Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday, 14 October 2012

Celaka Punya Anak Maki Hamun Ibu Tepi Jalan...



Sepasang suami isteri bertindak memarahi dan memaki hamun ibunya hanya kerana ibunya berasa takut akibat kereta yang dinaiki mereka perlu menyusuri bukit untuk ke bengkel berkenaan. Ibunya yang nekad keluar dari kereta itu dimarahi depan khalayak ramai sehinggakan wanita tua itu menggigil dan menangis ketakutan dan tidak dihiraukan anak mereka. 


Malah, pasangan suami isteri itu mencerca dan meninggalkan wanita tua itu bersendirian setelah kejadian itu dileraikan anggota polis yang bertugas berdekatan dengan tempat kejadian. Akhirnya, wanita tua berkenaan dibawa ke balai polis berdekatan oleh seorang peniaga yang berjaja di kawasan itu. 

Orang ramai yang menyaksikan drama 'anak derhaka' berkenaan, terkesima dengan tindakan pasangan suami isteri itu sehingga ada yang merakam kejadian terbabit dan melahirkan rasa tidak puas hati dan marah dengan tindakan pasangan suami isteri itu hanya kerana ibunya takut, terus habis dimakinya. 

Sepatutnya jika ibu itu takut, tugas anaklah yang sepatutnya menemaninya dalam kereta. Pasti hati si ibu akan tenang kembali. Ingat, kita cuma ada seorang sahaja ibu di dunia ini. Jangan sampai apabila ibu sudah tiada, barulah kita hendak menangis. 

Si anak dan menantu ini cukup berlagak (dah hidung tinggi mendongak langit)... walhal belum pakai BMW atau Mercedes MayBach. Dia lupa ke yang kalau tiada ibu dia, matahari pun dia tidak akan lihat? Bininya itu sepatutnya meredaka keadaan... ini tidak, sepertinya 2 x 5 ! 

Sayu betul tengok si ibu ditinggalkan sebegitu rupa. Rasa sebak pun ada bila melihat badan dan tangan ibu tua itu menggigil ketakutan kerana di marahi oleh anak sendiri di hadapan khalayak ramai (cuba lihat betul-betul semasa si ibu tua ini menggigil pada minit 1:22).

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers