Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday, 29 June 2012

Suaram Dan Pakatan Mengamuk Bila Sudah Kantoi....


Sepandai-pandai PR dan Suaram menipu, akhirnya kantoi jua. Mereka menuduh kononnya Altantuya dibunuh kerana menuntut komisyennya hasil pembelian Scorpene. Jom kita nilai fakta mereka:

1. Perjanjian scorpene ditandatangani tahun 2002 dalam keterangan mahkamah Razak Baginda mula-mula kenal altantuya tahun 2004

2. Laporan siasatan polis perancis mengesahkan tiada rekod altantuya pernah masuk perancis

3. Altantuya adalah jurubahasa russia, scorpene adalah kapal selam perancis, buat apa guna altantuya yang tak reti berbahasa perancis? Takkan dalam syarikat DCNS (supplier scorpene) takde orang reti cakap english

4. Peguam mewakili bapa altantuya dalam kes mahkamah memintak dipanggil semula razak baginda dalam perbicaraan Sebab menurut peguam, razak baginda merupakan satu-satunya org malaysia yg altantuya kenal. Maksudnya takde kena mengena dgn Najib Razakpun. Itu sebabnya Pembangkang sampai menawarkan Zul Nordin tawaran yg mengugat iman supaya Shirul dan Azilah membuat pengakuan palsu bahawa mereka bunuh Altantuya atas arahan Najib dan Rosmah

5. Dan peguam yg mewakili keluarga altantuya ialah Karpal Singh

Kita Lawan Kebatilan PAKATAN...

Thursday, 28 June 2012

Puaka Niring : Misteri Pokok Bertanda ‘08’???...





Sebagai tanda ‘hormat’ kepada pemimpin, sekumpulan lelaki dipercayai anggota kongsi gelap melilitkan kain tertulis angka 08 berserta kalungan bunga di tepi jalan utama Kampung Kebun, di sini beberapa hari lalu hingga mencetuskan kemarahan penduduk.

Penduduk menyifatkan perbuatan itu sebagai kurang ajar dan meminta pihak berkuasa bertindak membuang kain rentang dan kalungan bunga itu kerana boleh mengeliru dan mengguris hati pelbagai pihak.

Penduduk mendakwa, kain dan kalungan bunga itu dililit pada pokok selepas dua lelaki, dipercayai pemimpin kanan kumpulan terbabit terbunuh apabila kereta mereka remuk teruk merempuh pokok berkenaan selepas dikejar kenderaan polis kira-kira jam 2 pagi, minggu lalu.

Bagaimanapun, sehari selepas kejadian itu, puluhan lelaki menaiki motosikal dan kereta berarak ke tempat kejadian dan memasang kain rentang tertulis 08 serta meletakkan kalungan bunga.

Tindakan kumpulan berkenaan menimbulkan kekeliruan di kalangan penduduk mengenai motif mereka meletakkan kalungan bunga dan melilitkan kain yang tertera angka 08.

Seorang penduduk yang enggan dikenali mendakwa ketika kain rentang dan kalungan bunga itu dipasang, terdapat lebih 50 lelaki dipercayai ada kaitan dengan kumpulan berkenaan.

“Kalau ini sebahagian upacara keagamaan, kami tidak kisah, tetapi cara mereka datang meletakkan kain rentang dan memasang kalungan mempunyai nombor 08 itu secara logik menggambarkan ia mewakili kumpulan kongsi gelap. Penduduk kampung di sini bimbang budaya kongsi gelap sewenang-wenangnya masuk ke dalam kampung mereka dan mempengaruhi penduduk terutama generasi muda.

“Menyakitkan lagi mata kami apabila dalam perarakan menaiki kenderaan itu mereka turut mengibarkan beberapa kain tertulis nombor serupa, seolah-olah megah dengan nama kumpulan kongsi gelap 08. “Kami cadangkan pihak berkuasa menurunkan kain yang dililit pada pokok berkenaan dan menasihatkan semua pihak supaya menjaga hati penduduk di sini,” katanya.

Kain yang tertera nombor 08 yang ditulis menggunakan dakwat merah dan sementara kalungan bunga digantung pada pokok yang sama.

Penduduk turut mendakwa, dalam kejadian mengejar di antara polis dan kereta dinaiki suspek minggu lalu, paip utama berdekatan turut pecah menyebabkan penduduk berdekatan mengalami masalah gangguan air.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, beliau akan mengarahkan pegawai dan anggotanya ke tempat kejadian bagi menurunkan kain yang mempunyai angka 08 itu.

Beliau memberi jaminan pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan mana-mana perbuatan yang boleh mencetuskan keresahan masyarakat dan tindakan menurunkan kain yang dililit pada pokok itu akan dilakukan serta-merta demi kebaikan semua pihak.

“Saya akan hantar pegawai dan anggota ke tempat kejadian bagi menurunkan poster tertulis nama kumpulan kongsi gelap itu,” katanya.

Sketsa : Dialog Dua Sahabat Ahli Pas Dan UMNO...


Sebelum azan solat Zohor berkumandang di sebuah masjid yang gua singgah untuk menunaikan rukun Islam,  gua terdengar perbualan dua orang sahabat berlainan fahaman politik menyembang pasal parti politik masing-masing.

Pas kata : "Berjuanglah untuk agamamu bukan bangsa dan negara".
UMNO jawap : "Tidak ada orang yang beragama tidak berbangsa dan bernegara".

Pas berkata lagi : "Ikut Pas kamu dapat pahala beroleh syurga".
UMNO jawap lagi : "Belum ada lagi orang-orang Pas banyak pahalanya terutama yang dah mati membuktikan mereka ada di syurga".

Pas emosi : "Kamu ikut UMNO kamu kafir Laknatullah masuk neraka"
Dengan sabar UMNO jawap : "Belum ada orang-orang UMNO di neraka seperti kamu katakan dan kamu tidak mampu buktikan apa-apa".

Pas pun berlalu pergi tanpa solat Zohor dan pergi tanpa beri salam pun,
mungkin dia solat di rumah membawa hatinya terbakar sendiri tadi .....

Pas Terpaksa Menjilat Semula Ludah Sendiri...


Bukan kita yang kata, tapi PAS yang kata UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA.

“Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” 

“Haram orang Islam memangkah calon kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

Dulu Pas berfatwa undi orang kapir haram malah boleh jatuh kafir. Tapi sekarang tolong kempen untuk calon kapir lagi malah galakkan ahli-ahlinya undi orang-orang kafir.

Dulu guna dalil Al-Quran dan Hadis, tapi hari ni dalil tu dah tak berbunyi dan disorokkan bawah karpet "sahsiah Islam".

Dulu Pas marahkan UMNO kerana berpakat dengan orang-rang kafir, dan berdalil Al-Quran dan Hadis gak. Tapi kini ikut juga ler bayang UMNO. Berpakat-pakat pulak dengan kaum kafir dan seperti biasa dalil-dalil disapu ke bawah karpet "sahsiah Islam".

Wednesday, 27 June 2012

Puaka Niring : Lembaga ‘Misteri’ Di Kota Damansara?


Kegembiraan seorang penarik kereta yang mahu bersantai bersama rakannya untuk menonton perlawanan suku akhir Kejohanan Euro 2012 antara Jerman dan Greece tidak kesampaian apabila kereta Honda City dipandunya terbabas serta berpusing beberapa kali sebelum terbalik di bahu jalan bertentangan.

Dalam kejadian pada jam 2 pagi di Persiaran Kenangan Seksyen 6 itu, mangsa dikatakan cuba mengelak lembaga misteri yang secara tiba-tiba melintas jalan tersebut.

Penarik kereta berusia 30 tahun itu bagaimanapun bernasib baik dan hanya mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta luka pada bahagian badan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers