkan di atas bantuan-bantuan yang disampaikan oleh kementerian ini. Para sukarelawan Kementerian Pertanian dan aktivis-aktivis NGO yang terlibat juga boleh mengesahkan bahawa tiada pelekat bergambar PM di atas bantuan-bantuan yang diserahkan.

7. Pihak Briged Kesatria Muda menganggap laporan berita yang dibuat oleh Malaysiakini adalah palsu dan berniat jahat. Laporan berita dan perbuatan memanipulasi gambar saya oleh Malaysiakini juga telah mengakibatkan persepsi negatif, salah tanggap dan tuduhan tidak baik terhadap saya dan Briged Kesatria Muda. Perbuatan ini tidak boleh dimaafkan sama sekali dan tindakan wajar diambil terhadap Malaysiakini yang tidak bertanggung jawab ini.

8. Briged Kesatria Muda akan membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta berhasrat untuk menyaman Malaysiakini bagi membersihkan nama baik Briged Kesatria Muda.

9. Kami juga akan membuat laporan polis terhadap blogger yang bernama Syed yang telah memanipulasi gambar saya dengan kenyataan fitnah dan berniat jahat serta laporan polis terhadap Malaysiakini yang menulis dan menyebar kenyataan untuk memburukkan kami serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

10. Briged Kesatria Muda juga ingin mencadangkan agar Menteri dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut menyaman Malaysiakini yang jelas telah memfitnah dalam cubaan untuk menghasut pemikiran rakyat untuk membenci kerajaan di media sosial.

11. Sekian kenyataan saya untuk makluman tuan/puan. 


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network


















2 comments:

  1. Pemfitnah memang patut disaman.

    ReplyDelete
  2. tampal jgn x tampal...tunjuk menunjuk & minta puji adalah budaya orang kita...ko pun sama kualaaaan.... hahahah angkat bakul selalu..bagus...rasanya besar x pahala buat mcm tu masa musibah pulak tu? nak promo juga ka?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers