Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday, 9 October 2011

Isu Sultan Dan Raja : Pandangan Ust. Kazim Elias Penceramah Bebas



Kulaan sekali sekala bukak juga youtube mencari klip-klip penceramah agama sambil berblog kerana Kulaan rasa lebih selesa mendengar ceramah agama ketika menulis blog berblog daripada mendengar lagu. Bukan Kulaan mengatakan tidak boleh langsung mendengar lagu-lagu ketika bekerja atau ketika membuat apa pun cuma Kulaan itu cara individu masing-masing. 

Dalam banyak-banyak klip video ceramah yang Kulaan dengan di Youtube tentang banyak isu dan masalah semasa ketika ini terutama hukum hakam berkaitan agama Islam, Kulaan dah dengar ceramah di atas dan Kulaan rasa sudah menjadi tanggungjawab Kulaan untuk berkongsi ilmu yang diberikan oleh Ustaz Kazim Elias yang Kulaan rasa pandangan dan ilmu yang diberikannya adalah adil untuk semua pihak. (Klik Sini)

Inilah Kulaan rasa apa yang dimaksudkan oleh Dr. Hassan Ali mengenai kebenaran memberi tauliah memberi ceramah agama kepada penceramah yang mengajar agama dan hukum hakam dalam Islam tanpa mempunyai maksud politik atau memberi ceramah berunsur pengaruh politik. (Klik Sini)

Kulaan : kalo nak mengajar agama... mengajar agama sudah ler... jangan nak menabur fitnah politik pulak... jangan gunakan surau dan masjid sebagai pentas politik pulak...

Saturday, 8 October 2011

Namewee Negarakuku Jer Boleh Masuk Parlimen Pakai Suka Hati Mak Bapak Dia )(^&^$@##@#@$##$#%^$^%&^&*^&^*


Al-kisah tersebutlah kisah dua hari lepas saya ke Parlimen untuk menemubual Raja Nong Chik Menteri Wilayah Persekutuan berhubung Rang Undang-Undang Pembangunan Kampong Baru 2011 yang dibentangkan di Parlimen dua hari lepas.

Pakaian yang saya kenakan pada hari berkenaan adalah kemeja lengan panjang, seluar slack dan berkasut kulit. Baju kemeja yang saya pakai saya lipat dibahagian lengan hingga ke paras siku sebab saya lebih selesa begitu, namun saya tidak mengenakan tali leher kerana saya beranggapan tali leher tak perlu jika kita sekadar berada di ruangan lobi. Nazri Aziz yang kata dulu ketika kecoh kes Namawee pakai snow cap masuk Parlimen.

Tapi ketika di kaunter untuk mendaftarkan nama, seorang anggota yang bertugas meminta saya mengenakan tali leher dan menurunkan lipatan lengan baju jika tidak saya tidak dibenarkan masuk kerana tidak mematuhi kod etika berpakaian yang ditetapkan.

Dah diarahkan begitu, saya pun akur dan segera menurunkan lipatan lengan baju saya sambil mengatakan bahawa tali leher saya berada di dalam beg. Mujur brader tersebut benarkan saya masuk tanpa banyak bicara. Sampai saja ke dalam saya terus ke galeri cenderahati untuk membeli sehelai tali leher kerana bimbang tidak dibenarkan masuk ke sidang dewan.

Harganya boleh tahan tercekik juga iaitu RM50, tapi nak tak nak terpaksa beli juga sebab kod berpakaian telah mengatakan setiap lelaki mesti berpakaian kemeja lengan panjang dan bertali-leher.
Semua pelawat perlu mematuhi tatacara berpakaian semasa berada di Bangunan Parlimen iaitu; 
KOD ETIKA BERPAKAIAN SERTA PERATURAN-PERATURAN BAGI PELAWAT-PELAWAT AWAM SEMASA BERADA DI PARLIMEN MALAYSIA 
PAKAIAN YANG DIBENARKAN 
LELAKI

1) Long-Suite dan bertali leher
2) Berbaju kemeja lengan panjang dan bertali leher
3) Berbaju batik lengan panjang
4) Berbaju melayu lengkap bersamping dan bersongkok
5) Berseluar panjang (slack)
6) Berkasut kulit 
PAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN 
1) Baju T / jaket
2) Baju tanpa lengan / lengan pendek
3) Seluar jeans
4) Pakaian ketat dan menjolok mata
5) Selipar / kasut sukan
6) Baju berkolar bulat / Nehru kolar
Barulah saya tahu (maklumlah orang kampung) rupanya ketat etika berpakaian untuk ke Parlimen, saya ingatkan bolehlah cilok-cilok masuk walaupun tak bertali leher, tapi jangkaan saya meleset. Yang hairannya, mengapa pemuda bengong bernama Namawee boleh masuk ke Parlimen dengan hanya memakai T-Shirt dan Snow Cap...?


Bukanlah berniat ungkit kisah yang sudah lepas, saya cuma hendak sampaikan kepada sahabat pembaca sekelian bahawa kalau hendak ke Parlimen kita hendaklah mematuhi kod etika berpakaian yang ditetapkan, sebab kita ini tiada apa-apa keistimewaan jika hendak dibandingkan dengan Namawee.

Sebab apa saya kata gitu...?

Sebab para pembesar negara tidak akan memberikan apa-apa keistimewaan kepada kita kerana kita bukan manusia yang bernama...

NAMAWEE... Syoknya jadi Namawee...

Benarlah kata Tun Faisal di blognya jika Namawee hendak dijadikan ikon pemimpin hari ini ada masalah nilai dan fikrah...
Sumber : Double Y

Kulaan : besar giler nama NAMEWEE sampai dia boleh masuk Parlimen tanpa mematuhi Kod Etika pakaian... kalo tak caya Kulaan

Panas : Malaysiakini Dan Malaysian Insider Bergabung Tenaga Menghentam Bajet PM????

Barua betul portal pembangkang.

Bila dah takde modal, guna perkataan bajet pilihanraya sebagai penghasut rakyat.

Bagi MyMassa, kalau takde pilihanraya pun DS Najib akan umum bajet macam tu. Sebab dari track record DS Najib, mana-mana kementerian yang beliau pegang, kebajikan anggota kementerian tersebut akan terjaga. Masa pegang Kementerian Pelajaran, cikgu naik gaji. Masa pegang kementerian pertahanan, tak payah di sebut semua orang tau macam mana gaji yang askar dapat.

Jadi bila DS Najib jadi PM, maka kebajikan seluruh rakyat Malaysia akan beliau jaga. Berbeza dengan Anwar Ibrahim, masa dia pegang kementerian pendidikanlah ramai guru-guru anti Kerajaan ditukarkan ke Sabah dan Sarawak sehingga PAS dah boleh bukak cawangan di dua negeri tersebut.

Apa yang DS Najib perlukan adalah kestabilan ekonomi dan politik. Jika kedua-duanya stabil, makin banyak manfaat yang rakyat dapat daripada pentadbiran beliau. Kalau Anwar pulak, jika bukan kroni dia, jangan haraplah nak dapat. Sampaikan ketika dia dipecat, kebanyakkan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan adalah orang Anwar Ibrahim termasuk Ketua Pengarah BPR dan Ketua Cawangan Khas.

*Terpulang kepada rakyat sama ada nak pilih yang pandai bercakap macam Anwar atau yang pandai buat kerja macam DS Najib.
 Sumber : MyMassa

Haram Jadah betul Malaysiakini si penipu dah cium molot dengan MalaysianInsider si pembohong... dah berpakat pulak hentam Bajet 2012 yang baru petang tadi dibentang oleh PM, Datuk Seri Najib di Dewan Rakyat...

Dalam Bajet 2012, PM telah mencadangkan agar elaun Ahli Parlimen ditambah sejajar dengan tugasan dan beban tanggungjawab MP yang semakin banyak dan besar dengan satu syarat... mendapat persetujuan sebulat suara Dewan Rakyat termasuk MP pembangkang... adakah Ahli Parlimen pembangkang akan bersetuju atau menentang cadangan kenaikan elaun Ahli Parlimen di Dewan Rakyat... kita nantikan...

Kalau cadangan ini diterima sebulat suara Ahli Dewan Rakyat termasuk pembangkang, dengan terang dan jelas memperlihatkan perangai buruk dan hodoh pemimpin pembangkang yang menjadi Ahli Dewan Rakyat... jelas menunjukkan kalau sesuatu itu memihak dan memberi keuntungan kepada mereka, maka mereka akan sokong... tapi jika sesuatu itu tidak memihak dan tidak menguntungkan mereka, Kulaan jamim pasti mereka menentang habis-habisan...

Kulaan : jangan percaya sangat berita dan dakyah yang dilaporkan oleh Malaysiakini dengan Malaysian Insider tuh... lebih banyak bohong daripada betul...

Friday, 7 October 2011

Siri 1 : Bajet 2012 "Membela Rakyat, Mensejahtera Negara"

Siri 1 : Bajet 2012 "Membela Rakyat, Mensejahtera Negara"


Kulaan telah menjangkakan sebelum ini berkenaan kenaikan gaji kakitangan awam atau kakitangan kerajaan yang pada pandangan Kulaan agak tinggi dan besar. Sudah tentu berita ini menggembirakan hampir 1.3 juta kakitangan awam yang sedang berkhidmat sekarang. 

Kulaan juga mendapat khabar angin daripada desas-desus daripada sahabat-sahabat Kulaan yang sedang bertugas mencari masa dan tempat untuk mendengar pembentangan Bajet 2012 yang baru sebentar tadi dibentangkan oleh PM, Datuk Seri Najib untuk kelulusan kabinet. (Klik Sini)

Dalam bajet ini juga PM mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada 1.3 juta penjawat awam dan 600 ribu pesara kerajaan. Dengan pemberian bonus maka lengkaplah sudah bonus sebulan gaji untuk tahun 2011. Dengan bonus RM500 kali ini dengan bonus RM500 yang diterima bersekali dengan gaji Disember 2011. (Klik Sini)

Kakitangan Pejabat PM Bocor Rahsia Bajet 2011????


Petang ini YAB PM akan membentangkan Belanjawan 2012. Saban tahun, menjelang hari pembentangan, banyak andaian, ramalan dan harapan rakyat Malaysia yang diperdengaran untuk mendapat manfaat dari belajawan tersebut.

Blogger picisan seperti JPX juga tidak terkecuali membuat andaian. Meninjau dari alam maya yang tidak tidur ini, dapat dilihat dan diperolehi pelbagai jenis andaian dan harapan dari segala sudut dan lapisan hidup rakyat Malaysia. Masing-masing membawa dan memperjuangkan apa yang dirasakan baik untuk mereka dan semua.

Pada pendapat JPX, belanjawan tahun ini adalah petunjuk besar bila Pilihan Raya Umum akan diadakan. Maka, akan banyak kejutan dan rezeki Allah akan turun melalui pentadbiran kerajaan kepada rakyat.  Dalam renungan JPX, beberapa perkara ini akan diumumkan esok


  • Kakitangan kerajaan akan mendapat bonus/Naik Gaji untuk tampung kos sara hidup yang meningkat
  • Lebih dana akan disalurkan bantu rakyat bandar berpendapat rendah. Lebih banyak rumah kos rendah di bina di kawasan bandar besar.
  • Naik taraf pengangkutan awam luar/dalam bandar
  • Lebih dana untuk prasarana luar/dalam bandar
  • Kenaikan Cukai tembakau dan hiburan

JPX juga mengharapkan beberapa perkara ini diambil perhatian oleh kerajaan

  • Peluang pekerjaan untuk lepasan IPTA/IPTS/Belia Berkemahiran
  • Bantuan kepada Belia yang ingin melanjutkan pelajaran
  • Dana tetap kepada Pertubuhan Belia melalui Kementerian Belia
  • Tabung bantuan untuk mulakan perniagaan kepada belia dicairkan semula
  • Subsidi bahan api dinaikan
  • Harga dan cukai hartanah yang lebih rendah
  • Cukai import dan harga kereta Lamborghini dikurangkan

Apapun, kita semua berharap agar kerajaan dapat memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia di dalam Belanjawan ini. 

JPX yakin dan percaya bahawa kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk keselesaan dan kesenangan rakyatnya. Namun mustahil untuk memberikan kepuasan kepada semua pihak dan sebagai rakyat yang baik tentu sahaja kita dapat menerimanya secara waras dan tertib.

Apapun, Belanjawan 2012 adalah lebih baik daripada belanjawan yang telah dibentangkan oleh Pakatan Rakyat.
Sumber : Jiwa Paradox
Kulaan : Sapa pulak yang bocor rahsia kerajaan nie... Kulaan amat berkeyakinan tak lain dan tak bukan mesti orang dalam... orang dalam yang Kulaan maksudkan mestilah kakitangan awam atau kakitangan kerajaan... yang pasti berkemungkinan besar kakitangan awam yang bekerja di Pejabat Perdana Menteri... atas alasan apa... dah kerja kat dalam pejabat PM maka mesti ada access kepada dokumen-dokumen sulit kerajaan...
satu lagi pada pandangan Kulaan, kenapa tahun ini pakatan pembangkang lebih awal mengemukakan bajet pakatan yang dibentangkan oleh ketua pembangkang DSAI dua hari lepas, adalah kerana pakatan telah mendapat maklumat bahawa bajet yang akan dibentangkan oleh PM, Datuk Seri Najib adalah lebih mesra alam dengan rakyat... bermakna bajet yang akan dibentang nanti akan memberi banyak manfaat kepada rakyat seterusnya mengurangkan sokongan kepada pakatan... ini yang ditakuti oleh pembangkang sekarang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers