Hari ini bertempat di Pavillion Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, satu perhimpunan pelajar IPT kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (JPAM) peringkat kebangsaan kali ke-2 yang dirasmikan oleh Datuk Seri Hishammuddin, Menteri Dalam Negeri membuktikan bukan semua mahasiswa pusat pengajian tinggi yang berminat sangat dengan isu pemansuhan AUKU yang cuba dimainkan oleh pembangkang dan segelintir pemimpin pelajar pro sebelah sana.
Hasil temubual Kulaan dengan beberapa pelajar yang menjadi sukarelawan JPAM menyatakan bahawa mereka lebih suka terlibat aktif dengan kerja-kerja kesukarelawan dan mencari sebanyak mungkin ilmu sama ada dalam bidang akademik atau ko-kurikulum sebagai bekalan untuk masuk ke alam pekerjaan.
Apabila ditanya soal AUKU, mereka mengatakan sebagai pelajar, universiti adalah tempat atau platform terbaik untuk mencari seberapa banyak mungkin ilmu pengetahuan dan pengalaman. Bila grad nanti nak berpolitik ka hapa ka buat la. Yang sibuk-sibuk mempersoalkan AUKU ni hanya segelintir sahaja.
Kulaan kelu untuk berkata-kata apabila ada seorang pelajar wanita menyatakan ketidakpuasan hati bahawa kebanyakkan pemimpin mahasiswa yang sibuk mempersoalkan mengenaik AUKU dan kekangan untuk berpartisipasi dengan politik sedang mereka masih gagal menarik mahasiswa untuk terlibat dan turun mengundi semasa pilihan raya kampus atau universiti. Betul jugak kata pelajar tahun akhir yang belum pun lagi tamat pengajiannya.
Jadi, pesan Kulaan kepada adik-adik yang masih menuntut di IPT tu, timbalah seberapa banyak ilmu ketika di menara gading dan ia akan menjadi kenangan manis apabila sudah memasuki alam pekerjaan kelak. Syahdu apabila teringat kembali kenangan semasa menuntut di universiti dulu, suka duka pahit manis asam garam ketika bergelar "Mahasiswa".
No comments:
Post a Comment