Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday, 20 May 2014

Pemotongan Padi Oleh Bernas Dihadkan... @IsmailSabri60 #DSIS @NajibRazak


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengkaji keperluan untuk menetapkan had maksimum pemotongan hasil padi oleh Padiberas Nasional Bhd (Bernas) sebelum musim kedua penanaman padi bermula.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau menerima aduan bahawa pemotongan dilakukan sehingga 35 peratus dari hasil padi, menyebabkan pendapatan pesawah menjadi lebih rendah berbanding sebelum penyelarasan harga padi dibuat awal tahun ini.

“Saya sendiri rasa tidak berpuas hati dengan pemotongan yang dilakukan. Saya kecewa apa yang berlaku. Saya akan kaji berapa peratus jumlah yang terlibat (dengan pemotongan yang tinggi).

“Kalau cuma kes-kes terpencil, mungkin tidak boleh dijadikan alasan untuk mengubah dasar kita. Tapi kalau banyak kes yang berlaku, mungkin kita akan buat dasar baru,” katanya.

Berikutan penyelarasan harga padi kepada RM1,200 pada Januari lalu, kerajaan melaksanakan penggredan mutu padi di Pusat Belian Padi (PBP) bagi menjaga mutu padi, yang mendorong pemotongan itu dilakukan.

Jumlah pemotongan itu bagaimanapun dilakukan dengan persetujuan tiga pihak iaitu pesawah, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Bernas.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata penglibatan golongan muda dalam bidang pertanian adalah membimbangkan kerana hanya 15 peratus daripada lebih 800,000 individu yang terlibat dalam bidang pertanian merupakan golongan itu.

Beliau berkata kebanyakan petani masa ini terdiri daripada golongan berumur 60 tahun ke atas, justeru menjadi cabaran paling besar bagi kerajaan untuk menarik golongan muda meneruskan kesinambungan dalam bidang itu bagi menjamin kelangsungan rantaian makanan dalam negara.

“Jika tidak ada golongan muda yang terlibat, akhirnya kita akan terus bergantung kepada import makanan dan polisi kemandirian kita tak akan berjaya,” katanya.

Ismail Sabri yang genap setahun memegang jawatannya Sabtu lalu, berkata walaupun perang terhadap orang tengah telah dilancar awal tahun ini, namun pada peringkat awal ia adalah bagi mendidik golongan petani, penternak dan nelayan untuk tidak menggunakan khidmat orang tengah dan memasarkan sendiri produk mereka.

Justeru itu sasaran pengurangan penggunaan orang tengah ditetapkan tidak terlalu tinggi di mana 10 peratus sudah mencukupi, katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers