Jika apa yang didengari ini benar, maka nampaknya tidak ada benda yang boleh menghalang rancangan perubaan yang dibuat PM.
Demi memastikan Barisan Nasional (BN) terus relevan, semua bentuk perubahan sudah beliau lakukan, dari parti kepada kerajaan dan kini kepada calon-calon yang bakal dibariskan.
Dari kejauhan, terdengar ada kemungkinan sehingga 60 peratus calon baru akan dibawa ke tengah kali ini.
Kemungkinan besar pengumuman calon BN akan dibuat esok atau selewatnya Selasa ini.
Dengar kata, bukan sekadar muka baru, tetapi yang bakal bertanding adalah kumpulan calon yang telah benar-benar ditapis agar memenuhi kriteria seperti rajin berkerja, jujur, amanah, mesra rakyat dan macam-macam lagi.
Senang kata, barisan winnable yang selalu Najib katakan.
Jika benar 60 peratus, dan BN terus membentuk kerajaan, maka kita akan melihat barisan Menteri Besar, Menteri, Timbalan Menteri dan ramai lagi anggota pentadbiran yang baru.
Muka-muka kategori dinosour dan barang antik dijangka akan direhatkan.
Yang mana bijak dan tahu tidak akan terpilih lebih awal mengumumkan tidak akan bertanding. Contohnya Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Awal-awal lagi mereka sudah membuat kenyataan tidak akan bertanding, yakni sebelum nama mereka tidak diumum untuk bertanding.
Apa pun, bayangkan, dengan kesungguhan PM mengadakan begitu banyak transformasi, ditambah dengan muka-muka baru yang terbukti rajin berkerja serta boleh diharap sebagai penggerak, maka sah la negara kita menuju ke arah yang jauh lebih baik.
Membayangkan perubahan yang ketara kali ini mungkin datang sebagai kejutan kepada banyak pihak, PM baru-baru ini telah mengadakan pertemuan dengan kumpulan pemimpin bahagian semua parti komponen di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.
Dalam pertemuan itu, beliau memberikan nasihat dari hati ke hati kepada semua yang hadir.
Rumusan nasihat beliau ialah mereka yang berjaya dalam politik adalah mereka yang tidak terlalu kecewa.
Mesej beliau mudah… boleh menyimpan hasrat dan usaha untuk menjadi calon pilihan raya, namun, andai tidak terpilih…janganlah terlalu kecewa sehingga memudaratkan perjuangan dan hala tuju politik.
PM sendiri ada kekecewaan dalam politik termasuk hanya menang majoriti 200 lebih undi pada pilihan raya umum 1999.
Tun Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri sebelum ini juga mempunyai kekecewaan masing-masing pada satu peringkat dalam kerjaya politik mereka.
"Alhamdulillah, akhirnya tetap berpeluang menjadi perdana menteri untuk membantu rakyat," kata PM.
Dalam pilihan raya umum akan datang, ramai yang menyimpan hasrat dan cita-cita mahu menjadi calon.
Bilangan kerusi yang dipertandingkan tidak akan cukup untuk semua orang.
Pembahagian perlu dilakukan dengan teratur dan bijak.
Andai tidak terpilih nanti, janganlah mana-mana ahli itu terlalu kecewa sehingga mensabotaj atau meninggalkan parti.
Beliau memberikan dua petua yang khusus andai seseorang ahli itu tidak terpilih.
Bagi yang beragama Islam, mereka diminta agar bersembahyang dan duduk di atas sejadah memohon doa ketenangan.
"Malam hari peluk isteri kuat-kuat dan esoknya keluar rumah bagi meneruskan perjuangan," katanya.
Janganlah kecewa lebih 24 jam.
Kerana perjuangan yang ikhlas menuntut kepada ketaatan yang berterusan.
Dan kalau tak terpilih, tolong jangan hantar berbas bas penyokong bawak sepanduk mintak diri itu dicalonkan. Tolong jaga air muka sendiri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment