Manis rupanya bila Rossa bertudung. Gambar ini dirakamkan sebelum Rossa berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji buat kali pertama pada 12 Oktober 2012 yang lalu.
Mudah-mudahan Rossa dapat mengerjakan ibadat haji dengan sempurna dan dipermudahkan Allah sehingga memperolehi haji mabrur.
Mudah-mudahan Rossa dapat mengerjakan ibadat haji dengan sempurna dan dipermudahkan Allah sehingga memperolehi haji mabrur.
Tunai Haji 12 Oktober, Rossa Takut Tak Boleh Jadi Baik
Hari ini penyanyi popular Indonesia, Rossa akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah Haji buat pertama kali dalam hidupnya.
Namun, pelantun Ayat-Ayat Cinta yang sedang mempersiapkan kekuatan dari segi mentalnya ini mengakui tidak dapat menyembunyikan perasaan takut terhadap perubahan yang bakal berlaku dalam dirinya nanti.
Apakah, adakah dia akan menjadi umat Islam yang lebih baik selepas pulang mengerjakan haji atau sebaliknya.
“Persiapan mental amat penting sekarang ini, sebagai tamu Allah saya harap diberikan kelancaran dan kenikmatan dariNya. Malah saya hanya berfikiran positif sahaja. Rasa takutnya itu adalah ketika pulang dari sana, apakah saya bias jadi orang yang lebih baik,” katanya.
Dalam pada itu, Rossa juga sedikit sedih kerana harus meninggalkan buah hatinya, Rizky Langit Ramadan.
“Sedih juga kerana saya meninggalkan keluarga. Tapi saya juga bersyukur kerana diberikan kesihatan dan kesempatan yang diidam-idamkan oleh seluruh umat Islam,” luahnya lagi.
Rossa yang baru sahaja menamatkan kelas pengajian Haji itu bakal berangkat ke tanah suci bersama ahli rombongannya yang lain pada 12 Oktober ini iaitu hari ini.
...dia belum isi borang jadi ahli PAS lagi...perlu dapatkan nasihat Ustazah Abby...
ReplyDeleteOrg pas yg ade kat sana menunggu dgn borang keahlian kut.
ReplyDelete