Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 21 January 2013

Kerajaan Pas Kelantan Goyang Dengan Janji PM... @Mustapa_Mohamed


Tujuh projek besar yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika lawatan ke Kelantan semalam adalah bukti jelas kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan Kelantan.

Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata janji itu yang bakal dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, menunjukkan Perdana Menteri prihatin akan nasib penduduk Kelantan yang masih ketinggalan pada pelbagai aspek pembangunan.

"Ini juga jawapan tepat kepada tohmahan dan juga tuduhan-tuduhan yang kata kita diskriminasikan Kelantan. Ini terbukti bahawa apa yang difitnahkan pembangkang itu tidak benar," katanya.

Tok Pa memberi pandangan selepas melawat jurugambar Bernama, Zahari Abdul Razak, yang dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana, apabila mengadu sakit pada bahagian perut dan pinggang selepas selesai membuat liputan lawatan kerja sehari PM.

Tok Pa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata kesemua perkara yang dijanjikan PM itu adalah suatu yang sangat dinantikan masyarakat Kelantan selama ini.

Tujuh projek itu merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.

Projek lain ialah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. Orang Kelate memang bijak!!! Tak payah undi BN pun dapat juga macam-macam!! Lebih baik terus undi PAS!! Biar BN buat pembangunan!!! Bodoh betul BN niiiii!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers