Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label BR1M. Show all posts
Showing posts with label BR1M. Show all posts

Monday, 3 March 2014

Panas!!! Gelagat Penyokong PAS Totok Tapi Rembat Gak BR1M 3.0!!!


Sesetengah ketua isi rumah pada ketika ini sudah pun menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mereka melalui akaun bank masing-masing selepas ia dikreditkan ke akaun mereka 22 Februari lepas.

Tidak mengira latar belakang politik atau ideologi, jika mereka mendapat pendapatan RM3,000 ke bawah mereka menerima bantuan berjumlah RM700 berupa RM650 wang tunai dan RM50 diberikan dalam bentuk perlindungan insurans Takaful i-BR1M.

Bagi mereka yang mempunyai pendapatan di bawah RM4,000 mereka akan menerima RM500 berupa RM450 wang tunai dan juga RM50 berbentuk perlindungan insurans Takaful melalui i-BR1M.

Namun bagi sesetengah individu yang agak melampau ketaksuban sokongan mereka ke atas parti politik tertentu, mereka mempunyai cara tersendiri dalam meluahkan rasa selepas menerima wang BR1M.

Ada yang mengucapkan terima kasih seperti ‘Imam Selipar’ baru-baru ini yang bersyukur serta berterima kasih kepada kerajaan kerana pemberian itu biarpun dia pernah membuat perbuatan yang memalukan iaitu membaling selipar ke arah hakim di mahkamah.

Baca SINI (Luahan Imam ‘Baling Selipar’ Ketika Ambil BR1M)

Tidak kurang juga ada penyokong parti Pakatan Pembangkang yang senyap-senyap menerima BR1M tetapi meneruskan kritikan kepada kerajaan.

Mereka tetap membelanjakan duit BR1M untuk kegunaan keluarga hasil pemberian kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno.

Ada segelintir golongan itu secara terbuka menyuarakan rasa tersendiri mereka berkenaan BR1M.

Di BlogSerius, dipaparkan cara seorang daripada mereka menyuarakan perasaan menerima wang BR1M melalui pelekat kereta yang ditampal di cermin belakang kenderaanya.

0103PelekaKereta02
“Terima kasih Dato’ Seri Mohd Najib kerana BR1M masuk akaun, PAS tetap pilihan kami,” bunyi kata-kata ditulis di pelekat itu.

Selain pelekat itu, turut ada di cermin belakang pemilik kereta itu ialah pelekar yang memaparkan wajah bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sumber

Thursday, 21 February 2013

Bila Nik Aziz Menggelar Penerima BR1M Lembu????...


Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.

Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.

Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 24 March 2012

Apa Yang Pengikut Pas Buat Dengan Duit BR1M???...


BR1M pusingan kedua...

Ingat pesan tok guru...

duit RM500 tu...

RM300 belanja anak isteri,

RM100 buat isi minyak motor dengar 
ceramah PR dan buat pergi kerja,

RM50 buat beli bendera PAS,PKR @ DAP 
(dah dekat PRU 13),

RM50 lagi tu buatlah derma jihad semasa dengar ceramah(ceramah JATI tak payah kasi)..

Thursday, 16 February 2012

BR1M Itu Rasuah???... Jadi Jangan Ambil...


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 adalah rasuah dari kerajaan.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, bantuan itu adalah untuk meringankan beban rakyat terutama golongan miskin.

"Itu (BR1M) bukan rasuah," kata beliau semasa sesi soal jawab mengenai Memperkukuh Integriti dan Menghapus Penipuan Perolehan pada Forum Perolehan Kebangsaan untuk Sektor Awam dan Swasta 2012.

Tuesday, 27 December 2011

Sketsa Niring : Perangai Huduh Penyokong Pembangkang Kalo Korang Nak Tau!!!!....


Individu yang layak:


(iii) Warganegara Malaysia;
(iv) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan
kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah merangkumi ;
a. Berkahwin;
b. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
c. Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
d. Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.


[ TIDAK MENGIRA AGAMA, BANGSA, MAHUPUN PEGANGAN POLITIK ]


Sumber : PistolNakal


Kulaan : penyokong pembangkang la yang paling banyak dengan muka tak malu nak jugak benda ni tapi dok mengata kerajaan macam-macam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers