Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday, 16 April 2013

Gempar!!! Biar Betul Tak Sampai 50 Orang Yg Datang Ke Majlis Kesyukuran Tengku Adnan???... @TengkuAdnanReal @tunfaisal
























Malam tadi calon P125 Parlimen Putrajaya Datuk Tengku Adnan telah mengadakan majlis kenduri kesyukuran sempena penamaan nama beliau sebagai calon BN untuk Kawasan Putrajaya di kediaman beliau di Presint 10.

Sambutan yang diberikan oleh penyokong BN Putrajaya dan penduduk setempat adalah di luar jangkaan bila ribuan orang datang memenuhi kediaman Datuk Tengku Adnan yang lebih mesra dengan panggilan Ku Nan oleh masyarakat dan penduduk Putrajaya.

Majlis yang diramal hanya akan dihadiri sekitar 500 orang rupa-rupanya lebih 1000 orang yang hadir. Lihat saja penduduk melimpah sampai ke luar rumah bahkan ada yang sanggup bersila di halaman rumah saja.

Ini menunjukkan begitu ramai dan kuat sokongan akar umbi terhadap calon yang dipilih PM bagi BN untuk berhadapan dengan calon dari luar iaitu calon Pas Husam Musa. Berbeza dengan majlis atau program yang dianjurkan oleh calon Pas Husam Musa yang hanya dihadiri paling ramai 100 orang. Itu pun kebanyakkannya penyokong beliau dari luar dan kawasan sekitar Putrajaya bukan penduduk dan pengundi Putrajaya.

p/s : let's the pictures tell the truth...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

7 comments:

  1. Tak caye lah yang datang lebih 1000 pengunjung.
    kalau kurang lebih 200 orang logik. Yang makan kat luar tu bukan pasal tak muat dalam rumah.. Sebab mungkin tak dak ruang untuk makan. Cuba hang tengok betul2...mana ada gambar orang makan dalam rumah tu?.Gambar orang bersila lepas majlis tahlil ada..tu pun tak ramai kelihatannya..len kali kut nak nampak real..cube le snap gamba orang ramai2 makan kat dalam rumah tu..
    Kan lawak tu....semua orang cerdik sekarang ni..:)
    Kesian tengok kakcik makcik dibiarkan makan bersila je kat luar rumah...suasana nampak macam kat pusat banjir je. ye lah..kasta sederhana...Kerusi plastik ke...khemah pun ala kadar je. ke..takkan tak mampu nak sediakan lebih sikit.kan penyokong ramai..? Sewa..berape le sangat..hujung kuku je tu..
    Tu hanya pandangan ikhlas aku..tapi sedeh aku tengok suasana kat tempat makan wanita2 tu..
    siyes...agak menyedehkan...kesian mereka ni..takpe..generasi pelapis tentu lebih cerdik.

    Dulu2...makan ape je depan mate..
    sekarang..dah lain...sangat2..perihatin..
    Dunia dah berubah...

    P/s..Boleh aku copy gambar dalam blog ko nih? untuk aku mintak orang ramai menilai..mana tau pandangan aku salah. len orang len pendapat.


    ReplyDelete
    Replies
    1. saya org dekat2 situ juga. bukan tak buat persiapan cuma tak jangka ramai datang.makanan pun bajet utk 500 org je, nasib baik cukup.sbb yg datang bukan jenis yg kuat makan kot. biasa la kenduri kesyukuran biasanya ajak org dekat2 rumah je.jemput pun lepas maghrib kat surau.tak sangka cepat tersebar sampai org luar dr presint 10 pun datang. tapi syukur la majlis lancar.
      kalu nak sewa khemah, kerusi macam yg "Anonymous17 April 2013 00:23" cakap tu maybe ble buat lain kali. tp kena buat pengumuman awal la,untuk semua penduduk putrajaya n kena la tempah tempat besar sikit. kalau setakat kenduri kesyukuran mcm ni cukup la jemput org sekampung dan sedara mara saja. yg kena jemput tu pulak jgn la menjemput kwn kpg sebelah, wpun satu kawasan kpg lain2.

      Delete
    2. lepas asar dia dah jemput la.tu la hang dok tdo..aku pun pi juga.tp x sampai. malas aku nak nak masuk tengok org dah ramai.malas aku nak bsesak. hang p awal sbb hang kaki makan.lepas makan hang p mana?kakaka.mandi pun lama.macam perempuan

      Delete
  2. hang ni kalut la....org mkn bersila pun salah...makan dlm khemah pun salah...bukan bersila tu adat melayu ka.lagipun mana leh campur laki pompuan..kang sewa khemah byk..hang kata membazir la..ada sponsor la...kalau hang rasa sedih..hang ambik bela depa semua...pandangan hang tk salah..yang salah hati dalam perut hang saja...

    ReplyDelete
  3. eh bodoh..tulis omputih pun tak betul..bodoh betul..

    ReplyDelete
  4. org putrajaya terjemah 5hb nnt sbb kebanyakan staf gov tak mau tunjuk muka sgt..kalau program husam xde org tu trik je...

    ReplyDelete
  5. buat apa nak gaduh2. kita kan geng!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers