Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday, 10 November 2013

Sejauh Mana Pemuda Putrajaya Mampu Bertahan???


Bulan ni gua ingat bulan Pemuda kot sebab banyak sangat cerita Pemuda dari Wanita atau Puteri. Kalo cerita yang positif takpa la jugak. Ini banyak yang negatif dari yang baik-baik dari Pemuda. Aku rasa Pemuda Putrajaya pun tak terlepas sangat kot.

Bahang pemilihan sudah berlalu. Jawatan KP Bahagian akhirnya tiada pertandingan namun jawatan NKP Bahagian yang diharapkan tidak bertanding akhirnya ada pertandingan. Tapi takdir masih menyebelahi kem KP tapi adakah ia benar-benar takdir atau.....

Kini barisan kepimpinan Pemuda Bahagian Putrajaya sudah diketahui. Mereka-mereka inilah yang bakal menggalas halatuju dan bentuk kepimpinan dalam masa sepenggal ini yang dijangkakan hayatnya sekitar 3 tahun sahaja.

Malam ini dengarnya KP dan barisan AJK Pemuda Bahagian akan bermesyuarat bagi membincangkan apakah plan atau perancangan untuk masa depan. Mungkin juga akan dibentuk biro-biro dengan ketuanya yang baru. Adakah biro ini bakal berfungsi atau sekadar di atas kertas sahaja, hanya masa mampu menentukannya.


Gua sebagai ahli biasa sahaja hanya mampu memerhati apakah yang bakal berlaku demi kebaikan anak muda yang ada dalam Putrajaya ini. Persoalan yang mungkin akan ada yang bertanya "mampukah" mereka ini. Sebagai berlaku adil kepada pemimpin-pemimpin muda ini, berikanlah masa kepada mereka untuk membuktikan kemampuan setiap seorang pemimpin muda ini untuk menunjukkan bakat kepimpinan.

Jika ada yang hanya pandai berkata-kata dan merancang strategi dari membuktikannya dengan kerja dan hasil, pada pemilihan yang akan datang sudah menjadi tanggungjawab ahli untuk menggantikan dengan pemimpin yang lebih berwibawa.

Apa pun "selamat berjaya" gua ucapkan kepada semua kepimpinan baru Pemuda Bahagian Putrajaya dalam menggalas tanggungjawab memimpin dan meneraju saf anak muda Putrajaya. Jika ada kelemahan atau kesilapan jangan melompat plak nanti bila kena tegur ye.

p/s : kalo benda elok kita kena la puji... tapi kalo tak betul kena la ditegur kan...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers