Pernah lihat ikan lumba-lumba atau dolphin yang berwarna merah jambu atau lebih mudah, warna ‘pink’?
Dolphin pink sememangnya wujud tetapi kita jarang melihat haiwan tersebut memandangkan kebiasaannya, kita hanya mengetahui dolphin hanya ada yang bewarna hitam atau kelabu.
Dolphin pink adalah ikan lumba-lumba spesis Inia geoffrensis di mana hidup di dalam air tawar.
Dolphin pink lebih dikenali dengan nama Boutu, Amazon River Dolphin dan Pink River Dolphin.
Habibat awal dolphin pink adalah di sekitar sungai di benua Amerika Selatan iaitu sungai Amazon atau Orinoco.
Uniknya, di awal usia ‘remaja’ dolphin ini, kulit dan tubuhnya berwarna kelabu tetapi bertukar kepada ‘pink’ apabila menjadi dewasa.
Kajian-kajian yang dilakukan oleh para pengkaji sehingga kini masih lagi tidak mengetahui punca atau sebab perubahan warna kulit dolphin itu berlaku.
Berbeza dengan spesis dolphin yang sedia ada, dolphin pink ini merupakan dolphin yang primitif, kurang melompat atau kurang aktif.
Kerana jarang dilihat habitat dolphin ini, spesis dolphin pink telah disenaraikan sebagai spesis yang terancam kehidupannya oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN) kerana banyak menerima pencemaran sungai dan aktiviti perikanan yang tidak terkawal hingga memusnahkan habitat mereka.
No comments:
Post a Comment