Jadilah Sahabat Kulaan...
SEWA
TRIP
Thursday, 10 November 2011
Penganjur Seksualiti Merdeka Masuk Lokap????
KUALA LUMPUR 9 Nov. – Polis telah mengambil keterangan 50 individu termasuk penganjur, penyokong dan peserta program Seksualiti Merdeka 2011 sejak kelmarin.
Bagaimanapun, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar (gambar), ramai lagi individu akan dipanggil untuk dirakamkan percakapan antaranya, aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir.
Beliau berkata, pihaknya dijangka mengambil keterangan anak bekas Perdana Menteri itu dalam tempoh terdekat ini.
“Kita juga akan rakam keterangan mana-mana pihak yang membuat laporan membantah penganjuran program seks bebas itu bagi membantu siasatan mengikut dua akta yang diperuntukkan.
“Tiada tangkapan dibuat setakat ini tetapi kita masih mengikuti perkembangan kes ini mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Deepavali anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Sebelum ini, polis telah mengambil keterangan penganjur program Seksualiti Merdeka 2011, Pang Khee Teik kira-kira pukul 4 petang kelmarin.
Turut diambil keterangan ialah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga serta aktivis wanita, Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez.
Dalam pada itu, Khalid memberitahu, polis setakat ini menerima sejumlah 154 laporan di seluruh negara yang membantah penganjuran program tersebut.
“Keputusan pihak penganjur membatalkan semua aktiviti program Seksualiti Merdeka 2011 adalah tepat selepas majoriti masyarakat negara ini menyatakan bantahan mereka,” katanya.
Beliau turut menegaskan, semua pihak perlu mengambil kira sensiviti budaya, agama dan rakyat berbilang kaum di negara ini.
“Jangan kira ikut sedap hati kita sahaja, kita ingat nak mengambil hati golongan minoriti tetapi kita tidak sedar secara tidak langsung golongan majoriti pula marah. Kita kena ambil kira semua itu,” katanya lagi.
Sementara itu, Khalid berkata, dakwaan Ambiga berhubung pengharaman penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 berbaur politik, sebagai tidak berasas.
“Tiada kaitan antara pengharaman Seksualiti Merdeka 2011 dengan pihak polis dan politik. Pengharaman adalah semata-mata atas alasan keselamatan dan keharmonian agama,” katanya
Labels:
Ambiga,
Marina Mahathir,
Polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment