Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 10 December 2011

Apa Nak Jadi!!! : Nenek 66 Tahun Mangsa Cinta Siber 'Awang Hitam' Mengaku Melayu...


Walaupun usia sudah mencecah 66 tahun dan bergelar nenek, seorang ahli perniagaan wanita yang kaya-raya di Indonesia sanggup terbang jauh ke Malaysia semata-mata ingin bertemu kekasih siber bergelar 'Datuk' yang melamarnya untuk dijadikan isteri.

Bukan itu sahaja, wanita terbabit sanggup mengirim wang sebanyak AS$75,000 dolar (RM226,000) kepada kekasihnya itu sebagai modal untuk menjadi rakan kongsi dalam perniagaan.

Namun, hajat nenek itu untuk berkahwin dengan lelaki pujaannya tidak kesampaian kerana lelaki itu rupa-rupanya adalah kasanova 'Awang Hitam' yang bijak memperdayakan wanita kesunyian melalui Internet.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, wanita warga Indonesia itu berkenalan dengan suspek menerusi laman sosial Facebook sejak beberapa bulan lalu.

Panas!!! : Kerana Gambar Bogel Di Majalah Veena Malik Dibuang Keluarganya...


Tindakan berani aktres kelahiran pakistan, Veena Malik untuk berbogel dalam majalah mengundang satu lagi petaka dalam hidupnya bila bapa aktres ini tidak mengaku beliau sebagai anak dan mengharamkan beliau pergi ke India lagi.



Veena menafikan beliau pernah menjadi model muka depan majalah FHM India dan menegaskan gambar itu palsu. Dia turut menyampaikan notis perundangan kepada pengarang majalah berkenaan dan menuntut ganti rugi 100 juta rupee (RM7.2 juta) kerana memfitnahnya.



Bagaimanapun bapanya, Malik Mohammad Aslam dengan linangan air mata menjelaskan beliau amat sedih dengan keadaan itu. Beliau turut mendesak anaknya berjanji tidak akan melawat India sebaik skandal itu berakhir.

Suam-suamKuku : Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, Merangkap Ketua Pemuda Pas Kedah Kena Maki Dengan Penyokong Pas Sendiri...


betoi ka ni gambaq si Zul nie... ka sekadaq perhiasan saja...
Kulaan mendapat pengkhabaran yang dah suam-suam kuku daripada sahabat Kulaan nun jauh di utara McTheory bahawa Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, merangkap Ketua Pemuda Pas Kedah kena maki dengan penyokong Pas sendiri.

Terkejut gak masa Kulaan mula-mula dapat info nie. Takkan la penyokong Pas sendiri berani maki hamun ketua depa sendiri. Penyokong Pas memang terkenal dengan bai'ah kepada pemimpin parti yang dikatakan Islam tapi tak Islamik pun. Pening gak kepala hotak Kulaan dok pikiaq banyak kali tapi itulah yang sebenarnya berlaku. Pasai apa, sampai tok guru depa pun depa kata sama taraf nabi dah. Astagfirrullah...

Friday 9 December 2011

Pas Selangor Tidak Akan Tunduk Dengan DAP Soal Calon Melayu PRU 13!!!!...


Pas Selangor menyifatkan cadangan DAP yang berkemungkinan meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi majoriti Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti sebagai satu langkah yang tidak wajar.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Negeri, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya tidak akan tunduk kepada tuntutan itu kerana langkah tersebut masih belum dapat diterima oleh masyarakat selain ia bukan satu jaminan DAP akan memperoleh kemenangan dalam PRU13.


Beliau yang mengakui bahawa cadangan DAP tersebut ada dibincangkan dalam mesyuarat bersama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun pihaknya beranggapan ia sukar dilaksanakan dan memerlukan masa.

Panas!!!! : Lindsay Lohan Kantoi Sebelum Gambar Bogelnya Dalam Majalah Playboy Diterbitkan...


Tidak boleh dinafikan dia adalah bintang paling berprofil tinggi dan kontroversi untuk bersetuju menjadi hiasan muka depan majalah Playboy.

Namun, rancangan Lindsay Lohan untuk membuat pengumuman besar-besaran mengenai gambar bogelnya di muka depan majalah itu terjejas apabila muka depan edisi terbaru majalah itu tersebar di Internet.

Aktres berusia 25 tahun itu dilihat duduk di atas kerusi berbentuk arnab Playboy yang membolehkan dia melindungi kehormatannya. Bagaimanapun, bentuk payu daranya terdedah.

Presiden Amerika Barack Obama Menyokong Kuat Homoseksual????


Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, mengumumkan negara itu akan menggunakan semua cara, termasuk memberi bantuan kewangan kepada badan bukan kerajaan (NGO) bagi menyokong golo­ngan homoseksual di seluruh dunia. 

Bantuan kepada golongan gay dan lesbian, termasuk di negara lain itu kononnya sebagai tanda sokongan pentadbiran Obama terhadap kebebasan hak asasi manusia. 

“Saya amat bimbang dengan keganasan dan diskriminasi terhadap golongan gay, lesbian, biseksual dan transeksual di seluruh dunia jadi saya menggesa usaha dilakukan untuk menghentikan layanan buruk terhadap mereka,” katanya. 

Hudud : Pas Tidak Akan Masukkan Hudud Dalam Manifesto PR Pada PRU-13!!!!....


Sah! Pas tidak akan memasukkan perlaksanaan hukum hudud dalam Manifesto pakatan pembangkang pada PRU 13 yang akan datang.

Presiden Pas, Hadi Awang berkata "Perlaksanaan hukum hudud tidak perlu diterjemahkan secara terperinci, cukup sekadar secara umum kerana yang penting ialah konsep mencegah kemungkaran berlandaskan undang-undang syariah yang adil".

Aik!!! 'cukup sekadar konsep' jer... Boleh ker hukum hakam Islam macam nie... Apa yang kerajaan buat sekarang bukan bercirikan Islam ker... Hukuman bunuh kepada pembunuh, itu Qisas... Bukan hukum Islam ka???... Sistem 'Munakahat' dan 'Muammalat' sekarang bukan ikut Islam ka... Bukan ka ada 'alim ulama' sebagai 'Panel Penasihat'...

Thursday 8 December 2011

KakiTerbang Sudah Tukar Jadi KakiFitnah!!!!


Kulaan sewaktu mula-mula terjebak ke dunia cyber blogging nie baru la mula belajar mengenali nama-nama blogger-blogger tersohor atau otai yang dah mula start blogging sejak zaman dahulu kala lagi ketika itu Kulaan hanya sekadar turun di jalanan mempertahankan bekas pemimpin besar kerajaan...

Beberapa nama yang Kulaan mula kenal dan mencari lama blog mereka adalah "KakiTerbang"... Menurut mitos, nama "KakiTerbang" nie "disyaki" berada di sebelah sana dan menyamar sebagai geng sebelah sini... itu sekadar mitos yang Kulaan masih mencari bukti kebenarannya... tapi dari pemerhatian Kulaan, mitos nie ada kebenarannya berdasarkan gerak geri dan tingkah lakunya dalam dunia blogging...

Benar seperti yang dinyatakan oleh Keris7Lok dalam entrinya, Kulaan petik sikit sebagai rujukan kata-kata Kulaan :-
Sebagai seorang anak muda yang mahu berjuang dengan wasilah keikhlasan dan bangkit bersama-sama 'orang-orang lama' untuk menulis blog bagi menangkis serangan serta mendedahkan kepincangan pembangkang, Keris terasa terkilan kerana didalam Keris dan rakan-rakan UMB yang lain tidak putus-putus mempertahankan institusi UMNO, kami harus berhadapan pula dengan ancaman bodoh dan tidak profesional 'pencetus perbalahan' yang usianya lebih kurang dengan umur bapa Keris. Sudahlah begitu, difahamkan sejak daripada dahulu lagi saudara seakan meracuni fikiran bloggers yang tidak bernaung bersama UMB dengan menyampaikan cerita kurang tepat mengenai UMB. Ini bukan cakap kosong kerana Keris ada juga bersembang dengan blogger jalanan yang pada mulanya menghentam UMB namun setelah dia mengenali Keris dan UMB, dia rasa bersalah dan mahu berjuang bersama kami yang sememangnya jentera parti yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Bicara tentang blogger kerajaan yang sikapnya seperti pembangkang macam saudara, tidak mustahil orang muda sebaya Keris tidak mahu menulis blog mahupun menyayangi UMNO kerana orang seperti saudaralah yang tidak habis-habis memburukkan jentera parti sekaligus menanamkan bahawa UMNO itu sudah rosak dari dalam dalam fikiran anak muda. Akan timbul rasa benci orang muda pada UMNO jika orang macam saudara ini yang tidak pernah penat menyerang sesama sendiri. UMB ini membawa lambang UMNO dan kami tidak menganggu bloggers lain. Berkata semula tentang ranking, biarlah rakan Keris yang lain memberi jawapan kerana buat pengetahuan semua pembaca dan saudara, Keris tidak membayar mana-mana 'pay-online' untuk menaikkan ranking dan percaya atau tidak terserah pada diri masing-masing. Keris cuma mampu mengucapkan terima kasih kepada pembaca yang tidak berhenti membaca artikel Keris dan rakan-rakan blogger yang memaut Keris 7 Lok.

Lynas : ADUN Pembangkang Ada Syer Dalam Syarikat Kontraktor Main-Con...


Kulaan mendapat pengkhabaran melalui angin yang Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob akan memdedahkan terdapat beberapa ADUN Pembangkang turut ada syer dalam syarikat kontraktor yang mendapat "kontrak" Lynas di Gebeng.

Dalam pengkhabaran angin itu, DS Adnan meminta Lynas keluarkan senarai kontraktor terbabit dengan projek Lynas dan jangan terkejut jika dalam senarai kontraktor itu ada rakan kongsi kepada orang yang paling menentang Lynas.

Lim Guan Eng Akan Menyelam Dengan Kapal Selam Tak Boleh Menyelam????...



Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menaiki kapal selam KD Tun Razak Jumaat ini bagi membuktikan bahawa dakwaan pembangkang yang kapal selam negara tidak boleh menyelam adalah tidak betul. 




Ahmad Zahid berkata, beliau dan Guan Eng akan menaiki kapal selam itu di pusat pameran maritim sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima '11) di Awana Porto Malai pada pukul 3 petang. 

Wednesday 7 December 2011

MI4 : Gempak Pre-View Mission Imposible 4 Coming Soon Masuk Panggung!!!!

coming soon in theaters 2011...

MI4 : Ghost Protocol


Semalam Kulaan sempat menonton Pre-View filem "Mission Imposible 4" lakonan mantap heronya Tom Cruise dan barisan pelakon pembantu lain... eh! apa?... kat mana Kulaan tengok pre-view filem nie... eeeerrrmmm!!! "Biarlah Rahsia" seperti lagu Siti Nurhaliza...

Berbalik kepada filem MI-4 yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara sikit masa lagi... kalo ikut penilaian Kulaan la yang dok ikut gak sikuel MI nie, Kulaan rasa plot kali nie agak lemah dan tak berapa thrill macam MI-1 dan MI-3... cuma ada 3 4 adegan yang menggunakan "Special Effects" yang menyelamatkan filem ini dari jadi terlalu klise... tu pun ada jugak 3 4 "Special Effects" dia nampak tak real, tak macam kalo tengok "Transformers"... 

Itu pandangan peribadi Kulaan jer... kalo korang nak nilai sendiri, korang kena la pegi panggung tengok best ker tak MI-4 kali nie... apa pun Kulaan ucapkan 'Selamat Menonton"...

Hudud : Halamak!!! MCA Cabar Lim Guan Eng Berdebat Isu Hudud????...


MCA mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk berdebat mengenai isu hudud dan disiarkan di televisyen. Timbalan Ketua Publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata, sudah beberapa kali pihaknya menjemput Guan Eng untuk berdebat tetapi ditolak. 

"Lim Guan Eng seharusnya berani untuk berdepan dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam debat televisyen dan tidak memberi alasan untuk elak cabaran ini.”

“Jika tidak, ia akan merendahkan statusnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan media hari ini. Beliau berkata, sebelum ini MCA beberapa jemputan untuk berdebat mengenai isu semasa, bagaimanapun, Ahli Parlimen Bagan itu mengelak dan lebih gemar 'cakap besar' di pentas ceramah DAP di Pulau Pinang dengan mengkritik serta menjatuhkan MCA. 

Sebelum ini, Naib Presiden MCA Senator Gan Ping Sieu mencabar Guan Eng secara terbuka untuk berdebat mengenai isu hudud. Bagaimanapun, Guan Eng membalas cabaran itu dengan berkata "Please lah!" dan tidak memberi sebarang sebab kenapa dia menolak. 

Panas : Jogging Sambil Curi Coli Dan Seluar Dalam Wanita?????


“Apa salah saya bang? Saya cuma jogging je kat sini", ujar seorang lelaki gila seks setelah dia berjaya diberkas penduduk selepas mencuri beberapa coli dan seluar dalam wanita di flat PKNS Seksyen 7, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, suspek berusia dalam lingkungan lewat 20-an cuba mengaburi penduduk dengan memberi pelbagai alasan namun tembelangnya terbongkar apabila beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui berhampiran tempat dia bersembunyi. 

PRU 13 : Penggunaan Dakwat Kekal Bakal Jadi Kenyataan, Apa Kata Pembangkang Sekarang!!!!...



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin akan menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya sedang menyediakan undang-undang mengenai penggunaan dakwat kekal itu bersama Jabatan Peguam Negara. 

“Itu adalah matlamat kita (SPR) untuk memastikan dakwat kekal digunakan pada PRU13. SPR sedang melakukan beberapa proses sebelum ianya dibentangkan semula pada Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC)." Katanya. 

“Semua pihak tidak perlu khuatir kerana SPR sedang berusaha untuk memenuhi kehendak rakyat dan Insya-Allah ianya sempat digunakan,” katanya lagi. Beliau berkata, beberapa proses perlu dilakukan sebelum semuanya diputuskan di Parlimen. 

Tuesday 6 December 2011

Quikie Time : Bukan Lisa Surihani Yang Menarik Perhatian Aku Di PAU 2011....





adakah ini Lisa Surihani Ku????

gadis misteri yang masih menjadi tanda tanya????
 siapakah dia????...
Kulaan : bukan kerana mu "Lisa Surihani" yang menarik perhatian ku di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini kerana ku tahu antara kita berdua jauh berbeda ibarat langit dan bumi, enggang sama pipit mana kan boleh terbang bersama... namun, inilah pengganti "Lisa Surihani Ku"... siapakah gadis ini yang mampu ku lihat dari jauh sahaja...

Lensa Niring 9 : Wajah-wajah Menarik Sepanjang PAU 2011.... #PAUMNO


jangan melopong sangat pakcik oooi... nanti masuk lalat....

port geng veteren... tingkat 5 depan TV besar...

khusyuk ker terlelap pakcik nie????

tekun pakcik nie mendengar ucapan PM...

Tun M : Lepaskan Jawatan Demi Kepentingan Parti...


Sapa boleh sahut cabaran Tun M nie... "Lepaskan Jawatan" satu benda yang tak semua orang boleh lakukan...

Bukan semua pemimpin betul-betul sayangkan parti... Sebabnya, jika mereka sayangkan parti pasti mereka tidak ada masalah untuk melepaskan apa saja jawatan yang disandang...

Tun M mencabar pemimpin parti terutama pemimpin UMNO untuk mengundurkan diri dan melepaskan jawatan jika itu mendatangkan faedah...

Pemimpin seharusnya membuat keputusan terbaik dan memberi peluang kepada gabungan muka baru kerana kerana kepentingan parti perlu diutamakan...

Dr. Mahathir berkata, "setiap pemimpin seharusnya sedar tempoh sepatutnya mereka berundur dan memberi peluang kepada barisan generasi muda menunjukkan kebolehan menerajui parti."

Lensa Niring 8 : Wajah-wajah Menarik Sepanjang PAU 2011.... #PAUMNO


cuba teka sapa awek nie???

dah cun dah cik adik oooi!!! dahsyat giler zaman sekarang...
IPad pun boleh buat cermin...

tutup mulut skit cik kak oooii!!! nanti masuk lalat...

Monday 5 December 2011

Lensa Niring 7 : Corat-coret Hari Terakhir Di Gerai Jualan PWTC.... #PAUMNO

pilih kak long... jangan tak pilih... bukan senang orang 
nak ambik gambar tuh...

"eh! muka aku pun ada..." itu kot sebab yang buat kak long
Puteri senyum lebar...





Ahli PKR Terjatuh Dari Banglo Exco Selangor... Buat Apa Kat Sana????


Gambar Hiasan Sahaja...
Seorang lelaki yang dipercayai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditemui tertiarap dalam keadaan parah dengan hanya memakai seluar dalam di luar salah sebuah banglo di Kompleks Kediaman Rasmi Exco Selangor di Seksyen 7 di sini, awal pagi ini.

Mangsa, Yahya Talib, 49, yang beralamat di Kampung Nelayan Telok Gong, Klang, dipercayai terjatuh dari tingkat satu banglo berkenaan selepas pukul 1 pagi. Bagaimanapun, mangsa masih hidup ketika ditemui oleh rakannya yang baru pulang daripada solat Subuh di surau berhampiran kira-kira pukul 6.30 pagi.

Difahamkan, mangsa antara 70 ahli PKR yang menghadiri perjumpaan parti di kompleks tersebut semalam dan bermalam di salah sebuah banglo di situ dengan berkongsi bilik bersama seorang lagi ahli. Banglo tersebut dikatakan telah ditempah atas nama seorang exco kerajaan negeri Selangor.

[Video Panas] : Sapa Kenal Penyanyi Yang Kutuk Lagu UMNO Nie???

gambar ini tiada kaitan dengan klip video cuma ambik tajuk jer...



Kulaan : Siapa yang ada info sapa penyanyi sial nie yang hina lagu UMNO... Kulaan dapat klip video nie dalam facebook Fan Pakatan Rakyat Boleh Mencapai 3 Juta Orang Sebelum Fan Barisan Nasional... gambar yang kurang jelas tapi audio sangat jelas memperlekehkan lagu UMNO dan pemimpin UMNO... sialan!!!! sapa yang buat lagu nie.... sapa yang ada info siapa dan di mana persembahan ini diadakan boleh bagi tau pada Kulaan...

Lensa Niring 6 : Corat-coret Hari Terakhir Di Gerai Jualan PWTC.... #PAUMNO

bukan main cum lagi 3 gadis pingitan promoter... 
dah berpunya ker belum...

dah letih kot kakak-kakak berempat berjalan shopping 
barang... tu yang berenti minum dulu...

ada ker sapa yang nak beli dan sanggup pakai kasut but nih... 
luper plak tanya kasut nie untuk lelaki ker perempuan...

[Video] : The Truth Explaination About Who's The Terrorist...




Kulaan : Who's the real 
terrorist now????....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers