Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday, 11 November 2011

Pemimpin BN! Tolonglah Jangan Penatkan Pengamal Media Sosial Dek Kerana Kedangkalan Tuan...


Telah banyak kerja kerja baik bloggers membela KERAJAAN(BN dan Umno) sejak PRU08 hancur musnah dek sebab KENYATAAN BODOH dan BERCANGGAH para pemimpin termasuk Menteri Menteri selama ini.ISU yang kadang kadang dah kira boleh kautim tiba tiba boleh jadi BEBAN untuk di tepis bila pemimpin buka mulut bersuara tanpa melakukan homework.Akibat KECERDIKAN pemimpin yang tidak bertempat ini kerja keras bloggers memerangi sesuatu isu kadang kadang jadi sia sia.Tak perlulah nak disenaraikan disini bila ramai yang dah lupa 'isu isu' ini.Nasib baik masyarakat Malaysia cepat melupakan isu lama bila timbul isu baru,kalau tidak PENAT asyik nak kena tepis je.

Apa pun suka aku nak mengingatkan PARA PEMIMPIN dari setinggi tinggi Perdana Menteri sehinggalah pemimpin di peringkat Bahagian Umno dan Para Penceramah bagi pihak kerajaan...


TOLONGLAH....TOLONGLAH....DAN TOLONGLAH.

Itu kira TIGA KALI minta tolong,sebab selalunya SEKALI minta tolong tak berkesan.Tolonglah berhati hati MULAI SEKARANG SEHINGGA SAMPAI PRU13 nanti.Harap tolong jaga setiap kenyataan dan tindakan,harap tolong jaga tingkah laku didepan dan dibelakang rakyat dan tolong buat kajian atas sesuatu isu sebelum mengeluarkan kenyataan supaya tidak kelihatan BODOH dan bercanggah sesama sendiri.Itu sahaja yang AKU dan aku kira sahabat sahabat bloggers yang lain juga minta,supaya kerja kami tidak jadi sia sia.

KEPADA PERDANA MENTERI...aku ada satu permintaan khas yang datang dari hati aku yang jujur dan iklas.Aku berharap sangat sangat agar DATIN SRI HAJJAH dapat merihatkan diri beliau dari terlalu kerap kelihatan dikhalayak ramai kecuali KEHADHIRAN beliau benar benar diperlukan.Ini bagi mengelak dari Pakatan Rakyat memanupulasi kehadhiran beliau demi merosakan nama baik dan imej YAB.Kita sedia maklum sebelum ini bagaimana DS Hajjah dijadikan 'sasaran' fitnah dan tomahan oleh pembangkang walau atas perkara kecil sekalipun bila berpeluang.Jadi kita berharap PELUANG ini tidak diberi jika DS Hajjah mengurangkan aktiviti aktiviti beliau yang TIDAK PERLU.

Itu sahaja yang ingin aku suarakan dalam entri aku kali ini.Sekali lagi kepada semua PEMIMPIN..

JANGAN BERI PEMBANGKANG PELURU YANG AKAN MEREKA GUNAKAN MENEMBAK KITA...WAIMA PELURU KOSONG SEKALI PUN...KERANA IANYA TETAP MELETUP DAN MENGELUARKAN BUNYI YANG KUAT WALAUPUN TIDAK MENCEDERAKAN KITA.

Sumber : AkuPeduliApa

Kulaan : dengan pandangan ikhlas dari pengamal media terutama blogger-blogger yang menyokong kerajaan BN, Kulaan harap pemimpin atasan cepat sedar dengan suasana yang berlaku diseliling... janganlah diberi ruang dan peluang kepada pembangkang untuk menghentam pemimpin kerajaan demi survival BN terutama disaat PRU13 semakin hampir... tiada untungnya jika kerajaan yang ada sekarang tumbang dek kedangkalan segelintir pemimpin yang gilakan kuasa...

2 comments:

  1. Menyokong penuh pernyataan diatas! Semoga pemimpin2 terutamanya dari pihak UMNO bersikap lebih bijaksana dalam mengeluarkan kata-kata ataupun tindakan selepas ini....jangan sampai khalayak menyampah melihat anda!

    ReplyDelete
  2. KAH KAH KAH BRSAMA KITA UTK TDAK MEMBERIKAN MANDAT KPD BN UTK MEMERINTAH NEGARA LGI... JIKALAU BN TRUS MEMERINTAH.. LGI RMAILAH PMIMPIN BN JDI BANGANG....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers