Sejak cerita Wardina mengamuk dengan blogger RuangBicaraFaisal atau RBF yang kononnya bercerita insiden rumah Wardina dirompak sehingga mengaitkan Tun Faisal sebagai tuan punya blog hanya kerana terdapat kesamaan nama. Klik Sini
Maka hari ini tuan punya blog sebenar RuangBicaraFaisal (identiti masih menjadi misteri) telah mengeluarkan artikel memohon maaf kepada Wardina dan keluarga berkaitan isu artikel yang diterbitkan beliau serta telah menarik balik artikel tersebut daripada blog beliau hari ini. Klik Sini.
Kulaan 'respek' dengan tindakan RBF yang pada pandangan peribadi Kulaan adalah tindakan seorang blogger yang beretika dan bertanggungjawab dengan hasil penulisan beliau. Kulaan yakin bukan mudah untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Soalnya di sini, RBF telah dengan beraninya memintaa maaf dan menarik balik artikel beliau. Bagaimana dengan Wardina dan penulis kolum mStar Online?
Adakah Wardina akan meminta maaf secara terbuka dengan individu yang disalah sangkakan iaitu Tun Faisal?
Adakah penulis kolum mStar Online akan meminta maaf secara terbuka dengan individu yang disalah sangkakan iaitu Tun Faisal?
Hanya masa sahaja yang akan menentukan....
No comments:
Post a Comment