Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday, 22 May 2012

Aspek Keselamatan Himpunan Jutaan Belia Diberi Perhatian... #HBN2012 @ShaberyChik @razaliibrahim @beliabangkit


21 Mei 2012

PUTRAJAYA - Aspek keselamatan pengunjung dan peserta Himpunan Jutaan Belia akan diberi perhatian sewajarnya supaya tiada kejadian buruk berlaku sepanjang lima hari acara itu berlangsung.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kira-kira 1,500 anggota keselamatan beruniform termasuk Polis Diraja Malaysia akan bertugas untuk memastikan keselamatan orang awam.

"Saya sempat bertemu Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tadi dan berbincang mengenai aspek keselamatan termasuk mengawal keadaan lalu lintas.

"Beliau meminta kita tidak bimbang kerana mereka akan mengawal keadaan.

Malah seperti tahun lepas tiada sebarang kejadian buruk berlaku," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Celebrity Planet yang dikendalikan Stadium First Sdn Bhd dan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara syarikat itu dan Majlis Belia Malaysia di sini hari ini.

Selain itu lebih 20,000 sukarelawan antaranya anggota Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Rakan Muda akan turut sama memastikan segala acara berjalan lancar.


Mengenai persiapan menjelang Himpunan Jutaan Belia, beliau berkata pemasangan khemah sepanjang kawasan seluas 8.8 kilometer di sekitar Putrajaya, sudah 80 peratus selesai dan akan siap sepenuhnya esok.

Katanya khemah Celebrity Planet, sepanjang 200 kaki, yang merupakan lokasi perhimpunan kira-kira 1,000 artis tempatan yang akan terlibat dalam program itu dijangka antara khemah yang akan mendapat sambutan pengunjung untuk beramah mesra dengan artis.

Lebih 500 aktiviti akan diadakan sepanjang acara itu berlangsung antaranya Gerbang Kerjaya, pameran pendidikan, Putrajaya Bike Week 2012, pelbagai aktiviti lasak, konsert artis tempatan, persembahan kebudayaan, Karnival Jom Heboh serta perkhemahan dan jambori, katanya.

Terdahulu Ahmad Shabery turut menghadiri Majlis Penyerahan Penajaan kepada Kementerian Belia dan Sukan daripada 19 penaja sambutan Hari Belia Negara.

Katanya jumlah tajaan kali ini dijangka mencecah RM20 juta berbanding RM15 juta tahun lepas yang menunjukkan keprihatinan pihak swasta kepada golongan belia.- Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers