Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday, 27 October 2011

Kerana Kesilapan Pegawai Kerajaan, Kerajaan BN Tanggung Akibatnya...

Laporan Ketua Audit Negara 2010 menarik perhatian ramai kerana ini mempunyai kaitan secara langsung dengan perbelanjaan wang kerajaan. Sebagai pembayar cukai pendapatan dan pelbagai jenis cukai lain, rakyat sememangnya mengharapkan jabatan dan agensi kerajaan mengamalkan perbelanjaan yang berhemah tidak kira sama ada kerajaan Persekutuan, kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir kerajaan Pusat atau pembangkang, jabatan dan agensi-agensinya. 

Pada masa sama, jika pihak terbabit berbelanja boros, mereka tidak boleh lari daripada pengawasan Ketua Audit Negara. Setiap kelemahan mereka dicatat dan dilaporkan kepada umum. Apabila ia dibentang di Parlimen dan ia menjadi tatapan ramai. Ini adalah sikap keterbukaan kerajaan yang jelas dan tidak berselindung. Jika sesebuah agensi membazirkan wang dengan pembelian peralatan dengan harga terlalu tinggi atau alat yang tidak boleh digunakan kerana ketiadaan bekalan elektrik dan sebagainya. 

Marine Binocular
Bagi 2010, laporan Ketua Audit Negara menyatakan terdapat perbelanjaan berlebihan dari tujuh kementerian dan agensinya, termasuk pembelian laptop dan televisyen LCD melebihi harga pasaran. Antara yang ketara ialah alat pandang jauh "marine binocular" dan "bushnell binocular" yang dibeli pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Banyak lagi barangan yang dibeli jelas tidak menunjukkan perbelanjaan berhemah oleh jabatan dan agensi-agensi kerajaan.

Bushnell Binocular
Justeru, jaminan yang diberikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan, bahawa kelemahan pengurusan kewangan itu tidak akan berulang pastinya melegakan banyak pihak. Namun Kulaan berharap pihak pengurusan tertinggi kerajaan akan merumuskan satu mekanisme bagi memantau dengan telus dan tegas setiap perbelanjaan oleh semua kementerian dan agensi kerajaan agar tidak berlaku lagi ketirisan atau perbelanjaan yang tidak diuruskan dengan baik. 

KSN
Serentak dengan langkah kerajaan untuk menjimatkan perbelanjaan dengan mengurangkan suhu alat penghawa dingin di pejabat, Kulaan juga berharap jabatan kerajaan mengelak daripada mengadakan seminar atau mesyuarat secara mewah di pusat peranginan atau hotel bertaraf lima bintang, kecuali jika ada keperluan untuk menganjurkannya di tempat berkenaan. 

Apa pun Kulaan berharap Laporan Ketua Audit Negara 2010 itu akan dijadikan sebagai asasa untuk membetulkan apa jua kesilapan dan salah guna kuasa di jabatan dan agensi kerajaan bagi perbelanjaan semasa dan akan datang. Ini bukan kali pertama laporan seumpama itu dikeluarkan dengan pelbagai perbelanjaan atau pembelian peralatan pada harga yang mengejutkan dan Kulaan juga berharap ia tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

Kulaan : dah 3 kali sambung kontrak KSN takkan benda yang sama saja berlaku... asyik berlaku macam-macam kelemahan... jika tidak mampu, letak sahaja jawatan dan beri kepada orang lain yang lebih baik menguruskan kakitangan awam...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers