Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 1 February 2014

Muka Awek Korea Nie Jadi Pelik Sebab Nak Sangat Jadi ‘Sailormoon’!!!


Menyedihkan – demi untuk kelihatan persis watak gadis anime, seorang wartawan penyiaran Korea Selatan sanggup melakukan pembedahan meruncingkan dagu yang membuatkan wajahnya ketara berbeza dan pelik berbanding orang normal.

Wanita yang tidak diberitahu nama itu kemudiannya disindir oleh ramai orang terutama di forum-forum siber yang giat berkongsi gambar 'sebelum' dan 'selepas' wartawan tersebut.

Hal ini bagaimanapun bukan sesuatu yang aneh di sana, malah mengikut kajian satu daripada lima wanita Seoul melakukan pembedahan plastik.


Pembedahan paling popular adalah menambah kelopak mata agar bahagian tersebut nampak lebih besar, sedut lemak dan membentuk hidung.

Bagi yang tidak melakukan pembedahan pula, rata-rata menggunakan Botox dan melakukan pembuangan bulu secara laser.


Rakyat Korea yang membesarkan bahagian mata dikatakan kerana tidak mahu mata sepet membuatkan mereka terlalu berbeza daripada orang Barat.

Sesetengah pula melakukannya bagi menyempurnakan definisi kecantikan yang tidak masuk akal iaitu mahu kelihatan serupa dengan karakter gadis anime yang bermata besar dan memiliki wajah bentuk hati macam Sailormoon.

p/s : macam-macam jenis gile manusia sekarang...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kalau Anwar Kalah Di Kajang … Siapa Menteri Besar Selangor???


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan akan bertanding di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang berikutan wakil rakyat sebelum ini dengan tidak semena-mena meletak jawatan bagi membolehkan pemimpin kesayangannya bertanding dan menjadi Menteri Besar Selangor.

Jadi, sekarang semua pihak faham bahawa untuk meredakan pergaduhan antara Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang dah sanggap sangat nak jadi Menteri Besar dengan Tan Sri Khalid Ibrahim, maka Anwar Ibrahim harus dilantik ke jawatan itu.

Entah hapa-hapa punya langkah politik yang penulis tak berapa nak faham la kan… melainkan menggunakan rakyat untuk menyelesaikan masalah dalaman politik yang gagal ditangani oleh Anwar Ibrahim dengan berkesan.

Cuma, kalau itulah penyelesaiannya… ok… selain perkenan Sultan Selangor yang Mynewshub dimaklumkan hampir pasti tidak akan diberikan kepada Anwar, maka cabaran pertama adalah untuk Anwar menang di Kajang.

Ni bukan Permatang Pauh … tidak semudah itu untuk Anwar menang.

Anwar boleh la cakap Barisan Nasional (BN) tak perlu bertanding apa semua… itu mulut dia, hakikatnya tidak semudah kata-kata.

Bayangkan kalau Anwar kalah… PKR akan hanya tinggal 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)… PAS dan DAP masing-masing akan ada 15 kerusi.

Friday 31 January 2014

Puaka Niring : Pelajar Histeria Bersilat Depan Sekolah...


"Anak saya beritahu dia ternampak kelibat lembaga wanita merayau-merayau di kawasan tangga sebuah blok bangunan berhampiran kelas mereka sambil mengajaknya bermain-main menyebabkannya terus menjerit dan ia 'berjangkit' kepada pelajar lain."

Ibu kepada seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang enggan dikenali itu berkata, anaknya tidak sedarkan diri selepas mendakwa melihat kelibat berupa wanita berkenaan.

Dalam kejadian jam 9 pagi, sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jabi, Pokok Sena, bertukar gempar apabila kira-kira 30 pelajar perempuan tingkatan dua, tiga dan lima serta dua guru wanita berusia 20-an diserang histeria.

Kejadian dipercayai bermula daripada seorang pelajar perempuan sebelum berjangkit seorang demi seorang hingga mereka terpaksa dibawa ke surau sekolah untuk dipulihkan.

Berikutan kejadian itu, seorang pelajar perempuan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, dipercayai akibat kancing gigi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Harga Makan Kat Kedai Mamak Yang Benar-Benar ‘Menginsafkan’...


Rasanya semua orang dah tahu harga makanan di kedai mamak agak mahal tapi ramai yang tidak kisah terutama mereka yang menggemari masakan berkari.

Tapi nampaknya, bila harga bil makanan untuk tiga orang mencecah lebih RM200, ia dipos di laman sosial untuk berkongsi perasaan terkejut pelanggan terlibat.

Berdasarkan komen pembaca, ramai yang tidak menyangka restoran mamak terkenal tersebut mengenakan caj semahal itu namun tak kurang juga yang menyatakan ia adalah harga biasa jika dilihat pada lauk yang diambil.

Ini bukan kali pertama bil makan di restoran mamak dikongsikan di laman sosial oleh pelanggan yang terbeliak biji mata selepas melihat  harga yang perlu dibayar untuk makanan mereka.

Apa pun, senang cerita ukurlah baju di badan sendiri.

Kalau rasa-rasa dah hujung bulan dan duit dalam poket tak seberapa jangan cuba-cuba nak makan nasi campur dekat mamak lepas itu ambil lauk tak ingat dunia, okey?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Haramjadah Punya Bapak Kandung!!! Sanggup Kelar Leher Anak Sendiri!!!


Budak perempuan mati dikelar bapa kandung


Bernama | 1:36AM Jan 31 2014
Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi petang semalam.
    
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian jam 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.
    
"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
     
Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.


Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah teres dua tingkat itu.
    
"Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.
    

Tuesday 28 January 2014

Tujuan Anwar Bertanding Di #prkkajang Adalah Untuk Turunkan Harga Satay Kajang...


Kah kah kah kah kah kah kah kah kah.... pecah perut gua woi.... *sambilguling2...

Ini satu lagi lawak jenaka dari pemimpin Pakatan Rakyat dari PKR, Anwar Al Juburi apabila dengan tiba-bila keluar dengan sitcom baru bertajuk "satay". Takda angin takda ribut tetiba pemimpin kanan PKR ni rakus dengan jawatan sebagai Adun sedangkan beliau sudah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh serta sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Beliau paksa Adun Kajang letak jawatan bagi membolehkan beliau bertanding sebagai Adun seterusnya memudahkan lagi misi orang tua ji nak menjadi Menteri Besar Selangor. Tapi ada orang tanya aku kenapa mesti di Kajang. Jawapan aku mudah saja, kerana Kajang adalah kubu kuat Pakatan dengan majoriti berbelas ribu sebab itu Amwar melihat di Kajanglah kawasan paling selamat dan cerah untuk beliau menang seterusnya meneruskan misi rakusnya yang gila jawatan.

Ini semua kerja gila yang berlaku kerana disebabkan seorang individu yang terlalu obses mahu menjadi PM. Tak dapat jadi PM jadi MB pun jadilah janji jadi ketua. Hakikatnya ahli-ahli PKR hanya menjadi barua dan alat untuk Anwar memuaskan nafsu politiknya dan ingin meneruskan dendam lamanya yang amat marahkan Umno kerana Umno dan kerajaan memecat beliau ketika cuma tinggal satu tangga lagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama dari wakil Pembangkang. 


Kesan dari tindakan gila isim Anwar ini turut mengheret komponen lain dalam Pakatan seperti DAP dan Pas yang hanya menjadi macai kepada PKR dan Anwar. Pandangan ini juga disuarakan oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya, Dewan Pemuda Pas sZselections yg gua nyatakan sebelum ini (KLIK SINI UNTUK CERITA PENUH)

Tanpa membuang masa Anwar terus menukar alamat dalam kad pengenalan beliau semalam ke alamat dalam kawasan Kajang demi menjustifikasikan untuk beliau bertanding. Namun hasrat utama Anwar mahu bertanding adalah untuk membela nasib satay kajang yang semakin mahal. Kalo dulu baru 50 sen secucuk tetapi hari ini dah 70 sen secucuk. 

Pemuda Pas Pun Terkejut Beruk Bila Tau Anwar Nak Jadi MB Selangor????


Negara semalam gempar dengan berita gila pemimpin kesayangan PKR Ketua Umumnya Anwar Ibrahim yang dah kemaruk gila kuasa nak bertanding plak kerusi Adun Kajang dengan cita-cita untuk jadi Menteri Besar Selangor selepas cubaan gila Anwar Al Juburi ni nak jadi Perdana Menteri masa PRU13 lepas tidak berjaya walaupun sebahagian besar orang cina "swing vote" dengan mengundi Pakatan Rakyat. 

Semalam Adun Kajang dari PKR meletakkan jawatan "out of no where" secara tobq-tiba takda ribut takda angin nak letak jawatan setelah majoriti rakyat Kajang memberi sokongan kepada calon dari PKR ini. Ini secara tidak langsung menggambarkan bagaimana sebenarnya perangai buruk pemimpin Pakatan Rakyat yang hanya rakus dengan jawatan dan kuasa sahaja bukan mahu memperjuangkan kepentingan rakyat serta nasib rakyat. 

Pandangan ini bukan sahaja dizahirkan oleh rakyat terutama pengundi Kajang bahkan sekutu rapat PKR dari Dewan Pemuda Pas apabila Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda Pas melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara yang dilakukan oleh pemimpin PKR demi merebut kuasa. Di bawah ni kenyataan Dewan Pemuda Pas yang juga tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh PKR yang dianggap mengkhianati persahabatan dalam Pakatan.

PEMUDA PAS MALAYSIA TUNTUT PENJELASAN

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa terkejut dan terkilan dengan perletakan jawatan tanpa alasan yang munasabah Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang Selangor, Y.B.Lee Chin Cheh. Tanpa ada berlakunya tsunami politik yang menggila, perletakan jawatan ini telah mewujudkan satu persepsi yang tidak baik kepada rakyat negeri Selangor terhadap kesepaduan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Rakyat akan meluat dan bosan dengan keletah politik rakus kuasa di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan merosakkan imej baik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor itu sendiri.

Betul Ker Pengerusi BMB @ibdil Mintak Bajet Nak Bayar Blogger???? @NajibRazak @KhairyKJ


Hari ni 28hb Jan 2014, lagi 2 hari dah masuk bulan 2 atau bulan Februari maka habis dah sebulan dalam kalender 2014. Dengar kata Ibdil sebagai Pengerusi Biro Media Baru (BMB) Pergerakan Pemuda Umno Malaysia  sewaktu gua sempat bertemu dengan beliau depan tandas sebelah Riverside semasa Perhimpunan Umno tahun lepas beliau akan memulakan kerja-kerja media baru ini bermula bulan Januari 2014. Sebagai berlaku adil gua pun perhatikan jer apa yang berlaku di media sosial dan di alam maya pasal politik semasa negara.

Sejak awal tahun kerajaan dilanda terutamanya pentadbiran dihentam kiri-kanan sama ada dari pihak pembangkang mahupun dari penyokong kerajaan sendiri dengan pelbagai isu seperti kenaikan harga hinggalah ke isu PM dengan kangkung. Dan hari ini isu panas hentaman beberapa blogger berbayar Tun Daim yang balun kepimpinan PM hinggalah hari ini negara dikejutkan dengan perletakan jawatan Adun Kajang bagi memberi laluan Anwar Ibrahim bertanding seterusnya meneruskan misi beliau untuk menjadi Menteri Besar Selangor setelah kecewa tak dapat jadi Perdana Menteri Malaysia masa PRU lepas.

Sepanjang dari lepas PAU sehingga sekarang gua belum nampak sebarang gerakan di media sosial melainkan ada satu perjumpaan dengan blogger yang dijemput di NZ Garden. Itu pun tak berapa kerat yang datang. Line-up BMB pun masih tidak diketahui. Mungkin ini taktikal konon dengan merahsiakan line-up. Ikut ko la bedil. Selain itu tak nampak apa peranan yang dimainkan Biro Media Baru selain updating instagram Pengerusi BMB yang xda kaitan langsung dengan politik. Bahkan lebih teruk, tiada langsung kenyataan sama ada di nlog beliau (ada ker update posting) atau di twitter beliau secara agresif menjawab tohmahan dan fitnah pembangkang.

Dalam kekalutan begitu banyak isu gua ada dengar khabar-khabar angin kata Ibdil sudah berjumpa dengan PM bagi menyampaikan hasrat memohon bantuan senjata dan peluru untuk diberikan kepada pengamal media seperti blogger dan facebooker untuk berperang. Ala..... korang ni tanya gua plak senjata apa peluru apa... bantuan gajet ngan kewangan la nak bayar kat blogger. Jumlah yang diminta juga dengarnya agak besar dengan tujuan digunakan bagi membayar cybertroopers tapi berapa jumlah sebenar tidak pulak di bawa oleh angin yang memberi perkhabaran tersebut.

Wah! Nak bayar blogger jugak ker. Kata hari tu beliau nak bawak demensi baru dalam war game of cywar dengan pembangkang dengan mengajak pengamal media sosial pro kerajaan agar mengurangkan sehingga 50% berpolitik dan TIDAK AKAN MEMBAYAR pengamal media seperti blogger. Kalo dah tak nak bayar habis tu pi mintak berkoyan-koyan tu buat apa. Nak masuk tembolok sendiri ker or nak buat belanja "spending for lifestyle".

PRK Kajang dah dekat bro, dah kumpul ker bala tentera dan komando untuk bertempur bukan kecik-kecik anak ni yang nak bertanding kat kerusi tu. Yang kita nak berperang nie level bapak jeneral pembangkang Ketua Umum yang jawatannya tak payah penat nak bertanding pakai lantik jer. Dah ada "game plan" ker nak "defuse" fitnah pakatan nanti. Dah plan ker "end game" nak lawan macai-macai pakatan nie. Ker masih "lena di ulit intan" bak kata lagu Wings.

p/s : gua bukan balun lu bro... gua nak tanya jer... kalo ada jawapan... boleh jawab kat blog lu sendiri or kat ruangan komen gua yang gua tak sensored pun.

Monday 27 January 2014

Panas!!! Bila Blogger Otai Rocky's Bru Sendiri Tak Suka Blogger Balun PM??? @NajibRazak


Bila gua terbaca artikel tulisan blogger otai RockyBru mengenai tulisan berkenaan gerakan membalun PM walaupun ditulis dalam bahasa orang putih tapi gua sangat setuju dengan pandangan seorang blogger berpangkat Datuk ni yang mempunyai pengalaman luas dalam arena politik nasional. Pandangan beliau mengenai "tiada orang lebih baik dan layak buat masa ini bagi menggantikan Najib Razak" seperti rumusan beliau jika kita perhatikan secara halus.

Gua amat bersetuju dengan tulisan ini bila beliau melahirkan rasa terkejut dengan kemunculan gerakan mendesak PM, Najib Razak meletakkan jawatan seperti yang berlaku terhadap mantan PM, Tun Abdullah yang digerakkan oleh blogger-blogger tertentu. Lebih mengejutkan lagi gerakan ini dipercayai dibiayai oleh  individu tertentu. Sudah tentu "statement" Prof James Chin ni bakal membuatkan blogger pro Tun Daim melompat seperti beruk makyeh sebab perwatakan kumpulan semakin terserlah seperti yang gua telah nyatakan sebelum ini KLIK SINI. 

Elok ler korang baca sendiri artikel yang menarik tulisan blogger otai Rocky's Bru ni walaupun dalam tulisan orang putih. Kepada yang tak berapa pandai atau langsung tak pandai elok la ambil penterjemah yang betul-betul mahir. Bukan apa, takut yang tak reti baca dengan yang tak pandai nak "translate" langsung tak faham tulisan artikel ni sebab bahasa orang putih dia ni tinggi skit.

“What these bloggers write probably reflects the sentiments of some members in Umno, who are asking Najib to resign ... These bloggers are hired by the pro-Mahathir camp in Umno who want a strong leader like Mahathir that can shut any dissenters by using the Internal Security Act." 
- Prof James Chin, Sunway Monash U, Pro-Umno bloggers rebel against PM, FMT, 25 Jan

The problem with people like James Chin is they hardly venture out of their own small minds. Give them space in a portal like FMT and you get skewed views, half-truths and outright lies passed off as intellectual analysis. I fear for the kids at Monash.

And I feel for Syed Akbar Ali and the blogger Apanama who were mentioned in the article. They may want to sue but that would be a greater embarrassment for them than for Chin or FMT. Insult to injury.

There is no rebellion, Chin. Yes, Syed Akbar Ali's postings have gone from Najib-friendly before the 13th general election to extremely, sometimes overly, critical of the Prime Minister afterwards. But the DNA of the rest of the "self-proclaimed pro-Umno bloggers" (FMT's words, not mine) remains the same: they are critical but supportive of Najib. Okay, some of have become increasingly critical but they are supportive of Najib. Equally important, they are critical of the increasingly comical Pakatan folks.

Big Dog and the prolific yet anonymous Unspinners have been hitting the Najib Administration harder than usual lately but they don't call the PM sewel in their postings like Syed Akbar Ali does, for instance. As for Apanama, I wonder how the FMT came to the conclusion that he was rebelling against Najib. The reporter should have read my posting The Photograph that spooked Annie and some others (I am guessing that FMT didn't know that Syed Akbar Ali brought down the photograph from his posting after Apanama's protest?)

I have been asked several times where I stand. Believe it or not, even by some nincompoops working for the PM! When I linked some incriminating stuff about the PM's speech writer on my blog, for example, one of those morons asked me through another: "Is Rocky with the PM or not?" Idiot.

A big time businessman who had not called me for more than a year because my friends criticised his airline too much called me on New Year's Eve. "What's happening ... your blogger friends are all attacking the PM, except you?" Najib's boys should engage them.

On the eve of Thaipusam, a rebel asked me over drinks: "Bro, why are you still defending Najib? He's going down, bro, for sure he's going down." Wishful thinking, man. If Umno had wanted to take Najib down, they should and would have done that at the Umno general assembly last year, NOT after returning him as their president UNOPPOSED.

And if you really, really want to bring him down now, you must have a candidate to replace him. One with compelling attributes. I asked my friend, "Do you have someone llke that?"
"Muhyiddin as a stop-gap measure," he suggested.
My response: "Abang Din will not go for it, you and I know that. He's loyal".
Zahid? My friend said: "NO, not that guy". He did not like Zahid's stand on the Shi'a
Shafie? Oh, he couldn't even tell us the truth about his second marriage, what can we expect from him? Hisham? Uh-uh. Don't tell me we must look to another son of a former Prime Minister or another ex-PM's son-in-law for our next PM or DPM lah.

Don't forget, when the pro-Umno bloggers rebelled against Abdullah Ahmad Badawi not too long ago, they had a list of potential candidates from the party, They had Najib, they had Muhyiddin, and they had Tengku Razaleigh. They had help from bloggers who non-Umno members, and the pro-Opposition bloggers and politicians.

And, in case anybody forgets, Dr Mahathir was driving the movement hard. The Statesman didn't have to pay us a single sen to do what we did.

There is no rebellion, but that doesn't mean all is well with Najib's Administration ....

To be cont'd, perhaps

Sumber : RockyBru

Sebab Kebodohan Hafarizam Jenuh Ahli Umno Bersilat Tepis Tohmahan PR!!! @NajibRazak



Sapa ahli Umno yang tak kenal dengan peguam Umno merangkap punaisihat kepada parti keramat ni. Bukan senang oooooo nak jadi peguam atau lawyer dala bahasa penjajah ni. Kena belajar tinggi sampai lulus universiti tahap tinggi baru boleh nak jadi lawyer ni. Tambahan plak nak jadi la lawyer kepada sebuat parti terbesar si Malaysia. Individu yang bertuah itu ialah Datuk Hafarizam Harun. Tapi sayang bila Umno mengambil lawyer "tak berapa cerdik" jadi lawyer parti.

Klimaks kebodohan Hafarizam makin terserlah bila beliau mewakili parti Umno menarik balik saman terhadap Tian Chua. Kenapa gua kata macam tu walaupun gua tau kat luar sana pasti ada yang tidak bersetuju dengan pandangan gua.

Alasan pertama gua ialah Umno melantik Hafarizam sebagai lawyer sebagai parti dalam kes mahkamah jika melibatkan kepentingan parti. Sudah tentu lawyer akan melawan bermati-matian di Mahkamah kerana beliau mewakili kepentingan Umno.

Yang kedua, beliau sebagai lawyer Umno mestilah memberi nasihat berkaitan undang-undang dan perundangan kepada pucuk pimpinan tertinggi Umno mengenai apakah yang harus Umno lakukan jika timbul perkara berkaitan mahkamah. Senang cakap penasihat undang-undang la sebab itu pucuk pimpinan tertinggi Umno akan merujuk kepada beliau, ala "seek for the advise" la kata orang putih. 

Sebab itu gua tak boleh terima pandangan jika ada blogger atau pengamal media sosial memberi alasan tak masuk dek akal bagi menjustifikasikan tindakan Hafarizam ni dengan mengatakan tindakan beliau hanya menurut arahan parti dan pucuk pimpinan tertinggi. Takkan PM, TPM dan jemaah menteri pakar bab undang-undang. Sudah tentu pandangan dan nasihat lawyer Umno yang akan dirujuk. Kalo PM, TPM dan jemaah menteri terer bab undang-undang, dah tentu tak lantik Hafarizam jadi lawyer Umno. Entah-entah dia dok meniaga goreng pisang jer. 

Akibat dari "KEBODOHAN" Hafarizam inilah menasihat parti dan pemimpin tertinggi Umno menyebabkan "jenuh" ahli Umno diperingkat alar umbi dan penyokong BN yang bukan ahli bersilat menepis tohmahan PR mengenai "penarikan saman" ini seolah-olah seperti "something fishy is going on..."

Bukan itu saja, disebabkan "KEBODOHAN" kes ini jugalah "jenuh" penyokong dan cybertroopers Umno bersilat dalam media sosial seperti blog, facebook dan twitter mengenai kebaculan dan kekecilan telor Umno dengan Tian Chua sehingga bersetuju selesaikan kea luar mahkamah. Tak pasal-pasal cytro yang sayangkan Umno terpaksa berdentum-dentam berperang dengan menangkis segala tohmahan dan fitnah macai-macai PR dek tindakan "BODOH" seorang lawyer yang tak cerdik.

Atas faktor-faktor inilah elok sahaja ditukarkan lawyer Umno ni dengan lawyer yang lebih cerdik skit dari Hafarizam ni. Biar lawyer baru ni nanti lebih berani dengan tindakan saman ke atas individu atau pemimpin pembangkang yang seringkali memfitnah dan membuat tohmahan kepada parti Umno.

p/s : pssssssst... elok tukar jer lawyer "buruk" nie dengan lawyer "baru"... takde susahkan Umno......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers