Menurut Abby, individu yang memakai tudung namun masih memakai baju berlengan pendek, lebih baik tidak payah memakai tudung, kerana memakai baju berlengan pendek juga tidak menutup aurat dan ia adalah kesalahan yang besar.
“Sebab ada Ustaz cakap kat saya, kalau kita dah tutup aurat, tapi kita duk pakai baju lengan pendek, maknanya… tak dapat markah Ustaz!”
Bagaimanapun fatwa Abby itu disangkal oleh Ustaz Pas yang menyebabkan muka Abby terus merah padam mungkin kerana terlalu malu dengan fatwa yang dianggap salah oleh Ustaz itu.
Ini kali kedua Abby ditarbiyah di khalayak umum selepas Ustaz Azhar Idrus berbuat demikian beberapa bulan lalu.
Abby kena berhenti gunakan lojik akal dalam agama dan belajar betul-betul dahulu.
No comments:
Post a Comment