Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday, 28 February 2014

Puaka Niring : Misteri Nur Fathia Dirasuk Ketika Pementasan Di Istana Budaya???


Pelakon Nur Fathia tidak pasti apakah punca yang menyebabkan dia tidak sedarkan diri ketika pementasan teater Bidasari di Panggung Sari, Istana Budaya dekat sini minggu lalu.

Fathia atau nama sebenar Nur Fathia Latiff, 26, berkata dia hanya mengetahui apa yang berlaku selepas diberitahu oleh pelakon lain yang turut berada di tempat kejadian.

“Saya sendiri kurang pasti apa yang berlaku tetapi apa yang saya tahu saya pengsan dan tidak sedarkan diri dan apabila tersedar ada dua orang ustaz di hadapan saya.

“Saya tidak pasti apa yang terjadi sama ada saya dirasuk atau pun sebaliknya. Tapi, menurut kata kawan-kawan saya yang lain, mereka ada ternampak saya di lokasi berbeza ketika saya pengsan itu,” jelas kepada mStar Online.

Fathia berkata demikian ketika diminta mengulas apabila dia dikatakan dirasuk ketika pementasan Bidasari yang berlangsung 11 hingga 17 Februari lalu di Panggung Sari, Istana Budaya.

Disebabkan kejadian itu, tempat Fathia telah digantikan dengan seorang pelakon lain untuk beberapa babak sebelum dia kembali ke pentas.

Tambah Fathia, dia turut tidak menolak kemungkinan faktor kepenatan sebagai penyebab dia jatuh pengsan.

Sementara itu, pihak Istana Budaya menggalakkan mana-mana produksi supaya melakukan upacara tahlil dan bacaan doa terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu pementasan.

Ketua Pengarahnya Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, ia bukan sahaja untuk mendapatkan berkat bagi melancarkan perjalanan pementasan tersebut, malah bagi mengelak daripada gangguan yang tidak diingini berlaku.

“Kita memang menasihatkan produksi untuk mengadakan kenduri atau bacaan doa bagi mengambil berkat dan memohon segala perjalanan pementasan lancar sebelum memulakan pementasan.

“Malah kita juga minta dijauhkan daripada sebarang gangguan yang tidak diingini berlaku yang melibatkan pelakon terutamanya apabila melakukan pementasan berkaitan kisah-kisah alam ghaib,” katanya.

Tambahnya, kejadian yang melibatkan makhluk halus boleh terjadi di mana-mana terutama apabila ia menggunakan dialog yang ada menyeru sesuatu atau menggunakan bahan-bahan yang selalunya dikaitkan dengan perkara berkenaan.

Katanya, beberapa kejadian sebelum ini melibatkan gangguan teknikal turut pernah terjadi kepada pementasan ‘P.Ramlee The Musical’ dan ‘Puteri Gunung Ledang’.

2 comments:

  1. Hantu setan ni, tak panggil pun dia dtg, klu dipanggil lg la cepat dia dtg.

    ReplyDelete
  2. Lawak tahun 2014...oscar & gramny awards patut buat kenduri & doa selamat spt yg dsarankan...😃

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers