Silat merupakan warisan orang melayu sejak turun-temurun. Silat juga datangnya dari pelbagai rumpun melayu sama ada bermula dari tanah Indonesia mahupun yang lahir dari Tanah Melayu sendiri. Sudah menjadi kebiasaan dalam ilmu persilatan perbezaan pencak dan seninya. Sudah menjadi kebiasaan dalam ilmu persilatan wujud apa yang dikatakan sebagai "perbezaan" dari pelbagai segi. Begitu juga tidak asing lagi perbezaan ideologi ahli, pengikut mahu pun mahaguru ilmu persilatan ini. Tidak terkecuali ini juga berlaku di bumi Sungai Besar apabila "perbezaan" ideologi politik yang dibawa oleh mahaguru-mahaguru di sini.
Namun, perbezaan ideologi ini ditangani secara "halus" oleh YB Senator Datuk Hj Megat Zulkarnain TanSri Omardin, Setiausaha Agung Pesaka Malaysia yang hadir di Majlis Iftar dan menyampaikan sumbangan kepada guru-guru silat di seluruh Parlimen Sungai Besar yang melibatkan 24 jenis perguruan. Turut hadir bersama dalam majlis ini YB Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam, selaku Presiden Pesaka Malaysia pada 12/06/2016 bertempat di Mutiara Tom Yam Sg. Besar.
Apa yang menarik ketika majlis ini berlangsung tidak ada satu pun bendera parti bertanding dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Sungai Besar sama ada dari Barisan Nasional, PAS atau PAN yang digantung walaupun dikalangan mahaguru-mahaguru ini ada yang berfahaman BN, PAS dan PAN. Kadangkala kaedah ini dilihat lebih berkesan berbanding dengan beberapa kaedah atau program yang dijalankan ketika musim kempen pilihanraya kerana berdasarkan pemerhatian kebanyakkan program biasa yang dijalankan hanya dihadiri oleh kelompok sendiri sahaja. Agak sukar mahu melihat sesuatu program dihadiri oleh pengikut atau ahli parti politik yang berbeza bendera.
Kadangkala jentera parti harus berfikir "di luar kotak" jangan terlalu terikut-ikut cara tradisi yang diwarisi secara turun temurun sejak dahulu lagi dalam berkempen di alaf baru nie.....
No comments:
Post a Comment