Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday, 10 January 2014

Puaka Niring : Sotong Gergasi Buat Pengunjung Pantai Gerun...


Jika sebelum ini seekor ikan oar sepanjang lebih 100 kaki dijumpai terdampar di pantai California, kini seekor sotong gergasi pula ditemui di pantai sama.

Berdasarkan saiz luar biasa, pakar berpendapat kedua-dua haiwan ini datang dari perairan Futaba, Jepun yang menempatkan pelantar nuklear Fukushima Dai-ichi.

Mengikut teori mereka, salah satu kesan daripada kemusnahan yang pernah berlaku di pelantar nuklear ini pada 2011 telah memberikan kesan pada saiz sesetengah hidupan laut.

Malangnya, ada antara hidupan gergasi ini hanyut mengikut arus lautan hingga memasuki perairan Amerika Syarikat sekaligus menimbulkan kebimbangan masyarakat setempat.

Pengurus Santa Monica Parks, Cynthia Beard, bagaimanapun meminta semua orang bertenang kerana hidupan laut gergasi tersebut sudah mati dan jika masih hidup sekalipun, ia berada di lautan dalam dan jarang menghampiri manusia.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. Ini gmbr tipu...humbolt squid mati takkan terdampar bodoh mcm ni.sotong ni habitatnya adalah dilaut dlm.

    ReplyDelete
  2. Disahkan tipu.

    http://www.theepochtimes.com/n3/441021-second-giant-sea-creature-washes-ashore-along-santa-monica-coastline-giant-squid-story-is-a-hoax/?sidebar=hotarticle

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers