Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 11 November 2013

DAP Kata Pemilihan Sayap UMNO Tidak Sah??? @NajibRazak



Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching mendakwa pemilihan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 12 Oktober lalu tidak sah dan perlu diadakan semula kerana melanggar peraturan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Sehubungan itu, beliau menggesa ROS mengarahkan UMNO supaya mengadakan semula pemilihan tiga sayap parti berkenaan kerana banyak isu yang mencurigakan didakwa berlaku dalam pemilihan itu pada Sabtu lalu.

“Antara isu tersebut adalah kehilangan kertas undi, perwakilan yang mengelirukan dan keengganan pengiraan semula undi.

“Persoalan sekarang adakah ROS akan mengarahkan UMNO mengadakan pemilihan baharu. Jika tidak ia menunjukkan bahawa ROS tidak profesional, adil dan bebas kerana mengamalkan `double standard’,” dakwanya.

Beliau merujuk kepada tindakan ROS mengarahkan DAP mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu sebelum ini kerana pemilihan CEC yang berlangsung pada tahun lalu dianggap tidak sah.

Nie Ching seterusnya mendakwa, pada Pemilihan UMNO 2013 yang berlangsung Sabtu lalu, terdapat 50 UMNO bahagian menghadapi masalah teknikal menyebabkan proses pengiraan undi yang terlalu panjang.

Beliau juga mendakwa dimaklumkan kononnya UMNO Bahagian Merbok dan UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan menerima kertas undi berlebihan berbanding jumlah perwakilan, enam cawangan UMNO di Seremban dibenarkan mengundi meskipun telah dibatalkan pada bulan lalu.

Nie Ching juga mendakwa pengundian di UMNO Bahagian Baling dan Sabak Bernam terpaksa dilanjutkan disebabkan kehilangan kertas undi, malah keputusan undi tidak dikeluarkan selepas lebih 24 jam proses pengundian tamat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers