Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 8 February 2013

Pegawai Khas Ronnie Liu Letak Jawatan Sebab Tak Tahan DAP Rasis????...


Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu mengumumkan peletakan jawata serta-merta berikutan tidak tahan dengan sikap hipokrit dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin itu.

Jefrei Nordin berkata, surat peletakan jawatan itu akan diserahkan kepada Liu dalam masa terdekat.

Menurutnya, tindakan Liu berdiam diri dan tidak menjawab tuduhan rasuah serta penyalahgunaan kuasa menimbulkan seribu persoalan mengenai ketelusannya memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Thursday 7 February 2013

Pas Mengamuk Bila Tun M Kata Pas Takut Keluar Pakatan...


PAS tidak akan berani keluar daripada pakatan pembangkang kerana terlalu bergantung dan mempercayai DAP, kata bekas PM Tun Dr Mahathir.

Tun M kata PAS khuatir tidak akan mendapat sokongan rakyat dan seterusnya kalah dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang sekiranya bertindak keluar daripada pakatan itu.

"Saya ingat PAS tak berani keluar kerana dia bergantung kepada DAP. Dia keluar dia kalahlah, dia akan kekal dengan DAP pasal dia cukup sayang kepada Karpal Singh (Pengerusi DAP).

"Dia (Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) sambut harijadi pun dengan Karpal Singh, jadi tak kan nak bercerai, dengan Nasha (bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa) dah bercerai," katanya mengulas desakan Nasharudin supaya PAS bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wow!!! Siapakah Gerangan Bekas Ketua Pemuda UMNO Mengaku Dengan @Abby_Abadi112???...


Gua baru dapat print screen yang dihantar oleh sahabat gua pasal tweet bekas MB Perak yang gile kuasa kat Abby.

Dalam tweetnya bekas MB Perak yang giler kuasa ni memuji bekas pelakon yang giler glamour nie pasal sorang bekas Ketua Pemuda UMNO kecewa naik ke pentas bersama pelakon giler glamour ni pasal apa dia meninggalkan UMNO sewaktu pelakon giler glamour nie berceramah kat Kg. Jong Perak.

Persoalan gua adalah, siapakah gerangan bekas Ketua Pemuda UMNO kecewa seperti yang dimaksudkan bekas MB giler kuasa tu maksudkan. Jika pembaca ada jawapannya boleh ler kongsikan dengan gua.

Kalo korang tau apa yang bekas Ketua Pemuda UMNO kecewa tu cakap kenapa dia meninggalkan UMNO, boleh kita kongsi maklumat nie. Gua rasa mamat bekas Ketua Pemuda kecewa dia tak dapat projek kot.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 5 February 2013

Zed Zaidi Bikin Panas “Sejujurnya Saya Tak Kenal Siapa Psy” @rozaidijamil


Semua sedia maklum bahawa penyanyi Korea yang terkenal menerusi lagu 'Gangnam Style,' iaitu Psy bakal datang ke Pulau Pinang pada 11 Februari ini sempena 'Hari Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN).'

Berita kunjungan Psy ke Malaysia telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan peminat-peminat hiburan tempatan dan isu ini turut menarik perhatian Presiden Persatuan SENIMAN, Zed Zaidi.

Menurut Zed Zaidi, meskipun majlis tersebut tidak menggunakan duit rakyat, akan tetapi dia lebih gemar sekiranya majlis tersebut mengundang artis tempatan berbanding artis luar negara.

Dalam pada itu, Zed Zaidi turut menyarankan agar pihak berwajib mengutamakan perinsip '1 Malaysia.'
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[Panas] Bukti PSY Oppa Gangnam Bukan Di Taja BN...


Sebuah syarikat swasta gergasi Mega Ultimate dan bukan Barisan Nasional BN yang membayar penyanyi terkemuka Psy untuk tampil pada sambutan Tahun Baru Cina yang digembar-gemburkan berlangsung di Pulau Pinang minggu depan.

Penampilan Psy ditaja oleh sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.

Laporan ini menolak tuduhan cai2 PR yg kata kerajaan pusat menggunakan wang awam untuk membawa penyanyi "Oppa Gangnam Style" sebagai cubaan untuk menarik sokongan pengundi muda menjelang Pilihan Raya 2013.

Malahan persediaan dan makanan untuk sambutan ditaja oleh beberapa syarikat tempatan.

Sebanyak 50 makanan disediakan untuk 50 ribu orang tapi dijangkakan lebih ramai orang akan turun untuk melihat persembahan Psy nanti.

Monday 4 February 2013

Nashar Kena Pecat, Hadi Pening Nak Jawab????...


Presiden PAS, Hadi Awang enggan mengulas mengenai desakan pelbagai pihak yang mahu parti itu meneliti semula pemecatan Nasharudin Mat Isa sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Perkara itu sepatutnya dirujuk kepada Majlis Syura Ulama parti itu memandangkan keputusan terbabit dibuat oleh majlis berkenaan.

"Saya tidak perlu ditanya (mengenai pemecatan Nasharudin), orang perlu tanya Majlis Syura Ulama PAS. Itu hal (urusan) majlis terbabit," katanya.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk tokoh PAS mahu parti itu mengkaji semula keputusan memecat Nasharudin yang juga bekas Timbalan Presiden PAS sebagai anggota Majlis Syura Ulama.

Selain kajian semula keputusan pemecatan itu, mereka turut mahu PAS memberi peluang membela diri terhadap setiap tuduhan yang dibuat.

Nasharudin yang sentiasa konsisten dalam mempertahankan isu hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah dan sering kali mengkritik hubungan antara parti itu dengan DAP dipecat daripada Majlis Syura Ulama berkuatkuasa 13 Januari lalu.

Pemecatan Nasharudin dibuat atas alasan kerana kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers