Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday, 22 May 2014

Pembabitan Belia Dalam Sektor Pertanian Membimbangkan??? @IsmailSabri60 #DSIS @NajibRazak


Jumlah pembabitan golongan belia dalam sektor pertanian membimbangkan, sekali gus boleh memberi kesan terhadap bidang pertanian negara terutama kepada penghasilan stok bekalan makanan pada masa depan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada kira-kira 800,000 petani di seluruh negara, penglibatan golongan belia dalam sektor itu amat sedikit iaitu hanya sekitar 15 peratus sahaja.

Sehubungan itu, katanya, jika isu tersebut tidak diatasi segera, keadaan itu bukan sahaja bakal menjejaskan pengeluaran hasil pertanian negara, malah menyebabkan Malaysia terus bergantung kepada hasil pertanian yang diimport.

Situasi tersebut jelas menunjukkan golongan belia di negara ini tidak berminat dengan sektor pertanian dan lebih cenderung untuk menceburi dalam bidang lain yang difikirkan lebih berkembang maju berbanding pertanian,'' katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah.

Menurut Ismail Sabri, untuk mengatasi masalah berkenaan, kementeriannya telah mengambil beberapa langkah drastik termasuk memperkenal program usahawan tani muda, khusus untuk golongan belia di negara ini.

“Kementerian memandang serius masalah ini, jadi jalan penyelesaiannya mestilah dibuat sebaik mungkin. Persepsi golongan belia terhadap aktiviti pertanian perlu diubah. Sektor ini bukan seperti dulu lagi, sebaliknya merupakan salah satu aktiviti perniagaan yang mampu memberi pulangan lumayan.

“Bayangkan ketika ini rata-rata petani berusia 60 tahun ke atas dan selepas ini, siapa yang bakal menyam­bung kerja dalam aktiviti pertanian jika bukan golongan belia sekarang," katanya.

Katanya, kementerian turut menyediakan pelbagai kemudahan bagi menarik minat golongan belia menceburi sektor pertanian, antaranya pemberian insentif, pinjaman, latihan dan juga bimbingan.

Dalam pada itu, beliau mengakui kementerian berhadapan cabaran sukar untuk menyambung segala usaha yang telah dihasilkan oleh golongan petani sedia ada terutama mencapai sasaran yang telah ditetapkan pada masa depan.

“Oleh itu, kementerian akan terus memberi fokus kepada usaha untuk menarik golongan belia de­ngan memberikan segala kemudahan dan bimbingan. Saya berharap lebih ramai golongan tersebut menceburkan diri dalam sektor pertanian," katanya.

Mengulas mengenai kadar potongan hasil padi petani, Ismail Sabri me­minta syarikat Beras Nasional Berhad (Bernas) tidak mengenakan kadar potongan yang tinggi kerana tindakan itu membebankan penanam padi.

“Dalam proses transisi melalui kenaikan harga siling daripada RM980 kepada RM1,200 bagi setiap tan me­trik padi yang diperkenalkan oleh kementerian, kerajaan berhasrat untuk melihat para petani mendapat pendapatan tinggi daripada biasa.

“Namun transisi tersebut tidak akan memberi apa-apa kelebihan kepada petani sekiranya kadar pemotongan hasil padi mereka dinaik­kan seperti dilaporkan sesetengah kompleks milik Bernas di seluruh negara yang membuat potongan 30 hingga 35 peratus dan sememangnya merugikan penanam padi," katanya.

Terdahulu dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian itu, Ismail Sabri menerima kejutan apabila dihadiahkan buku coffee table Setahun Ismail Sabri Jihad Memerangi Orang Tengah yang dihasilkan oleh Setiausaha Akhbarnya, Datuk Ruhaidini Abd. Kadir.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers