BELANDA – Dua penyampai berita Belanda, Dennis Storm dan Valerio Zena mahu merasai kesakitan yang dialami oleh kaum hawa ketika melahirkan anak.
Bagi tujuan itu mereka dibenarkan merasaikan kesakitan berkenaan secara simulasi, namun hasilnya, kedua-dua lelaki berkenaan hanya mampu bertahan selama dua jam.
Mereka menyifatkan kesakitan yang dialami itu sebagai satu siksaan.
Storm dan Zena mendedahkan mereka melakukan ujian itu untuk merasaikan pengalaman bersalin selepas mendengar bahawa ia paling menyakitkan di dunia.
Malah ketika memasang alat itu, Zena sempat bertanyakan kepada jururawat "Adakah awak rasa kesakitan ini akan membuatkan saya menjerit," .
Soalan itu dijawab oleh jururawat ` ya, sudah pasti'.
Biarpun ketika memasang alat berkenaan, kedua-duanya cuba bergurau dan ketawa, namun wajah mereka menunjukkan kesakitan sebenar yang mereka alami.
Dengan pengalaman yang dilaluinya itu, Zena kini berfikir dua kali untuk memiliki anak kerana tidak sanggup melihat isterinya menanggung kesakitan ketika bersalin.
Zena dan Storm bagaimanapun bukan lelaki pertama yang cuba merasai kesakitan berkenaan.
Pada 2009, Dr Andrew Rochford melalui pengalaman sama untuk program TV, What's Good for You.
Dua jam kemudian, muka Rochford hampir bewarna biru ketika dia sedang menahan kesakitan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment