Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 28 January 2012

Lensa Niring 1 : Himpunan Perdana @relamalaysia Di MAEPS Serdang... @NajibRazak @HishammuddinH2O @RazaliIbrahim @tunfaisal

Himpunan Perdana Rela bersama PM, 
DS Najib di MAEPS Serdang...

ketibaan PM disambut oleh Menteri Dalam 
Negeri, Datuk Seri Hishammuddin...

Ketua Pengarah Rela, Datuk Mustafa 
menyarungkan wristband sambil 
diperhatikan DS Hishammuddin...

DS Najib memberi tabik hormat kepada 
barisan kawad hormat Rela...

Ketua Barisan Kawad Hormat mengadap 
PM memberi tabik hormat untuk mengiringi 
PM memeriksa barisan kawad...

[Video] Ustaz Fathul Bari Bidas Kenyataan Anwar Bahawa Undang-undang Liwat Lapuk????...

TMP 2012: Bandar Raya Ipoh Perlu Dihias Indah, Ceria Untuk Gamit Pelancong... @ZambryAbdKadir


Sebagai ibu negeri, bandar raya Ipoh sepatutnya dihias dengan indah dan ceria bagi meraikan kehadiran pelancong sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012.

Namun, keadaan berlaku sebaliknya apabila bandar raya itu seolah-olah tidak bersedia dari segi keceriaan dan pengindahan bagi menjayakan TMP 2012 yang menyasarkan lima juta pelancong melawat Perak tahun ini.

Bangunan-bangunan lama di ibu negeri Perak itu sepatutnya diperindahkan kerana banyak premis yang kelihatan masih kukuh terbiar usang begitu sahaja hingga mencacatkan pemandangan mata yang memandang.

Lensa Niring : Jamuan Rakyat Bersama TPM Di Putrajaya... @TengkuAdnanReal @RajaNongChik @tunfaisal @RazlanRafii

TPM, Muhyiddin Yassin dan Menteri Wilayah,
Raja Nong Chik ketika Jamuan Rakyat
Di Surau Putra Al-Amin Fasa 4C Putrajaya

TPM dan Menteri Wilayah mengambil juadah
 seperti rakyat lain beratur dan menceduk 
sendiri... tiada hidangan VIP seperti biasa...

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri 
Tengku Adnan juga seperti rakyat biasa 
mengambil makanan secara beratur... 
macam dan biasa jer Datuk Tengku...

Friday 27 January 2012

Puaka Niring : Pontianak Di Menara Condong Teluk Intan???... @ZambryAbdKadir


Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai penyebaran imej puntianak yang kononnya dirakam di Dataran Menara Condong Teluk Intan di sini baru-baru ini.

Yang Dipertua (YDP) MPTI, Ibrahim Ahmad berkata, pihaknya percaya imej entiti tersebut yang sekarang ini berleluasa disebarkan di laman rangkaian sosial, Facebook dan blog tidak sahih dan sengaja disensasikan.

Beliau juga kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab mereka cerita cuba mengaitkan imej puntianak itu dengan kisah seorang wanita yang kononnya membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas Menara Condong Teluk Intan beberapa tahun lalu.

Selepas Lima Bulan Dilancarkan ‘Menu Rakyat 1Malaysia’ Dapat Sambutan Rakyat... @NajibRazak @IsmailSabri_myg


Hanya selepas hampir lima bulan program ‘Menu Rakyat 1Malaysia’ (MR1M) dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Julai 2011, program itu kini semakin menampakkan kejayaan.

Usaha yang bertujuan membantu rakyat mendapatkan makanan dengan harga berpatutan ini berjaya menarik penglibatan 1,254 pengusaha kedai makan sehingga 12 Jan 2012.

Program yang menawarkan pakej makanan dengan harga berpatutan bagi sarapan dan makan tengah hari ini adalah program sukarela dan semua peniaga dan pemilik restoran boleh menyertainya.

Harga yang ditawarkan di restoran terlibat dengan program MR1M ini sangat berpatutan.

Contohnya, harga paling tinggi menu untuk sarapan pagi bagi restoran di Semenanjung adalah RM2.00 dan makan tengah hari pula hanya RM4.00.

10 Mak Nyah Terbuka Hati Tunai Umrah... Mak Nyah lain Bila Lagi???...


Keazaman tinggi berubah ditunjukkan lebih 10 mak nyah yang terbuka hati ke Tanah Suci Makkah menunaikan umrah.

Rombongan berkenaan diketuai Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ustaz Hanafi Abdul Malek sebagai mutawif dan individu yang menguruskan perjalanan umrah berkenaan.

Difahamkan, semua mak nyah berkenaan mendapat sinar hidayah selepas tertarik dengan pendekatan ceramah motivasi disampaikan Ustaz Hanafi yang sering dilantik sebagai fasilitator Program Mukhayyam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepanjang tahun lalu.

Syarikat Kroni Dapat Habuan, Rakyat Selangor Dapat Sampah???...


Kroni dapat habuan masing-masing, rakyat dapat sampah.. ini mungkin kesimpulan yang boleh dibuat terhadap permasalahan sampah yang dihadapi rakyat negeri Selangor sejak beberapa bulan lalu.

Rakyat Selangor menjadi mangsa kerakusan dan keangkuhan kerajaan negeri Selangor dalam penyelesaian isu sampah dan sisa pepejal di negeri ini.

Rakyat Selangor kini semakin sesak nafas kerana terpaksa menghidu bau busuk, sampah berulat yang menghantuai mereka, kerana tindakan bodoh kerajaan negeri yang tidak melanjutkan kontrak Alam Flora yang telah berpengalaman dalam menguruskan sampah dan sisa pepejal ini semata-mata kerana Alam Flora dilantik oleh kerajaan BN dahulu, dan bukannya melihat kepada prestasi Alam Flora.

Kini, rakyat yang menjadi mangsa. Jika dahulu, pihak Alam Flora akan mengutip sampah tiga kali seminggu, namun pihak syarikat pengurusan baru yang dilantik kerajaan negeri ternyata gagal mengutip sampah tiga kali seminggu, sebaliknya seminggu sekali pun susah.

Thursday 26 January 2012

Tun M : AUKU Relevan Bagi Orang Tidak Tahu Jaga Diri???...

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tetap relevan kepada orang yang tidak tahu menjaga diri dan tidak menghargai peluang yang harus digunakan sebagai seorang mahasiswa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan tidak pernah melarang sekiranya mahasiswa ingin mengadakan sebarang debat dalam kawasan universiti tetapi yang hendak dikawal adalah perbuatan mereka berkempen secara melampau.

"Yang kita larang adalah tindakan nak pergi kempen di sana sini. Orang bayar duit kepada kita. Kita belajar menggunakan orang lain, jadi kena bertanggungjawab dengan orang yang bekalkan kita dengan wang supaya belajar betul-betul."

[Video] : Belia Yang Berminat Menembak Boleh Ke Pusat Simulasi Menembak KBS... @HishammuddinH2O @RazaliIbrahim @ShaberyC



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin ketika lawatan ke Pusat Simulasi Menembak KBS semalam bersama dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shabery Chik serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim....

Sekali Lagi Pembangkang Pening Bila Pemilik Butik Sahkan Rosmah Tidak Berbelanja RM325,000 @NajibRazak @unitmediabaru



Pening... Pening... Sekali lagi pembangkang pening kepala rasa nak pecah bila cubaan puak-puak ni nak mencalarkan nama baik PM, DS Najib melalui "character assasin" terhadap Datin Sri Rosmah tidak berjaya mempengaruhi rakyat dengan dahyah dan fitnah terbaru.

Ini kerana pemilik butik dan pereka fesyen, Carl Kapp yang terpalit dalam kontroversi fitnah konon Datin Seri Rosmah Mansor berbelanja hampir RM325,000 di butiknya tampil menafikan dengan tegas dakwaan berkenaan.

Kapp mengesahkan beliau tidak pernah menyebut sebarang amaun dibelanjakan oleh sesiapa pun di butiknya.

Beliau mengakui Rosmah ada datang ke kedainya di Paddington, Sydney, tetapi beliau tidak datang bersendirian.

Pas Atau Hasan Ali Tipu Tuhan???...


Sehingga hari ini Pas dan Pakatan masih gagal melekatkan imej buruk pada insan yang bernama YB Datuk Dr Hasan Ali.

Pelbagai usaha dan label buruk telah dan sedang cuba dilekatkan pada batang tubuh Hasan Ali, tapi hingga kini Pas dan rakan pakatannya masih belum menemui racun perosak terbaik yang boleh membunuh keyakinan penyokong Pas dan pakatan terhadap insan ini.

Nak label Hasan Ali mengkhianati perjuangan Pas, tak boleh kerana Pas sendiri yang pecat hasan.

Alasan pemecatan juga sangat rapuh. Hanya atas alasan tidak mentaati persefahaman yang telah dipersetujui antara komponen pakatan.

Nak label Hasan sebagai pengkhianat kepada perjuangan Islam Pas langsung tak boleh sebab Hasan Ali lagi keras prinsip perjuangan Islamnya dari pemimpin Pas yang lain.

Wednesday 25 January 2012

Puaka Niring : Penemuan Kaki Dalam Kepala Bayi???...


DENVER: Seorang pakar bedah otak kanak-kanak berkata beliau menemui sebelah kaki dan bahagian tubuh tidak sempurna di dalam ketumbuhan yang dikeluarkannya ketika membedah otak seorang kanak-kanak di Colorado.

Paul Grabb berkata beliau melakukan pembedahan ke atas Sam Esquibel yang baru berusia tiga hari, 3 Oktober lalu di Hospital Kanak-kanak Memorial, selepas ujian imbasan menunjukkan ada ketumbuhan mikro di dalam otak kanak-kanak berkenaan. Sam bagaimanapun seorang bayi yang sihat.

Grabb berkata ketika mengeluarkan ketumbuhan itu beliau mendapati ia mengandungi sebelah kaki hampir sempurna dan bahagian tubuh menyerupai sebelah lagi kaki, tangan dan paha.

Pasukan Khas Untuk Kenal Pasti Miskin Tegar Di Perak Ditubuhkan @ZambryAbdKadir...


Kerajaan negeri mewujudkan satu pasukan khas untuk mengenal pasti keluarga atau individu miskin bagi memudahkan pemantauan dibuat oleh agensi berkaitan dalam menangani masalah miskin tegar di Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata beliau sudah mengarahkan agensi berkaitan untuk mewujudkan pasukan berkenaan yang berfungsi untuk menyenarai dan memantau golongan sasar itu.

"Menerusi pasukan berkenaan, ia memudahkan kita untuk mengetahui mereka yang layak mendapat bantuan"

Kenapa Anwar Tak Saman Kami?


Beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman mereka dan bukannya pihak lain termasuk media massa kerana mendedahkan isu moral Ketua Pembangkang itu.

Antara mereka yang membuat cabaran itu ialah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor; bekas Naib Ketua AMK, Mohd. Zahid Md. Arip; bekas Setiausaha AMK, SD Johari Yasin; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan bekas ahli AMK, Hamizun Khairuddin.

Mereka hairan kenapa Anwar hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia sedangkan sebagai bekas pemimpin parti itu, merekalah antara yang awal mendedahkan persoalan moral dan akhlak Anwar secara terang-terangan kepada umum.

Followers Twitter PM @NajibRazak Lebih 400,000 Tapi Anwar Hanya 126,231 Sahaja???...


Jumlah pengikut (followers) laman sosial Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melepasi jumlah 400,000 orang.

Ia merupakan jumlah tertinggi berbanding semua ahli politik berpengaruh di negara ini.

Dalam Tweetnya, Najib mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjadi pengikut beliau.

“Diharap interaksi kita akan berterusan,” katanya.

Tuesday 24 January 2012

Puaka Niring : 25 Jin Dan Orang Minyak Masuk Botol...


Tiga pakar ilmu Islam bergabung. Pengalaman dan ilmu digunakan sepenuhnya. Biarpun terpaksa berhempas pulas lebih dua jam, misi memerangkap orang minyak berakhir dengan jaya.

Melegakan penduduk kampung, bukan hanya orang minyak yang masuk perangkap, gangguan sampingan oleh jin-jin lain turut tumpas. Kesudahan misi, 25 botol digunakan untuk memerangkap jin-jin terbabit, termasuklah jelmaan jin orang minyak yang menjadi ibu gangguan misteri di kampung tersebut.

Pengamal Perubatan Darul Muhsinin, Ustaz Othman Mohd Salleh berkata, dia yakin makhluk dikaitkan dengan kehadiran orang minyak di kampung itu dapat diperangkap.

Menurutnya, lima jin utama yang berada sekitar kawasan kampung itu telah diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol.

Sunday 22 January 2012

Puaka Niring : HAARP Punca ‘Bunyi Aneh’ Dari Langit???...


Baru-baru ini rakyat Malaysia gempar apabila dikejutkan dengan kejadian 'bunyi aneh dan menakutkan' dari langit di Kota Samarahan, Sarawak, sehingga mendapat liputan dari seluruh dunia.

Bunyi yang serupa juga dilaporkan pernah kedengaran di Aaborg, Denmark, dan direkodkan berlaku di Sweden pada 1 November tahun lalu.

Insiden tersebut telah menyebabkan ramai yang gelisah dan ingin mencari jawapan di sebalik misteri bunyi aneh tersebut sehingga menyebabkan pelbagai spekulasi dibuat oleh ramai pihak.

Antara teori paling terkenal yang dikatakan menjadi punca berlakunya insiden itu ialah Program Penyelidikan Auroral Aktif Frekuensi Tinggi (HAARP).

Betul Ka Khalid Samad Kata Parasit Pas Dapat 'dinyahkan'???...


Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad berkata, pihaknya telah diberi "kemampuan" oleh ALLAH untuk menyahparasit, yang menurutnya secara perlahan-perlahan telah merosakkan parti Islam itu.

Dengan perkembangan itu, kata beliau, parasit sudah pun dinyahkan dan Pas akan mara ke hadapan bagi memenuhi kehendak rakyat dan umat Islam untuk menggantikan UMNO dengan menjadi wadah politik umat Islam yang utama di negara Malaysia.

Tanpa menamakan mana-mana pihak dan individu dalam entri terbaru blognya, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, kedengaran juga ada pihak yang ingin membuat 'road-show' ke seluruh negara.

"Bagi saya itu adalah hak dia dan lagi banyak dia cakap, lagi jelas pendiriannya yang dangkal."

@ZambryAbdKadir Cabar DAP Letak Calon Melayu Di Kawasan Majoriti Melayu


Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mencabar DAP supaya meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu sekiranya benar-benar ikhlas untuk menjadi parti yang bukan berasaskan kaum.

Zambry kata, tindak-tanduk serta pendekatan DAP selama ini menggambarkan parti itu tidak mampu keluar daripada kepompong `chauvinistik' dengan hanya tertumpu ke arah kepentingan satu kaum sahaja.

"Mereka cuba nak jadi parti yang bukan berasaskan perkauman, tetapi lihatlah kawasan yang mereka wakili ketika ini, semuanya adalah kawasan majoriti di mana satu kaum sahaja yang tinggi kelompoknya."

Pesanan PM Agar Teguh Tekad, Subur Perpaduan Nasional @NajibRazak


Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat Malaysia memperteguh semula tekad bagi mempertahan, mengukuh dan menyuburkan perpaduan nasional yang dibina selama ini secara bertatih berasaskan prinsip toleransi, penerimaan dan seterusnya meraikan kepelbagaian.

Dalam perutusan sempena Tahun Baru Cina yang dimuatkan dalam laman blog beliau,www.1Malaysia.com.my, hari ini, Perdana Menteri berkata, sempena hari bahagia itu, "sesungguhnya kebersamaan yang ada di antara kita adalah lebih besar daripada perbezaan yang wujud".

"Semua kita mendambakan masa depan yang lebih baik untuk diri dan anak-anak kita. Oleh itu marilah kita berusaha bersama-sama bagi memastikan masa depan yang sarat harapan untuk semua," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers