Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 19 May 2012

Nie Jawapan Double Y Pulak Kat PapaGomo Pasal "Tak Mengenang Budi"... @NajibRazak @HishammuddinH2O @ahmadmaslan @KhairyKJ @razaliibrahim


Semalam gua dah kuarkan jawapan daripada blogger APA bila PapaGomo mempersoalkan tentang APA yang tak mengenang budi dengan apa yang telah Gomo curahkan... (Gomo nie plak tau ker mengenang budi orang lain....) Hari nie gua kuarkan plak jawapan kepada semua tohmahan terhadap YuseriYusoff a.k.a Double Y [STORY PENUH KLIK SINI] tentang dia pun tak "MENGENANG BUDI" macam blogger APA... 

Gua nak tanya skit kat Gomo nih... Lu dok sebok kata orang tak mengenang budi lu... Lu pernah ker kenang budi orang lain... Lu nie spesis "BIAWAK" lidah bercabang... Kat depan kata lain... Kat belakang citer lain... Citer lu tak mengenang budi apa yang lu dapat masa PRK Tenang tuh lain kali ler gua story... Kat Pengerusi UMB yang lu dok kutuk nie ler yang lu dapat... ish! Payah gak nak cakap... Takut "back-fired" balik kat UMNO ngan BN nanti...

Buat 'SIFU' saya, usah risau atau gundah gulana. Saya akan menjawab satu-persatu 'NIAT' baik PapaGomo sebagaimana beliau nyatakan.

Qoute PapaGomo :

1) Tidak mahu wang UMNO dibazirkan.
Program Konvesyen Media Sosial apakah hasilnya setakat ini. Membazir ke tidak?

2) Elakkan UMB yang merupakan entiti UMNO dijadikan alat pemimpin tertentu.
UMB tidak terlibat menjadi alat bagi menghalalkan penyalahgunaan, penyelewengan yang dilakukan oleh mana-mana pemimpin dalam UMNO. Bukan hari ini kata menteri 'PONDAN' esok lusa kata 'MANTAP'. Pendek kata puji bila ada imbuhan, keji bila imbuhan dihentikan.

3) Menghapuskan KASTA yang UMB selalu labelkan "Ini Orang UMB dan Ini Bukan UMB"
- Siapa yang wujudkan KASTA terlebih dahulu? Ingat balik peristiwa selepas Pilihanraya Sarawak. (SIAPA NAIKKAN LOGO "KAMI BUKAN BLOGGER UMB!"

4) Memastikan semua pejuang maya meraih hasil yang sama rata sama rasa mengikut tugas yang dipertanggungjawapkan dan kekuataan Blog tersebut. -
Ayat macam Anwar Ibrahim "sama rata, sama rasa" - NFC berapa sebenarnya jumlah diperolehi tetapi berapa pula jumlah yang diterima oleh bloggers yang terlibat membantu menjawab isu NFC? (The Untold Story ketika pertemuan saya dengan individu yang menguruskan operasi NFC di Restoran Meatworks - nak tahu tak?)

5) Tidak memilih puak dalam pemberian bantuan baik dari kewangan ataupun kelengkapan. "Orang UMB layak Bukan UMB tak layak"
Sudah-sudah la rekayasa fitnah sahabatku PapaGomo. UMB bantu selagi termampu tanpa meletakkan sebarang syarat jika ada blogger yang berhadapan masalah. Tak percaya? [KLIK & BACA SAMPAI HABIS]

6) Dahagakan kekuatan sebenar pejuang maya untuk disatukan tampa mengira fahaman asalkan terus menyokong Kerajaan BN.
Siapa yang tidak mahu bersatu, siapa yang bersikap berlagak sombong, siapa yang menepuk meja di hadapan pemimpin, siapa yang menyindir, mengutuk, menghina, mengfitnah bila ada blogger yang mengaku mereka UMB?

Siapa yang sebaik sahaja bersalaman mengeluarkan kenyataan "dapat ke sarawak sebab jilat Tun Faisal, ingat gua pekak? Ada atau tidak saya sms ucapkan agar PapaGomo selamat ketika beliau ke Somalia? - Jika saya ingin amalkan perpecahan, buat apa saya sms lebih-lebih lagi cacian dan kejian yang saya terima?

Oh... sebelum terlupa siapa yang berlagak sombong ketika gua sapa di malam penghargaan UMNO kepada media selepas Perhimpunan Agung UMNO yang lepas hanya kerana beliau lengkap memakai vest berbutang tiga (mujur tak pakai riben macam Kadiq Sheikh Fadzir je. kah3!)

Bukankah UMB dilabel sebagai bloggers lembik oleh PapaGomo sendiri? (Nampaknya PapaGomo turut melabelkan kawan-kawan yang PapaGomo tahu berada di bawah UMB sebagai lembik. Bukan begitu?)

Lagi qoute PapaGomo :

"Tidak mahulah seperti kisah 2 orang Blogger yang dulunya dididik dan diberi makan oleh Gomo kini menjadi pencacai kepada seorang EXCO pemuda Umno"

Nyatakan bila kamu beri saya makan, di mana, berapa banyak - Seingat saya, saya hanya pernah makan sepinggan nasi ayam bersama dua lagi bloggers?

Tetapi jangan lupa pula siapa yang bayar di Old Town White Coffee. (lol macam budak-budak gua rasa layan qoute PapaGomo sedangkan kami sebaya kehkehkeh!)

Siapa yang hubungi saya setiap kali datang ke Bukit Bintang?

Apakah perlu kita berlagak sombong jika rakan call ajak minum sekejap?

Bukankah bekas Ketua Wira Perkasa turut bersama, dan selalunya beliau yang kena 'pau' sebab masa itu PapaGomo belum kaya seperti sekarang dan masih berkereta biasa-biasa sahaja.

Qoute PapaGomo seterusnya :

Dan inilah juga ketakutan apabila RAHSIA wang yang disonglap dan juga Projek yang dijaja kononya untuk membantu Blogger takut terdedah.

Dedahkan sahaja, memang sudah lama saya tunggu. Namakan siapa, jawatan apa, berapa jumlahnya. Selepas itu saya akan beritahu siapa sebenarnya yang melacurkan blogger.

Qoute paling best PapaGomo seterusnya :

Hari ini Double Y dan Aku Peduli Apa cukup hebat menyerang Papa Gomo. Ya mungkin sebab Gomo tidak mampu memberikan hasil wang ringgit tiap tiap bulan ataupun baju yang berlogo serta membawa bercuti ke sana kemari maka Gomo tidak menguntungkan.
Ololololo...

Sedihnya, nak nangis gua rasa bro...

Siapa yang bercuti naik Cruise sehingga ke Bali, Indonesia?

Siapa yang tukar kereta baru?

Siapa yang ada kondominium baru?

Paling gempak dan best dari PapaGomo :

adress Blog nya adalah Yuseri Yusof dan anda boleh tanya beliau siapa yang memberikan tunjuk ajar berblogg. Malah boleh tanya beliau sewaktu beliau hendak memulakan Blog siapa yang memberikan nasihat untuk memilih nama blog.

Benar, jika ikut PapaGomo waktu itu. Saya mungkin blogger yang tidak berwajah. Blogger yang menulis apa sahaja tuduhan serta fitnah tetapi tidak bertanggungjawab dengan penulisan saya.

Tetapi bagaimana cara berblogging, mengumpul maklumat, akses maklumat, serta mengupas isu rasanya langsung tiada AJARAN dari PapaGomo yang saya terima.

Geng Basikal Prewel Mati (Fixie) Jangan Takut, Port Untuk Korang Pun Ada Masa #HBN2012... @ShaberyChik @razaliibrahim @beliabangkit


Aktiviti yang berbentuk pertandingan yang berkonsepkan "urban barricade" yang berlatarbelakangkan "street style"

Bakal mencabar peserta dengan pelbagai halangan dan jenis "tricks" yang diperlukan bagi menjadi juara. 

Pelbagai kategori dipertandingkan diantaranya, "Bunny Hop", "Freestyle Tricks", Track Stand dan sebagainya. 

Penyertaan terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan umur juga kewarganegaraan.

Friday 18 May 2012

Jawapan Blogger APA Dengan Dakwaan Dan Tohmahan PapaGomo... @NajibRazak @HishammuddinH2O @ahmadmaslan @KhairyKJ @razaliibrahim


Semenjak dua menjak nie heboh dengan dakwaan dan tohmahan PapaGomo bertaraf SPM terhadap UMB terutama kepada blogger-blogger yang PapaGomo dakwa blogger UMB... Salah seorang yang ditohmah tidak mengenang jasa ialah blogger APA dan Double Y...

Kat sini gua masukkan jawapan blogger APA [KLIKSINI] terhadap tohmahan yang didakwa oleh PapaGomo bertaraf SPM... Betul ker PapaGomo bertaraf SPM blogger tak bertuan dan bukan kaki pau...

Nak senyum pun ada nak simpati pun ada bila aku membaca RINTIHAN HATI DISINI BabyGomo aka PapaGomo blogger tersohor Malaya hari ini.Blogger yang digeruni semua pihak dan bakal menentukan kalah menangnya Umno/BN dalam PRU akan datang.

Tak usah buat MADAH BERHELAH lah Gomo.Lu pun tahu apa sebab bloggers UMB melenting kali ini.Kalau lu tak jolok tak sebut nama UMB diaorang pun tak bersebab nak melenting dengan lu.Ini hujan tak ada,ribut tak ada dan masing masing sibuk dengan program masing masing...lu lak meroyan ntah apa pasal.

Jadi soalan lu tanya kenapa bloggers UMB je yang attack lu sedangkan bloggers lain tak campur lu dah jawap sendiri kat atas.Mungkin diaorang memang tak mahu campur dan mungkin juga TAKUT dengan lu nanti kena BOIKOT macam pengalaman yang gua pernah lalui.Gua agak agak je lah kalau MO lu dan kawan kawan lu masih tak berubah.

Lu tak payah nak ungkitlah PERTOLONGAN SEKALI atau kalau boleh gua anggap UMPANAN SEKALI assignment dengan ajensi kerajaan tu bro,tapi sebagai manusia yang mengenang budi gua tetap berterima kasih dan akan mengenang nya sampai bila bila.Tapi itu jangan dijadikan SENJATA untuk memperalatkan bloggers bro...itu kerja banyak busuk.

Ayuh Skateboarderz Yang Ada Guts... Show What U Have... #HBN2012 @ShaberyChik @razaliibrahim @beliabangkit


Aktiviti yang berbentuk pertandingan yang berkonsepkan "urban skateboarding" yang berlatarbelakangkan "street skating"

Bakal mencabar peserta dengan pelbagai halangan dan jenis "tricks" yang diperlukan bagi menjadi juara. 

Penyertaan terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan umur juga kewarganegaraan.

Tun M Pertahankan Tindakan Polis Semasa Bersih 3.0...


Tun M mempertahan kekerasan pada 'samseng' BERSIH 

4:53 PM Mei 15, 2012 Polis terpaksa menggunakan kekerasan untuk menghentikan hooliganisme atau tindakan buas peserta perhimpunan BERSIH untuk mencegah kemudaratan terhadap pegawai polis dan kerosakan harta benda, kata bekas perdana menteri.

"Apa yang sepatutnya polis buat? Biarkan hooligans (samseng) lakukan apa mereka mahu? Terima saja ditendang oleh samseng? Terima sahaja kereta peronda mereka dihentam dan diterbalikkan?" soal Dr Mahathir Mohamad. 

Menulis dalam blognya, Dr Mahahtir berkata, perkataan "kekejaman polis" digunakan secara sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, khususnya Majlis Peguam, walaupun kekerasan yang dibenarkan perlu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. 

Mahathir menuduh peserta perhimpunan BERSIH sebagai "jelas ganas" dan polis hanya melakukan apa yang perlu untuk mengawal keadaan. 

"Jelas sekali daripada gambar dan klip video, peserta perhimpunan bukan hanya memecahkan penghadang tetapi menyerang, benar-benar menyerang polis yang ditugaskan menjaga mereka daripada memecahkan penghadang," katanya.

Thursday 17 May 2012

[Video] : Bila Pilihanraya, Jom Pakat "LIKE" Ramai-ramai...



video yang menarik dan kelakar... 


sila lawati laman KLIK SINI untuk kita klik "LIKE" ramai-ramai...

Kalo Korang Teror Main Rubik's Cube, Try Test #HBN2012... @ShaberyChik @razaliibrahim @beliabangkit


Rubik’s Cube merupakan aktiviti teka-teki mekanik dan Rubik’s Cube ini boleh didapati dalam empat versi: "Kuib Poket" (2×2×2) , Kiub Piawai (3×3×3), "Dendam Rubik" (4×4×4), dan "Kiub Profesor" (5×5×5). 

Aktiviti ini merupakan aktiviti yang diukur dari segi kepantasan menyiapkannya. Biasanya, permukaan kiub dilitupi oleh pelekat dalam enam warna tunggal, dengan satu warna tunggal pada setiap sisi kiub. 

Apabila teka-teki diselesaikan, setiap sisi kiub mempunyai satu warna tunggal. 

Pertandingan ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan mempunyai beberapa kategori.

Nik Aziz Tak Bersyukur Dilahirkan Sebagai Melayu???...


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat buat hal lagi! Kali ini Menteri Besar Kelantan yang hampir 30 tahun mentadbir negeri majoriti Melayu itu berkata, beliau tidak pernah meminta dilahirkan sebagai manusia berketurunan Melayu dan tidak perlu bersyukur dilahirkan sebagai Melayu.

” Lahir sebagai Orang Asli pun saya tak kisah. Kalau lahir sebagai orang Arab tetapi berjuang tolak Islam tak ada guna,” katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Nik Abdul Aziz patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Melayu yang tentunya beragama Islam.

Dr. Mahathir sebelum ini menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai pengkhianat orang Melayu kerana sanggup memecahbelahkan perpaduan ummah semata-mata untuk kepentingan politik.

Pada masa sama, Nik Abdul Aziz menyelar Dr. Mahathir kerana mementingkan orang Melayu lebih daripada agama.

“Dr. Mahathir orang tua, boleh jadi dia lupa makan ubat hari ini,” katanya sinis ketika diminta mengulas kritikan Dr. Mahathir.

Wednesday 16 May 2012

Puaka Niring : Misteri Rahsia Nenek Umur Panjang...


BALING - Seorang nenek yang berusia 91 tahun masih memiliki penglihatan, pergerakan, tutur kata dan kesihatan yang baik, walaupun sudah mempunyai hampir 200 ahli keluarga iaitu 70 cucu, 50 cicit dan kira-kira 20 piut sepanjang hidupnya di Kampung Masjid Teluk Teduri di sini.

Walaupun wajahnya jelas dimamah usia, Timah Jusof, yang dikurniakan lapan anak, masih mampu bertutur dengan baik dan mengingati kisah silamnya sejak puluhan tahun dulu.

Menurutnya, kesihatan, pergerakan dan percakapannya yang masih baik dimilikinya berkemungkinan disebabkan gaya hidupnya ketika masa muda.

“Saya seorang yang aktif. Tidak boleh duduk diam. Sejak berumur belasan tahun, saya mula menoreh getah dan mengerjakan sawah pada sebelah petang."

“Kerja dulu tak macam sekarang. Walaupun masih bersawah, kebanyakan pesawah menggunakan mesin berbanding dulu hanya bergantung kepada kudrat sepenuhnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Timah berkata, dia akan keluar ke rumah seawal jam 5 pagi, kemudian akan pulang pada lewat petang bergantung kepada pekerjaannya.

Ambiga Mengamuk Bila Peniaga Burger Meniaga Depan Rumah Dia...


UNTUK DITERTAWAKAN - "GERAI-GERAI BURGER DI SEKITAR RUMAH AMBIGA"

Mungkin selama ini Pengerusi Perhimpunan BERSIH 3.0, S.Ambiga tidak pernah merasai geram, marah dan kecewa dengan tindakan pengikutnya dan beliau sendiri yang menganggu ketenteraman awam, menyesakkan jalan di seluruh bandaraya dan menjejaskan pendapatan peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan sekitar Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, mulai kelmarin Ambiga dapat merasai makna marah dan kecewa apabila sekumpulan peniaga yang menuntut ganti rugi daripada penganjur BERSIH 3.0 membuka gerai burger dihadapan rumahnya di Bukit Damansara sebagai menunjukkan protes ke atasnya. Berikutan itu, Ambiga tampil menyatakan kekecewaannya dan menganggap tindakan 'bantahan dihadapan rumahnya' itu tidak wajar dan menganggu ketenteraman jiran perumhannya!

Baginya itu bukan caranya mahu menuntut ganti rugi dan perlu dilakukan mengikut prosedur undang-undang dan biarkan mahkamah yang menentukan perkara itu. Dalam isu ini, pada kita Ambiga umpama lidah bercabang, cakap lain tetapi buat lain! Sebagai bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Ambiga sepatutnya memahami prosedur undang-undang dan tidak melanggar arahan yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum perhimpunan tersebut.

Giler La Ada RC Model Demons Masa #HBN2012... @ShaberyChik @razaliibrahim @beliabangkit


RC (Cars/Heli/Airplanes)

Demonstrasi dan pertandingan kecil tentang kenderaan "remote control" bakal disaksikan di dalam acara ini. Bermula dari model yang asas sehingga yang paling maju ("high end).

Nik Aziz Kata Sembahyang Itu Demonstrasi???...


Mengikut kata-kata Nik Aziz, sembahyang berseorangan itu adalah demonstrasi. Ahli Qariah ke Masjid untuk berjamaah juga adalah berdemonstrasi. Begitu juga sembahyang jumaat.Malah setahun sekali umat Islam akan berdemonstrasi
di Mekah.

PERSOALANNYA : BERDEMONSTRASI terhadap siapa? Allah atau pemerintah semasa?

Jika sembahyang Jumaat dikatakan demonstrasi, maka adakah yang hadir itu berdemonstrasi kepada Allah? atau Tok Imam atau Sultan atau Pemerintah Negeri? Juga Demonstrasi itu kata Nik Aziz adalah ibadah seperti sembahyang. Beliau menyamakan demonstrasi adalah ibadah seperti sembahyang.

Apakah demonstrasi yang menganggu orangramai dianggap sebagai ibadah? Jika sembahyang kita yang boleh menganggu jiran atau umat sekeling pun masih boleh manghasilkan dosa, adakah demonstrasi jalanan merosakkan harta benda awam masih boleh dikatakan ibadah?

Kita ingin bertanya kepada penyokong PAS, apakah sembahyang ada sebagai satu demonstrasi atau IBADAH?

Atau memang penyokong-penyokong PAS menganggap yang demonstrasi sama statusnya dengan sembahyang. Kedua-duanya adalah ibadah?

Nik Aziz memang menyeleweng ajaran Islam. Beliau menambahkan lagi kekusutan kefahaman umat terhadap Islam. Maka sahlah kata-kata Bob Lokman dengan memasuki PAS, beliau telah temu jalan yang benar. Ya jalan yang benar ... jalan yang menjanjikan syurga dajjal!

Tuesday 15 May 2012

@PDRMsia Akan Mempersembahkan Gerak Ops Khas Pada #HBN2012... @shaberychik @HishammuddinH2O @razaliibrahim @beliabangkit


PDRM akan mengadakan beberapa pertunjukkan Operasi Gerak Khas yang dijalankan dari sudut taktikal menggunakan peralatan yang moden dan canggih yang jarang dapat di lihat oleh orang awam...




Tarikh : 27hb Mei 2012


Masa :  2.30 - 4.30 petang

Pas Akan Ulang Tayang Isu Hudud Bila Sokongan Akar Umbi Pas Makin Menurun... Taktik Kotor...


Itulah yang terjadi dalam pakatan pembangkang bila PAS mula memainkan isu HUDUD. Isu Hudud akan diulang tayang sekirang sokongan akar umbi menurun.

PAS takut kehilangan sokongan akar umbinya (sama ahli atau penyokong parti di luar bandar) yang masih mengharap PAS kekal dengan perjuangan asal mereka untuk menegakkan negara Islam dan Hudud. 

Bagi penyokong di bandar yang liberal, mereka tak kisah pun pasal Hudud dan Negara Islam, mereka hanya mahukan kuasa dengan menjatuhkan UMNO. Sebab itulah tarbiyah PAS gagal di bandar. 

Ahli dan penyokong PAS di bandar lebih gemar menghadiri ceramah politik daripada ceramah agama. Kerana di ceramah politik ada pemimpin yang menjadi idola mereka iaitu Anwar Ibrahim. Dan golongan inilah yang mengangkat Mat Sabu yang bukan Ulama sebagai Timbalan Presiden PAS.

Kesimpulannya, inilah wayang / drama yang sering dimainkan oleh pembangkang bila sokongan terhadap mereka berkurangan. 

Penamat episod ini adalah Anwar Ibrahim akan mendamaikan kedua-dua kabilah yang berperang dalam pembangkang dan muncul sebagai hero..............wa ka ka ka .....ka ka ka ka....

Bersih 4.0 : Penganjur Tuduh Nik Aziz Penipu Besar!!!


Penganjur Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) menegaskan tiada sebarang keputusan dibuat untuk mengadakan perhimpunan BERSIH 4.0 dalam tempoh terdekat ini.

Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah menjelaskan demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyuarakan akan ada perhimpunan BERSIH 4.0 jika isu-isu berkaitan dengan pilihan raya bersih tidak ditunaikan kerajaan.

Mungkin merasakan bahawa BERSIH 3.0 gagal secara objektif dan sasaran untuk memburuk-burukkan kerajaan, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bertindak mengugut hendak menganjurkan BERSIH 4.0 sekiranya Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, Maria menyanggah kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua pimpinan PAS itu dan menegaskan pihaknya tidak mempunyai perancangan setakat ini untuk mengadakan perhimpunan BERSIH 4.0.

"Tetapi kita tidak ada perancangan untuk BERSIH 4.0 buat masa ini," katanya

Monday 14 May 2012

Kaki Drifter Yang Ada Telor Boleh "Fight" Kat Sini Kalo Berani La... #HBN2012 @ShaberyChik @razaliibrahim @beliabangkit


KBS Autokhana (Tar Mac Attack) adalah adalah precision driving event. Pergerakan adalah bermula dengan melalui pusingan litar kemudian melakukan aksi parking, breaking point, slaloms (zig-zag) dalam keadaan kehadapan dan kebelakang. 

Pemenang ditentukan berdasarkan kepantasan masa yang dicatat menggunakan sistem sensor berkomputer, dan jentera yang tiba dahulu di garisan penamat. Objektif utama kejohanan ini adalah untuk memperhebatkan lagi kempen ”Katakan Tidak Pada Lumba Haram” kepada peserta dan ribuan pengunjung khususnya golongan belia pemotoran hingga ke peringkat akar umbi. 

Seterusnya menyediakan prasarana trek perlumbaan (Litar Autokhana) bagi pasukan-pasukan serta peminat sukan Autokhana di seluruh pelusuk tanah air untuk berlumba dengan kadar yang selamat, kos efektif, profesional serta terkawal dan memberi kesedaran kepada komuniti belia mengenai keburukan berlumba haram, penyalahgunaan dadah dan masalah gejala sosial di kalangan belia khususnya remaja. 

Pertandingan ini terbahagi kepada 5 kategori utama iaitu Kereta NA<1,000 cc / 1,000cc < NA < 1,600cc / 1,600cc < NA < 1,800cc / 1,800cc < NA < 2,000cc dan kategori OPEN cc yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM 6,000.00 beserta trofi dan barangan penajaan. 

Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia boleh turut serta apabila telah lulus tapisan keselamatan dan memenuhi syarat-syarat penyertaan dari pihak penganjur.

SEGMEN : FAST AND FURIOUS
PROGRAM : KBS AUTOKHANA (TAR MAC ATTACK)
PENYELARAS PROJEK : HAZRI NIZAM BIN ZAKARIA
NO. TELEFON : 03-8871 3415/017 322 3334

ADUN DAP Keluar Parti

Mohamed Razali bekas ADUN DAP yg keluar drp parti DAP, atas sbb rancangan besar DAP adalah spt berikut:

1. Kristian menjadi agama rasmi.
2. M'sia akan ditukarkan kepada negara Repulik. Guan Eng mmpunyai pejabat mewah di Singapura dan setiap minggu berjumpa Lee Kuan Yiew dan DAP mendapat dana kewangan yg kukuh.
3. YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada bangsa cina.
4. Sistem Raja Berperlembagaan akan dibubarkan, kerana keturanan raja asal usul lanun mengikut kata Lim Kit Siang.
5. Isu azan hanya test market kesensetifan masyarakat Islam.
6. Pertandingan tilawah Al-Quran akan dihapuskan.
7. NGO melayu akan dihapuskan contohnya seperti PEKIDA dan PERKASA.
8. Perkahwinan campur digalakan, insentif RM 5 ribu akan diberikan atas alasan humans right (penghapusan etnik melayu).
9. Bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi.
10. Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan.
11. Chin Peng ketua parti Komunis Malaya akan diberi pengampunan dan diberi gelaran Tun.
12. MARA jabatan yang dianggap rasis akan dibubarkan.
13. GLC akan dipegang dan diterajui oleh bangsa cina.
14. Di Hotel Palma Penang, Lagu Negaraku yang baru telah dimainkan. Dimana lagu tersebut tiada menyebut tentang raja.
15. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan atas sebab membunuh bangsa cina (komunis) sebelum ini.
16. Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan ditukarkan kepada bangsa cina.
17. Kakitangan kerajaan keturunan melayu akan dikurangkan.
18. KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup.
19. Kedutaan Israel akan dibuka di M'sia.
20. Pengkalan Tentera Israel akan dibuka di Port Dickson.
21. Masjlis antara agama akan mengantikan Majlis Agama Islam.
22. Wang zakat akan digunakan oleh org bukan Islam. Percubaan telah dibuat di Perak sewaktu dibawah Nizar MB bonika. Ngeh pernah minta utk guna wang zakat tetapi dihalang oleh mufti.
23. DEB akan dimansuhkan.
24. Parti berteras agama akan dibubarkan termasuk PAS,,,,,,,,,,,,,,, ada kebenaran tak???
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 13 May 2012

Peta Lokasi Aktiviti Sepanjang Hari Belia 2012... #HBN2012 @ShaberyChik @razaliibrahim @beliabangkit


nie ada peta gua sisipkan buat korang belia dan beliawanis yang nak datang ke Hari Belia 2012 kat Putrajaya nanti...

Sekurang-kurangnya korang tau mana nak tuju ikut minat korang masing-masing.... kalo korang ada masa, korang pusing ler semua sekali... baru puas beb...

100 Ribu Orang UMNO Akan Berhimpun Macam #Bersih Di Negeri Pakatan???...


25 ribu perusuh BERSHIT3.0 telah menyesakkan lalulintas dan menganggu kehidupan aman pusat bandaraya !!! 

Bayangkan kalau orang-orang UMNO seramai 100 ribu ini pula yg buat kat pusat bandaraya macam mereka buat???

Beza Anwar Solat Dengan Orang UMNO Solat...


Kepada mereka yg mempersoalkan 'solat' gelombang merah...

Ni baru namanya solat... Bukan solat atas sejadah yg ada muka orang.... Atau dok diri sebaris sampai tak tahu sape imam.... macam yang gua pernah kuarkan entri pasal cara Anwar solat yang pelik [KLIK SINI]...



Sekarang ini, di mana-mana blog mahupun media pembangkang sembrono sebuk memburuk-burukan dan mengatakan bahawa semua yang hadir di GELOMBANG MERAH di Bukit Jalil semperna Sambutan Ulangtahun UMNO kali-66 tidak solat... fikir-fikirkan

KITA TUNGGU DAN LIHAT AKHBAR DIORANG, DIORANG MAIN ISU APA, dah tahu dah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers