Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 23 February 2013

Bodoh Punya Askar Israel Bergambar Bogel Hina Islam Palestin!!!!...


Seorang askar Israel dikecam kerana mengambil gambar bogelnya sendiri lalu dimuat naik ke laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram.

Jurucakap tentera, Kapten Eytan Buchman berkata, tindakan itu sesuatu tidak bermoral dan memalukan keseluruhan pasukan tentera.

"Kami akan melakukan siasatan terperinci dan mengenal pasti siapa lagi anggota terbabit dalam insiden itu," katanya

Laman web pro-Palestin melaporkan, askar berkenaan turut menulis kenyataan menghina negara Arab dan mengaku menyertai pasukan tentera hanya untuk menewaskan pengganas.

"Ramai kalangan tentera Israel melakukan pencabulan dan penghinaan terhadap Islam di dalam laman web sosial," katanya.

Menurut laporan itu lagi, tindakan ini semakan berleluasa dan boleh membangkitkan kemarahan seluruh penduduk Islam di peringkat antarabangsa.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 22 February 2013

Yassin Mengaku Jadi Duta Parti Politik??? Parti Mana Satu???


Sedang gua duduk lepak dalam keta sambil dengar radio tetiba terdengar berita yang disampaikan oleh penyampai berita Sinar.fm yang artis Yassin mengaku telah menjadi duta kepada satu parti politik.

Menurut berita tu, Yassin mengaku bahawa beliau dengan rela hati menjadi duta bagi parti politik tersebut. Yang selebihnya hanya tuan punya badan dan Allah swt sahaja yang mengetahui niat sebenar beliau.

Nak kata terkejut pun tak, nak kata tak terkejut pun ada. Cuma berita tu tak la menyatakan secara terperinci parti mana yang disertai Yassin hingga diangkat menjadi duta parti. Tapi kalo berdasarkan gerak hati gua, gua rasa pasti sebuah parti pembangkang kalo ikut stail Yassin ni la.

Cuma gua tak berani nak menuduh tanpa bukti yang kukuh. Kalo pembaca ada info yang lebih detail dan terperinci pasal citer nie plez syer ngan gua okay.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anggota ATM Hanya Layak Diludah???...

KENAPA penulis tidak terkejut dengan pendedahan 4 bekas pegawai tinggi ATM mengenai kegiatan rasuah yang berleluasa di Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti yang didedahkan mereka dalam Suara Keadilan kelmarin?

Sebab perkara itu sudah jadi rahsia umum, semua orang pun tau, nak membuktikannya itu sahaja yang susah sebab yang terlibat dari atas sampai ke bawah.

Banyak mata yang nampak, banyak juga pihak yang sedar tapi tak mampu nak berbuat apa-apa kerana status 'Diraja" yang terdapat pada kebanyakan kor dalam ATM.

Menteri Pertahanan pun dikatakan tak boleh nak kacau.

Khabarnya, status itu memberikan lesen besar kepada pegawai-pegawai tinggi tentera dan kakitangan bawahan mereka untuk berbuat sesuka hati terutama dalam soal perolehan. Sumber menyatakan, dari Wisma Padang Tembak, Batu Kantomen sampai ke kem-kem tentera, semuanya terbabit dengan penyelewengan.

Rasuah dalam MINDEF/ATM ini, samalah seperti kegiatan sumbang Chow Kit sana. Semua orang pun tau Chow Kit sarang pelacuran, tapi siapa yang berani ambil tindakan?

Ironinya, kadang-kadang yang sedar akan perbuatan rasuah dalam MINDEF ini adalah di kalangan "Diraja", "Diraja" ini juga. Contohnya, Sultan Johor pernah murka kerana anggota tentera (Regimen Komando) dibekalkan dengan peralatan ketenteraan tidak bermutu, tidak sepadan dengan harga yang dibayar.

Sumber : MyNewsHub
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sial!!! Cuba Agak Apa Yang Askar Yahudi Bangsat Ni Buat???


Sebelum menceritakan apa yang dilakukan oleh askar Israel ini, biar gua bagi tau namanya. Dia adalah Mor Ostrovski yang berkhidmat di bawah unit penembak tepat negara haramnya Israel laknatullah.

Beberapa hari lalu, askar ini telah meletakan gambar (atas) di akaun Instagram miliknya bagaimana sebuah senjata penembak tepat sedang menumpukan sasaran ke arah seorang remaja yang dipercayai kanak-kanak Palestin.

Gambar berkenaan menjadi viral di internet dan mendapat perhatian serata dunia.

Akhirnya, tentera bangsat ini menutup akaun Instrgram itu.

Namun, perbuatan itu tidak menutup hakikat bagaimana tentera-tentera dan yahudi Israel yang merempat di bumi milik Palestin memandang kepada bangsa Arab dan Palestin.

Pada mereka, anak-anak Palestin hanyalah sasaran untuk latihan menembak semata-mata.

Tidak hairanlah saban hari ada sahaja kanak-kanak yang ditembak di sana…

Takbir!!! Save Gaza Save Palestine...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 21 February 2013

Bila Nik Aziz Menggelar Penerima BR1M Lembu????...


Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.

Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.

Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bila Kakitangan Awam Mula Menjadi Pembangkang??? @NajibRazak @Ali_Hamsa55 @TengkuAdnanReal


Pada awalnya gua malas nak sembang sangat pasal kakitangan kerajaan nie. Tapi bila insiden penduduk terperangkap di blok kediaman gua di Presint 9 pagi nie, gua rasa terpanggil untuk berkongsi mengenai "peel" kakitangan awam walaupun bukan semua tapi ia boleh berlaku "luka menjadi kudis, kudis menjadi barah" kepada kerajaan.

Bila ada penduduk yang terperangkap dalam lif pagi ini, bomba bertindak pantas membantu menyelamatkan mangsa. Maka, ramai la penduduk yang jadi pemerhati daripada berusaha membantu. Dalam pada tu terdengar soksek-soksek rungutan mengenai ketidakpuasan hati dengan kontraktor penyelenggara mengenai selenggaraan lif penduduk.

Kemudian mula la dok kata apa kontraktor dengan Bahagian Pengurusan Hartanah buat sampai lif pun tak diselenggara. Takkan nak tunggu berlaku kematian macam cerita lif putus di Lumut beberapa hari lepas berlaku baru nak ambil tindakan. Ada plak mangkuk ayun dok salahkan Ahli Parlimen Putrajaya tak turun padang la. Sampai melalut kata ni la kerajaan sekarang berlaku banyak korupsi dalam kerajaan melibatkan rasuah sampai lif tak diselenggarakan pun kakitangan awan dan agensi yang berkaitan pun tak tau.

Panas!!! Betul Ker Dun Selangor Bakal Bubar Selewat-lewatnya Ahad Ini??? @KhalidSamad


Kami menerima emel mengenai salinan satu surat pekeliling yang diedarkan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor .

Ia ditandatangani oleh Setiausaha Bahagian, Sulaiman Abdul Rahman bagi pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Surat pekeliling itu menyatakan yang pejabat pentadbiran Dewan Negeri telah mengambil langkah awal dengan memberhentikan pembayaran elaun bulanan kepada ADUN melalui 'payroll' mulai Februari 2013 sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

Sehubungan itu, elaun berkenaan selepas ini akan dibayar melalui baucer secara berasingan.
Dengan edaran surat ini, makin jelas kerajaan negeri dipercayai akan membubarkan DUN dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri sebelum ini membayangkan untuk membubarkan DUN selepas sambutan Chap Goh Meh.

Wednesday 20 February 2013

Apa Perasaan Kita Bila Polis Digelar Anjing Kerajaan Adalah Ahli Keluarga Kita... @HishammuddinH2O


Hari nie gua kebetulan ke Seri Kembangan yang sememangnya kita tahu adalah pekan yang dimonopoli oleh masyarakat cina. Boleh gua katakan 90% yang ada di Seri Kembangan itu adalah orang cha ya nun alif.

Dalam perjalanan pulang melalui simpang ke Seri Serdang di lampu isyarat gua lihat satu susuk tubuh berdiri di tengah-tengah simpang. Tiada siapa yang berani berada di tengah simpang melainkan polis trafik. Gua pandang dari dalam kereta anggota trafik tu anak melayu berdasarkan raut muka. Berdiri di tengah bahang terik matahari mengawal lalu-lintas bagi memudahkan perjalanan yang sudah tentu majoritinya adalah bangsa selain melayu.

Suasana ini gua sangat jarang jumpa anak cina bertugas sebagai anggota polis trafik berdiri di tengah jalan. Kalo ada pun anak cina yang menjadi anggota polis, kebanyakkannya berpangkat lebih tinggi. Dan sudah pasti anak melayu akan menerima arahan daripada pegawai berbangsa ini.

Tuesday 19 February 2013

Apa Motif DAP Pertikai Kenyataan Polis Sabah???...


Rakyat Malaysia terutama penduduk Sabah pasti berasa lega dengan pengumuman kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang menceroboh masuk Kampung Tanduo berhampiran Felda Sahabat 17 di sini bersetuju untuk berundur dari negara ini dalam masa terdekat.

Parti DAP bagaimanapun dilihat bersikap sebaliknya dengan pengumuman itu apabila mendakwa kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengenai perkembangan terbaharu situasi di Lahad Datu berkenaan sebagai tidak masuk akal.

Kenyataan keras Penasihat DAP, Lim Kit Siang tersebut sekali gus menimbulkan tanda tanya ramai pihak mengenai kecenderungan parti itu untuk mempolitikkan semua perkara termasuk perkara yang membabitkan keselamatan rakyat dan negara ini.

"Laporan Philippine Daily Inquirer meskipun penguasa Malaysia mengisytiharkan berakhirnya rundingan dengan lebih 100 rakyat Filipina bersenjata yang mendarat di Sabah awal minggu ini tetapi ketua kumpulan itu bertegas mereka tidak akan berganjak.

Siti Nurhaliza Bertudung Bukan Untuk Berpolitik???...


Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza tidak pernah berniat untuk bergiat aktif dalam dunia politik sebagaimana sesetengah artis wanita lain yang telah berhijrah dan menutup aurat.

Siti, 34, berkata, niatnya memakai tudung adalah ikhlas seperti mana dituntut oleh agama Islam dan bukan kerana faktor-faktor lain.

"Saya tidak pernah terfikir untuk bertudung kerana politik tetapi berniat untuk menutup aurat telah lama dibuat dan Alhamdulillah pada ulang tahun ke-34 Januari lalu hati saya telah dibuka Allah untuk berbuat demikian," jelasnya.

Siti turut menjelaskan setakat ini belum ada pihak daripada mana-mana parti politik yang memintanya untuk menyampaikan ceramah di majlis-majlis tertentu dan tidak berniat untuk berbuat demikian.

Monday 18 February 2013

Pengusiran Penceroboh Diselesai Dengan Baik... @HishammuddinH2O


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin proses pengusiran kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah akan dapat dilaksanakan dengan baik.

Beliau percaya pihak berkuasa termasuk polis mampu menangani kes tersebut dan mereka yang mendakwa sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu akan dapat dihantar pulang ke negara mereka dengan selamat.

"Biar pihak berkuasa dan yang bertanggungjawab serta berkepakaran selesaikan hal ini tanpa pertumpahan darah.

"Saya tak nak mana-mana pihak terkorban. Mereka juga manusia yang perlu dihormati nyawanya. Jika ada yang terkorban, akhirnya kerajaan dan pihak berkuasa kita juga yang dituduh," katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut menegaskan kerajaan sesekali tidak akanberkompromi berhubung hak, kedudukan dan keselamatan Sabah dan rakyatnya.

"Sehubungan itu, dakwaan mengatakan kerajaan sedang mengatur sesuatu tentangSabah adalah tidak berasas sama sekali," katanya.

Beliau juga sekali lagi memberi jaminan keadaan di Lahad Datu setakat ini terkawal kerana ia bukan melibatkan isu pengganas, keganasan atau militan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 17 February 2013

The Deep Web? Dunia Internet Alam Ghaib?


The Deep Web

Bagi mereka yang tidak tahu, The Deep Web merupakan sesuatu yang mewakili sebahagian besar kandungan di internet yang tidak dapat diakses secara biasa melalui carian-carian utama seperti Google/Yahoo/Bing atau enjin carian lain.

Carian di internet hari ini, boleh dibandingkan seperti mengheret jaring merentasi seluruh permukaan laut, walaupun banyak ikan yang akan tersangkut di jaring, tetapi lebih banyak lagi yang masih tinggal dan ada di dasarnya. Dan bahagian yang tertinggal itu terus menjadi rahsia dan terlepas dari pandangan. Sama seperti Internet, kebanyakkan kandungan di internet dihasilkan secara dinamik dan disimpan jauh di dasarnya, enjin carian biasa tidak akan mampu mencarinya.

Berikut adalah beberapa fakta mengenai The Deep Web:


1.Maklumat yang ada di The Deep Web sekarang ni hampir 500 kali ganda lebih banyak daripada maklumat yang ada di The World Wide Web.

2.The Deep Web mengandungi 7500 Terabyte data berbanding 19 Terabyte data yang ada di The World Wide Web.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers