Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday, 17 January 2012

Kerana Sambutan Hangat Rakyat Perak Semasa Hari Peladang Sebab Tu Gambar @ZambryAbdKadir Dibakar????...


Isu panas di Perak sehari dua ini adalah cerita poster MB Perak, Zambry dibakar di Masjid Tinggi, Bagan Serai yang sedikit mengejutkan rakyat Perak khasnya dan negara amnya. Selidik punya selidik dengan info daripada rakan-rakan sekampung, antara faktor utama kenapa poster Zambry dibakar adalah kerana "ketakutan yang amat sangat" pembangkang dengan reputasi baik Zambry di mata rakyat sejak kebelakangan ni.


Dengan pelbagai usaha Zambry dan Kerajaan Negeri Perak dalam membangunkan Perak serta menangani permasalahan penduduk setempat dan rakyat negeri membuatkan pembangkang melihat sokongan rakyat mula berkurangan terhadap mereka terutama pengundi atas pagar.



17/01/2012 - Sambutan hangat bagi Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2012
Lebih 120,000 pengunjung membanjiri Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan (HPPNK) 2012 di Dataran Kerian.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, sambutan yang disertai 62 usahawan dan 14 agensi kerajaan itu turut mencatatkan jualan RM2.2 juta sepanjang empat hari berlangsung.Katanya, sambutan yang diberikan orang ramai khususnya masyarakat sekitar daerah Kerian, Pulang Pinang dan Kedah amat menggalakkan.
"Kita dapat maklum balas positif dari penduduk setempat lebih-lebih lagi ia memberi peluang mereka yang menetap di Bandar Baharu, Kulim dan Nibong Tebal turut mengunjunginya.
"Pemilihan Parit Buntar sebagai lokasi sambutan juga amat tepat dan kita berbangga ia mencapai objektif yang diharapkan," katanya.


Melihat kepada suasana ini membuatkan pembangkang terpaksa membuat tindakan "drastik tapi bodoh" dengan mengalahkan balaci-balaci mereka membakar gambar Zambry sebagai tanda kononnya rakyat memprotes beliau sedangkan hakikatnya adalah bertentangan.

Tambahan pula tempias daripada keputusan kes liwat Anwar yang mengejutkan banyak pihak dan tidak bersedia pembangkang dengan keputusan tersebut menyebabkan pembangkang sekarang seperti cacing kepanasan bagi meraih sokongan rakyat pada perjuangan sia-sia mereka.

Apa yang Kulaan dapat nyatakan di sini, kerana sokongan rakyat yang mula menyedari tipu daya pembangkang dan mereka kembali menyokong kerajaan BN di bawah pimpinan Zambry menyebabkan mereka semakin terdesak dan tertekan dalam meraih simpati sokongan rakyat negeri Perak.

Ayuh rakyat Perak... sedarlah kalian akan tipu daya dan pembohongan pembangkang... lakukan perubahan semasa Pilihan Raya Ke-13 nanti...


2 comments:

  1. alamak...xde komen la... :(

    ReplyDelete
  2. Halamak!!! komen la skit... kutuk pun Kulaan terima dengan hati yang terbuka...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers