Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 23 June 2012

Hairie Othman Bakal Ganti Bob Lokman Sebagai Ustaz Pas???...


Sedang gua belek-belek apa yang ada dalam fb gua hari ni, tetiba gua jumpa satu gambar yang menarik perhatian gua. Puas gua cuba belek dan perhatikan sampai gua cari kanta tengok dengan dekat dan besar. Betul ker apa yang gua lihat ni. Ternyata apa yang gua lihat adalah nyata. Patut ler muka mcam 'familiar' jer, rupa-rupanya artis yang dah di senja karier lakonan.

La.... Sapa lagi kalo bukan Hairie Othman yang terkenal dengan lakonannya sebagai "Leftenan Adnan". Kalo diikutkan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar ni, gambar ini diambil masih baru lagi. Gambar bertarikh 20 Jun 2012 jam 9.00 malam di satu lokasi tapi yang pasti dalam kawasan Batu Gajah, Perak.

Mungkin beliau sudah mendapat hidayah seperti rakan seperjuangan beliau Ustaz Bob Lokman untuk menyertai Pas dan InsyaAllah tak lama lagi beliau bakal bergelar Ustaz Hairie Othman kerana orang-orang Pas ni memang biasa mengiktiraf seseorang sebagai ustaz sesuka hati.


Jadi, nasihat gua kepada artis di luar sana yang mahu jadi ustaz atau ustazah "SEGERA", jangan malu-malu cepat-cepat isi borang ahli Pas. Tak

Friday 22 June 2012

USM Berjaya Cipta "Mee Kurus" Kepada Mereka Yang Gemuk...


Sekumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta mi kuning kering yang boleh membantu penggunanya menurunkan berat badan.

Ketua Penyelidik, Prof Azhar Mat Easa berkata produk yang dipanggil "mi berlapis" itu diperkaya dengan zat kapsaicin bagi membolehkan proses pembakaran lemak berjalan secara efektif.

"Kapsaicin adalah zat pedas aktif yang terkandung dalam tumbuhan seperti cili dan tidak ramai orang boleh mengambilnya begitu sahaja dalam kuantiti banyak," katanya dalam sidang media.

Katanya di negara maju seperti di Amerika Syarikat pengambilan kapsaicin lazimnya dalam bentuk kapsul dan mempunyai kesan sampingan terhadap kesihatan pengguna kerana ia mengandungi bahan kimia di samping memerlukan perbelanjaan yang besar.

Azhar yang menyifatkan produk itu adalah yang pertama seumpamanya di dunia kerana berbanding mi biasa, mi berlapis itu menawarkan pembekalan kapsaicin tanpa iritasi atau kepedasan dalam mulut.

Katanya setiap 100 gram mi mempunyai 17 miligram kapsaicin dan ia boleh membantu menurunkan berat badan sehingga 1 kilogram seminggu jika diambil secara konsisten dengan kuantiti 50 gram sehari.

Bukti Pas Sudah Dirantai DAP???...


Setelah PAS berjanji dengan DAP dan PKR untuk mempertahankan (kekalkan dan gunapakai) Perlembagaan Negara yang sedia ada (yang PAS sendiri kata Perlembagaan Kafir Lord Reid tinggalan Penjajah) serta mengisytiharkan bahawa HUDUD bukan lagi agenda PAS bagi memenuhi syarat-syarat yang DAP kenakan kepada PAS untuk bergabung dalam Pakatan Sekular PR, PAS umpama sudah menjadi anjing DAP yang diikat rantai anjing dilehernya dan tak mampu buat apa-apa kecuali mendapat kebenaran tuannya, Kafir DAP.

PAS tidak boleh laksana hudud atau apa-apa perundangan Islam tanpa kebenaran DAP dan PKR, malah nak rampas arak di Selangor pun tak mampu dilaksanakan kalau tidak dibenarkan DAP.

Apatah lagi nak tutup rumah-rumah urut yang tumbuh macam cendawan sekarang ni atau pun nak tutup kilang arak seperi yang PAS janji dalam PRU12 dulu.

Jauh lagilah kalau nak meluluskan apa-apa Peraturan Undang-undang dalam DUN bagi mengawal penjualan arak dan operasi rumah-rumah urut.

DAP benarkan PAS terus MENIPU Umat Islam dengan bercakap tentang janji palsu perlaksanaan Islam malah turut serta bersandiwara dalam ceramah-ceramah politik PAS sebab DAP tahu, penipuan PAS kepada Umat Islam dapat memperdaya umat Islam (terutama ahli-ahli PAS) supaya mengundi kafir DAP dan PKR.

Selepas 20 Tahun Nik Aziz Benarkan Pulak Wanita Sertai Tilawah...


Alasan Nìk Azìz membenarkan semula wanita menyertai tìlawah al-Quran selepas 20 tahun... Kononnya rakyat Kelantan sekarang dah tahu menìlai halal haram.

Bukankah kenyataan ini satu penghinaan?

Sama ada Nik Aziz akan ikut mereka atau mereka menyertai Nik Aziz. Mereka ini mengikut siapa tak tahulah. Tapi menyembah selain dari ALLAH SWT dan tidak mengikut sunnahNYA Rasulullah SAW. Pada satu ketika benda yang dilakukan adalah haram kemudian benda yang sama dilakukan adalah halal. Orang ini celaru atau dia cuba menggantikan penggubal undang undang yang sebenarnya. Yakni ALLAH SWT. Sekira dia celaru dia perlu dikurung supaya tidak menyesatkan ramai yang lain..

Nik Aziz hanya guru mantik dan bayan sahaja, ini info yg gua dapat dari anak muridnya. Sebab tu pandai berkata-kata sampai kemaruk penyokongnya.

Thursday 21 June 2012

Puaka Niring : Mandi Bersama Singa Petua Jinak Binatang Buas...


Petua mandi bersama singa rahsia seorang penjaga haiwan di Zoo Johor menjinakkan haiwan pemangsa itu, kerana berpendapat air mandian boleh mengeratkan hubungan antara makhluk Allah.

Selain menjalankan tugas sebagai penjaga haiwan, Mohd Sham Mahdon, 53, kini berasakan tindakannya itu sebagai tanggungjawabnya sama seperti membersihkan anak sendiri. Mohd Sham yang berkhidmat sejak lebih 30 tahun lalu berkata, dia tidak pernah memakai atau menggunakan ilmu penunduk bagi menjinakkan enam singa di bawah jagaannya, sebaliknya mengamalkan petua mandi bersama anak singa ketika ia masih kecil setiap hari.

“Saya mendapat petua itu daripada seorang kawan yang berpesan, setiap haiwan liar akan jinak sekiranya mandi bersama kerana air mandian manusia dan haiwan bersatu membangkitkan pertalian lebih erat antara makhluk Tuhan.

“Memang petua itu berkesan apabila semua singa di bawah jagaan amat manja dan dianggap seperti anak sendiri kerana sekiranya berjauhan, pasti merindui mereka.

“Memang sedih apabila setiap aktiviti kami lakukan bersama sebelum ini terbatas sebaik ia membesar.

“Ini kerana, ia perlu dikurung dalam sangkar atas sebab keselamatan, namun ia tidak memutuskan hubungan kami,” katanya.

Mohd Sham berkata, singa jantan dinamakan ‘Manja’ kini berusia lapan tahun haiwan jagaannya paling istimewa kerana gelagatnya amat manja, menurut kata dan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah.

Katanya, dia menjaga Manja sejak berusia dua minggu dan ketika itu anak singa berkenaan dilayan seperti bayi baru lahir berikutan tempoh tiga bulan pertama dianggap kritikal bagi memastikannya panjang umur kerana terdedah kepada pelbagai serangan penyakit.

“Sepanjang tempoh itu, saya berjaga malam kerana Manja bangun untuk menyusu setiap dua jam sekali.

AnakSungaiDerhaka Cabar PapaGomo Tumbuk @AmenoWorld Pulak Lepas Tumbuk Bloger Sefahaman???...


Semalam gua ada post entri pasal dakwaan dan tohmahan AmenoWorld pasal insiden Papagomo tumbuk 'blogger sefahaman' sebab dikatakan PapaGomo tidak berpuas hati bila 'blogger sefahaman' mengeluarkan entri gambar kononnya rumah dan kereta papagomo yang diambil daripada carian Google KLIK SINI

Hari ni gua ada terbaca entri AnakSungaiDerhaka KLIK SINI yang MENCABAR Papagomo tumbuk pulak AmenoWorld sebab dosa AmenoWorld lebih besar daripada 'blogger sefahaman' pasal AmenoWorld tanpa malu-malu dan rasa bersalah mendedahkan identiti PapaGomo dengan mengeluarkan entri siap dengan gambar yang dikatakan sebagai PapaGomo KLIK SINI

Semalam juga AmenoWorld adalah blogger pro-pembangkang yang mengeluarkan entri pasal insiden PapaGomo tumbuk 'blogger sefahaman' di luar dewan KBS ketika majlis masih dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan KLIK SINI. Nampaknya AmenoWorld sangat berani menjolok sarang tebuan yang sebelum ini bersarang tinggi tanpa mengganggu sesiapa. 

Hanya satu pesanan gua kat lu AmenoWorld agar berhati-hati kalo nak pegi pasar malam takut terserempak dengan PapaGomo nanti kanes k naya makan penumbuk PapaGomo. Tapi kalo lu AmenoWorld berumur dua kali ganda PapaGomo, jangan risau tak tumbang punya macam 'blogger sefahaman' kena tumbuk dengan PapaGomo.

Saya Orang Islam... Wajib Undi PAS???...


WAJIB : buat dapat pahala, berdosa jika tidak melakukannya...

fatwa tok guru sesat mana pulak nie... 

maknanya satu dunia orang Islam wajib undi PAS, walau dia rakyat Sudan ke , Indon ke, atau pun dia duk di Danok... So berat la tugas SPR lepas ni, mempromosi seluruh umat Islam di dunia untuk daftar menjadi pengundi bagi melayakkan seluruh umat Islam di dunia undi PAS... Hukum Wajib tu... Tapi umat Islam di Mesir baru je mengundi Ikhwan Muslimin tak undi PAS lak ya... tu jatuh hukum cam ne pulak rakyat mesir tak undi PAS....

Apa Komen Anda??? Guna Hudud Untuk Raih Undi???...


Seorang ahli akademik Arab Saudi mengeluarkan kenyataan seolah menyindir parti sesat di Malaysia. 

Anda mahu komen?

Wednesday 20 June 2012

@AmenoWorld Dedahkan Papagomo Tumbuk Blogger Satu Fahaman???...

sekadar hiasan... tiada kaitan dengan artikel...

Semalam blogger pro-pembangkang Amenoworld mengeluarkan entri berkenaan insiden pergaduhan yang sehingga ke tahap kronik berlaku 'pertumbukan' yang dikatakan berlaku selepas majlis yang dihadiri Menteri Belia dan Sukan sedangkan menteri berkenaan belum lagi meninggalkan majlis CERITA PENUH KLIK SINI.

Dikatakan AmenoWorld mendapat maklumat insiden ini daripada email yang diterimanya dan ceritanya agak detail seolah-olah berada ditempat kejadian. Persoalan gua kepada Pak Menteri dan pegawai Pak Menteri...

Adakah kemungkinan dalam majlis ini turut dihadiri oleh "SPY" pembangkang???..

Dalam email tu jugak terdapat beberapa persoalan dan pertanyaan berbentuk tuduhan tanpa asas yang kukuh. Mungkin sekadar mahu 'provok' kepada pemimpin tertentu atau pak-pak menteri tertentu? Apabila email AmenoWorld menyebut berkaitan blogger tersebut adalah naungan UMB, Tun Faisal selaku Pengerusi UMB memberi jawapan beliau secara detail dan terperinci . Di bawah ini gua ambil sedikit jawapan yang diberikan Pengerusi UMB kepada persoalan email AmenoWorld dan untuk jawapan terperinci boleh KLIK SINI.

Kedua: Fakta bahawa UMB adalah di bawah naungan Dato Seri Hishammuddin dan Papagomo adalah di bawah naungan Dato Seri Shabery Cheek adalah SALAH sama sekali. UMB TIDAK ADA KAITAN sama sekali dengan Dato Seri Hishammuddin. UMB adalah jentera parti di bawah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. UMB tidak menerima peruntukan daripada mana-mana menteri dan berusaha keras mencari sumbangan dari pelbagai pihak (selalunya tidak mencukupi) untuk melaksanakan pelbagai program, termasuk membantu Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri Sarawak.
Ketiga : Tidak ada maklumat yang membuktikan Papagomo bernaung di bawah Dato Seri Shabery Cheek; dan saya tidak peduli. UMB mempunyai hubungan yang baik dengan Dato Seri Shabery dan turut membantu mempromosikan Hari Belia Negara 2012 dan Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya. Walaupun begitu, saya difahamkan semua blogger dan cybertroopers UMB yang hadir semasa program di Bukit Kiara memang berasa terkilan dengan Dato Seri Shabery kerana tidak memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada mereka di dalam ucapan beliau. Saya tidak hadir program tersebut kerana ada mesyuarat lain di Putrajaya, tetapi itulah keluhan blogger-blogger UMB yang kecewa dengan ucapan Menteri Belia dan Sukan.
Keempat : Pertembungan Papagomo dan APA, adalah pertembungan peribadi - jadi tidak perlu libatkan UMB, Dato Seri Shabery dan Dato Seri Hishammuddin. Semua ini tiada kena mengena. Pada saya, agak kebudak-budakan untuk terlibat dengan pertelingkahan peribadi dua orang blogger.

p/s : jaga-jaga AmenoWorld!!!... Kalo setakat gambar rumah dan kereta yang di'pick-up' daripada Google kuar dalam blog dah kena penumbuk... Lu pernah kuarkan gambar muka kononnya muka PapaGomo... Lepas nie giliran lu pulak kena tumbuk... hahahahahahahahaha!!!...

Mereka Sudah... Anda Bila Lagi???...


Tok sendiri akui kebenarannye bahawa PKR tu dah tinggal nyawa-nyawa ikan saje. Talian hayatnye tinggal tergantung pada DAP dan PAS semate-mate. Jika ianye terlucut, dah pasti PKR ditimpa masib malang same seperti parti Semangat 46 yang dah lame berkubur tu. Anwar Ibrahim sedar bahawa PKR sudah jadi rumah kosong yang di huni oleh tikus, cicak dan lipas saje.

Ini Tok cerita temberang aje kot? Kami tengok ramai berduyun-duyun yang berhimpun dengar ceramah dari Anwar Ibrahim. Tok akui memang benar ramai yang hadir dalam ceramah Anwar Ibrahim, tapi tahukan anda bahawa yang datang beramai-ramai tu BUKAN nye dari ahli-ahli atau penyokong PKR. Mereka tu boleh di katakan hampir semua dari penyokong PAS saje.

Tok sekali lagi ingatkan kome, penyokong-penyokong PAS ni memang nye 'taik' ceramah. Asal dengo ade ceramah PR saje walau di mane pun mereka akan datang tak kira hujan panas atau malam siang. Maklum le taik cerama kate kan. Ceramah ni mereka dah anggap sebagai satu hiburan, ade lawak jenake dari penceramah-penceramah nye seperti Mat Sabu. Tok dah tesasul sikit ne, sekarang Tok nak balik cerita tentang PKR semule.

Tuesday 19 June 2012

Air Mata Batman Mengalir???...

Christian Bale, pemegang watak Batman...

Mungkin agak janggal apabila super hero menangis. Tetapi itulah yang berlaku kepada pemegang watak Batman, Christian Bale.

Air mata aktor kacak itu tumpah ketika beberapa babak filem terbaru Batman, The Dark Knight Rises, ditayangkan pada Anugerah MTV Movie 2012, baru-baru ini.

Bale menangis kerana terkenangkan rakan baiknya, Heath Ledger yang pernah membintangi siri filem Batman sebelum ini.

Ini kerana, kedua mereka berkawan baik sepanjang penggambaran filem tersebut dan rapat seperti adik-beradik.

Ledger yang meninggal dunia pada 2008 menunjukkan lakonan hebat ketika memegang watak Joker dalam filem pertama Batman.

Monday 18 June 2012

Nostalgia Kenapa Sultan Johor Pilih WWW1...




Oh. Patutlah DYMM Sultan Johor ingin sangat no plate WWW1. Ada kisah disebaliknya... Daulat Tuanku...!!

Sunday 17 June 2012

@syukri_rembau Pulak Berani Hina Sultan Johor Selepas Nizar...

Gua baru dapat "printscreen" twitter daripada sahabat gua yang pakar twitter pasal sekor mamat nie yang menggunakan I'd "syukri_rembau" begitu kurang ajar menghina Sultan Johor.

"Puak-puak yang duk pertahankan Kedaulatan Sultan Johor tu sanggup tak makan taik sultan? Sultan kan berdaulat, taik pun bardaulat. Jilat lah". Itu satu contoh dari tiga printscreen, yang lain korang tengok sendiri la.

Menurut info yang gua dapat mamat bangang ni student Open Universiti yang juga orang kuat SMM. Elok pihak berkaitan selidik sapa mamat bangang ni yang dok sambung 'kebangangan' Nizar yang sebelum ni dok hina Sultan Johor. Nizar Lambai pun dah mintak maaf kat Sultan Johor atas kelancangan mulut dia.

Gua cadangkan agar NGO-NGO yang pertahankan Sultan Johor dan sistem beraja agar pi buat laporan polis banyak-banyak. Biar pihak polis siasat dakwaan mamat bangang ni.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers