Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 11 January 2014

Puaka Niring : Misteri Ibu Terkejut Kandungan Lima Bulan ‘Hilang’???


Seorang ibu muda terkejut apabila mendapati kandungannya yang berusia hampir lima bulan 'hilang' ketika melakukan pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan di Parit Buntar.

Ibu malang itu hanya mahu dikenali sebagai Liza, 30, berkata sebelum menyedari kandungannya 'hilang',  jururawat memaklumkan berat kandungan bayinya semakin menurun, namun tidak mengesyaki kejadian buruk.

"Selepas dua minggu berulang-alik melakukan pemeriksaan rutin, jururawat memberitahu bayi dalam kandungan sudah tiada, tetapi saya tidak percaya dan membuat temujanji dengan seorang doktor di klinik swasta, kemudian mengesahkan perkara sama.

"Masih tidak percaya, saya bertemu seorang lagi doktor di Hospital Parit Buntar (HPB) untuk membuat pemeriksaan dan hasilnya tetap sama. Doktor mengesahkan kandungan saya mengecut," katanya.

Liza berkata, kejadian itu menghancurkan harapannya untuk menimang cahaya mata kedua tetapi menganggap ada hikmahnya.

"Saya ada berjumpa bomoh yang memberikan jawapan sama apabila dimaklumkan anak dalam kandungannya diambil orang bunian atau makhluk halus. Penemuan itu bertujuan mendapatkan pandangan dari sudut mistik," katanya.

‘Perak Man’ Dikembalikan Ke Tempat Asal!!!


LENGGONG – Tinggalan rangka manusia berusia 10,000 tahun atau dikenali sebagai Perak Man, dikembalikan ke Galeri Arkeologi Lenggong pada Oktober lalu, tiga tahun selepas ia pertama kalinya dipertontonkan kepada umum di Muzium Negara pada 2010, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

"Keputusan untuk mengembalikan Perak Man ke sini bermula daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) selepas mereka mengisytiharkan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia pada 2012.

"Ia disimpan di dalam sebuah bilik khas untuk melindungi bentuk tinggalan tulang itu.

"Jabatan Warisan Negara memeriksa rekod suhu dan kelembapan bilik tersebut dua kali sehari," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Makanan Tradisional Lenggong pada Sabtu.

Perak Man akan dibuka untuk dipertontonkan kepada orang ramai bermula 15 Februari ini.

Perak Man dijumpai di Lembah Lenggong pada 1990.

Ahli politik dan rakyat Perak mula menggesa tinggalan tulang itu dikembalikan ke Lembah Lenggong sebaik saja tapak itu diiktiraf oleh Unesco sebagai Tapak Warisan Dunia.

Dalam perkembangan berasingan, Nazri berkata, National Geographic dijadualkan menyiarkan dokumentari mengenai Hutan Royal Belum pada Februari depan.

"Penggambaran dilakukan pada tahun lalu dan seorang orang asli kaum Temiar bertindak sebagai pemandu pelancong untuk krew-krew penggambaran itu.

"Diharapkan, dokumentari itu akan menarik minat negara Barat mengkaji hutan hujan tropika paling tua di dunia itu," katanya. - mStar Online

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 10 January 2014

Puaka Niring : Sotong Gergasi Buat Pengunjung Pantai Gerun...


Jika sebelum ini seekor ikan oar sepanjang lebih 100 kaki dijumpai terdampar di pantai California, kini seekor sotong gergasi pula ditemui di pantai sama.

Berdasarkan saiz luar biasa, pakar berpendapat kedua-dua haiwan ini datang dari perairan Futaba, Jepun yang menempatkan pelantar nuklear Fukushima Dai-ichi.

Mengikut teori mereka, salah satu kesan daripada kemusnahan yang pernah berlaku di pelantar nuklear ini pada 2011 telah memberikan kesan pada saiz sesetengah hidupan laut.

Malangnya, ada antara hidupan gergasi ini hanyut mengikut arus lautan hingga memasuki perairan Amerika Syarikat sekaligus menimbulkan kebimbangan masyarakat setempat.

Pengurus Santa Monica Parks, Cynthia Beard, bagaimanapun meminta semua orang bertenang kerana hidupan laut gergasi tersebut sudah mati dan jika masih hidup sekalipun, ia berada di lautan dalam dan jarang menghampiri manusia.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sketsa : Pemandu Lori Yang Lupa ‘Ukur Baju Di Badan Sendiri’….


Ada sebabnya mengapa tol mempunyai laluan khas untuk lori.

Jika tidak, beginilah jadinya.

Kejadian yang dirakamkan di Lebuhraya Kesas ini menunjukkan sebuah lori cuba memasuki laluan Touch n Go tetapi sangkut kerana badannya terlalu besar dan tinggi.

Hasilnya, lori ini menarik perhatian pengguna tol lain.

Mungkin, ini kali pertama pemandu lori kontena tersebut memasuki lebuhraya hingga tersilap masuk laluan tol, atau mungkin juga pemandunya terlupa bahawa hari itu dia membawa lori dan bukan kereta kot.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Punya Teruk Keadaan Zoo Surabaya Sampai Singa Gantung Diri???


Gambar seekor singa Africa ditemui mati terjerut kabel di Zoo Surabaya mula tersebar di laman siber sejak semalam.

Kematian singa berusia 18 bulan yang dipanggil Michael itu membuatkan aktivis haiwan kian bising dan meminta siasatan mendalam dilakukan di zoo terlibat.

Hal ini kerana antara bulan Julai hingga September tahun lepas sahaja, lebih 40 haiwan dilaporkan mati di zoo itu.

Antaranya termasuk seekor zirafah yang didapati menelan plastik seberat 20 kilogram dalam perutnya serta seekor harimau yang mengalami pereputan usus selepas diberi makan daging bercampur bahan kimia.

Haiwan-haiwan di Zoo Surabaya turut dilaporkan berada dalam keadaan menyedihkan.

Malah nasib sebilangan haiwan di sana menimbulkan simpati pengunjung seperti gajah yang dipakaikan gelang di kaki, unta yang terlalu kurus dan harimau yang diletakkan dalam kandang kecil.

Tambah menimbulkan kemusykilan, bangkai singa yang mati tergantung telah diturunkan oleh pihak zoo dan disembunyikan hingga bedah siasat tidak dapat dibuat.

Sementara itu, jurucakap zoo menafikan bahawa kematian berpunca daripada kecuaian sebaliknya memberikan alasan pada usianya singa tersebut gemar bermain dan itu mungkin menjadi puca lehernya terjerut kabel hingga mengakibatkan kematian.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 9 January 2014

[18SX] Suami Paksa Isterinya Yang Hamil Bersetubuh Dengan Remaja Lelaki 15 Tahun


Seorang suami yang memaksa isteri hamil melakukan hubungan seks dengan sepupunya mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya di Mahkamah Sesyen.

Seorang isteri muda berusia 19 tahun menjadi mangsa deraan seksual suaminya yang berusia 22 tahun apabila dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun.

Dalam kejadian 1 Januari lalu, si suami turut membantu remaja terbabit merogol mangsa yang sedang hamil selain turut merakam aksi hubungan seksnya.

Tertuduh pertama yang juga suami mangsa mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 376 Kanun Keseksaan serta Seksyen 375 Kanun Keseksaan.

Gempar!!! Gambar Sami Buddha Solat Di Surau???



Sekeping gambar boleh mencetus bermacam-macam andaian.

Dalam gambar ini, kelihatan dua lelaki berpakaian seperti sami Buddha dilihat ikut sama bersolat jemaah di sebuah surau.

Kejadian berlaku apabila sami-sami Buddha tersebut takjub melihat surau yang berada dalam pasar di Rantau Panjang, Kelantan tidak terjejas dalam kebakaran besar baru-baru ini hingga terbuka hati untuk mendalami Islam. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya.

Apa yang pasti, dua lelaki yang bersolat dan berada dalam saf ini sememangnya berpakaian seperti sami namun tidak diketahui jika mereka sudah memeluk Islam atau pun tidak.

Wallahua'lam. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

@TanSriAseh Tak Benar NGO Guna Dewan @putrajayacorp Penjelasan #KalimahAllah??? @NajibRazak @TengkuAdnanReal


"Salam... dijemput semua ketua masyarakat & pengerusi persatuan penduduk / kawasan rukun tetangga (krt) / surau / ngo2 dan ajk serta semua penduduk Putrajaya ke :

"Isu Kalimah Allah & Perpaduan Melayu Bersama Ustaz Nasharudin Mat Isa"


Tarikh : 8 Jan 2014 (Rabu)
Masa : 9 malam
Tempat : Dewan Serbaguna Blok C Pangsapuri Putra Harmoni (Flat Hijau) Presint 9.


Untuk makluman... pertukaran tempat bagi program mlm ini dari Dewan Serbaguna Kompleks Kejiranan Presint 9 ke Dewan Serbaguna, Blok C, Pangsapuri Putra Harmoni (Flat Hijau) Presint 9 adalah kerana pihak Perbadanan Putrajaya telah menarik balik kebenaran menggunakan fasiliti Perbadanan Putrajaya atas ketidaksetujuan tujuan penganjuran. Perkara ini akan dibincangkan kemudian bagaimanapun program harus diteruskan walaupun tidak mendapat sokongan.

Mohon dipanjangkan dan diwar2kan kepada orang lain semoga Allah merahmati bantuan tuan/puan... amin"

Itu adalah sebaran sms dan wassap dari NGO yang menganjurkan satu program ilmiah sesuai dengan isu semasa yang hangat diperdebatkan sekarang ini iaitu isu "Kalimah Allah" semalam di Putrajaya. Menurut sumber yang boleh dipercayai dikatakan pertukaran tempat program penerangan isu kalimah Allah ni dilakukan kerana Perbadanan Putrajaya (PPJ) mendapat arahan dari pihak atasan untuk tidak membenarkan NGO tersebut menggunakan dewan serbaguna atas alasan yang tak masuk di akal iaitu ia hanya boleh digunakan oleh komuniti sahaja bukan NGO.

Wednesday 8 January 2014

Kantoi!!! Berbaju Kurung, Bertudung Tapi Main Nombor???


Kalau dah namanya dosa, ia tetap dosa tak kiralah dikerjakan oleh sesiapa pun.

Namun bila kita berpakaian mencerminkan pegangan agama tetapi selepas itu buat perkara yang tidak sepatutnya, sudah tentu ia akan kelihatan lebih buruk.

Itulah jadinya apabila makcik-makcik ini didapati ikut sama beratur di kedai nombor ekor namun memakai baju kurung dan bertudung.

Sedangkan mengikut undang-undang, kedai nombor ekor tidak dibenarkan berurus niaga dengan individu beragama Islam.

Kalau nak kata kedai nombor ekor ada jalankan perniagaan sampingan lain macam urusan pajak gadai, rasanya tak pernah dengar pula kan.

Apa pun, semoga hidayah Allah sentiasa bersama kita hendaknya jadi dijauhkan daripada perbuatan dosa terutama pada usia senja.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 7 January 2014

"Jen Selter" Selebriti ‘Punggung Seksi’ Paling Popular Di Dunia!!!




Jika anda menyangka Jennifer Lopez atau Kim Kardashian adalah selebriti yang paling popular disebabkan memiliki punggung seksi, anda silap!

Selebriti yang benar-benar mempunyai ramai peminat disebabkan punggung adalah wanita bernama Jen Selter.

Jen yang merupakan perunding kecergasan mempunyai pengikut lebih 1.5 juta di Instagram, lebih 500,000 di Facebook dan lebih 100,000 di Twitter.

Tarikan utama Jen bukanlah wajah tetapi punggungnya yang boleh dikatakan sangat mantap dan jarang dimiliki perempuan lain.

Gambar "belfie" (gabungan selfie dan bum atau punggung) adalah status paling disukai pengikut media sosial Jen tetapi sekali sekala dia turut memuatnaik pos lain.

Dalam satu temu bual dengan majalah Elle, Jen tidak menafikan punggung adalah aset utama diri tetapi pada masa sama, dia masih mengekalkan privasi dalam kehidupan peribadi yang tidak diketahui pengikut laman sosialnya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kah! Kah! Kah! ‘Sultan Melaka’ Dakwa Dapat Dana Tabung Dunia…RM1 Trilion!!!


Kalau satu bilion itu maknanya seribu juta, satu trilion pulak adalah seribu bilion… kalau ikut wikipiedia… panjang kosong trilion ini begini… 1,000,000,000,000,000,000.

Begitulah punya banyak dana yang individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka dakwa akan dapat dari Tabung Dunia.

Dalam sidang media di 'Balai Seri Melaka' di Gombak Selangor, individu yang mahu digelar Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah (gambar) mendakwa, pihak Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah mengadakan siasatan selama sembilan tahun berkaitan tuntutannya untuk menduduki takhta raja di Melaka sebelum mengeluarkan surat pengiktirafan tersebut.

"Untuk pengetahuan semua ICJ adalah badan kehakiman telus dalam membuat keputusan dan surat pengiktirafan ini dikeluarkan berdasarkan kajian menyeluruh selama sembilan tahun sehingga keputusan dikeluarkan pada 25 November lalu.

"Jika ada pihak yang mengatakan Beta mendapat surat tersebut dengan membayar kepada ICJ, sila buktikan kerana beta bukan ahli politik yang mengeluarkan dan menabur wang untuk memancing undi tetapi beta hanya menuntut hak warisan beta," katanya.

Beliau memberikan sidang akhbar dengan memakai baju kuning lengkap sebagai seorang raja memberitahu, surat mengenai pengiktirafan tersebut telah dihantar kepada Yang Dipertuan Agong, Majlis Raja-Raja dan Perdana Menteri pada 2 Januari lalu.

Monday 6 January 2014

Sadis!!! Sedih!!! Penuntut IPTS Terjun Bangunan Sedih Dirogol...


PETALING JAYA –  Seorang penuntut perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini, cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat lima sebuah bangunan pasar di Seksyen 14, di sini, selepas dipercayai dirogol pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa yang berumur 24 tahun itu dipercayai dirogol di tempat lain sebelum dia mengayuh basikalnya ke lokasi kejadian untuk membunuh diri.

Pengawal keselamatan di bangunan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Hamdi, 30-an, berkata, ketika sedang berkawal, dia ternampak mangsa meletakkan basikalnya di kawasan belakang pasar itu dan menyangka mangsa hendak berjoging.

"Namun, selepas meronda di tingkat bawah, saya naik ke tingkat lima dan terkejut selepas ternampak wanita sama duduk di atas tembok dan bersedia untuk terjun.

"Apabila saya cuba menghalang, wanita itu mula menangis sebelum menjerit agar saya tidak mendekatinya," katanya.

Menurutnya, apabila dia berlari untuk mendapatkan bantuan, dia mendengar bunyi dentuman kuat di tingkat bawah dan ketika itu didapati wanita sama sudah tidak sedarkan diri.

Katanya, dia kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis.

"Wanita yang cedera itu kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut," katanya.

Menurut sumber, berdasarkan pemeriksaan doktor, ada kesan koyakan pada kemaluan mangsa yang kemungkinan mengesahkan mangsa dirogol.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan berkenaan wanita itu kini berada dalam keadaan stabil. – Harian Metro

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pemuda Belia Bersemuka Dgn @TanSriAseh Presiden @Putrajayacorp Pasal #HardRockCafe!!! @TengkuAdnanReal @MBKPutrajaya




Pagi tadi sekitar jam 11 pagi bertempat di Pejabat Presiden Perbadanan Putrajaya di Bangunan Perbadanan Putrajaya, wakil dari Pemuda UMNO Putrajaya yang diwakili oleh sdr Tom dan wakil Majlis Belia Kawasan (MBK) Putrajaya yang diwakili oleh sdr nasru bersama wakil NGO Putrajaya, En. Sufian telah mengadakan pertemuan empat mata bersemuka sendiri dengan Tan Sri Aseh berkenaan dengan isu panas di Putrajaya iaitu pembukaan HardRock Cafe di Putrajaya.

Kehadiran wakil-wakil ini adalah bagi menghantar memorundum bantahan terhadap cadangan membuka cawangan HardRock Cafe Putrajaya. Namun begitu, majlis penyerahan memo ini bertukar menjadi sesi penerangan apabila malam tadi Tan Sri Aseh menulis di wall facebooknya bahawa Perbadanan Putrajaya tidak akan membuka cawangan HardRock Cafe di Putrajaya sejajar dengan hasrat mahu mengekalkan Putrajaya terutama di kawasan kompleks pentadbiran dengan premis yang menjual arak dan minuman beralkohol.

Keputusan ini mungkin diambil oleh Tan Sri Aseh setelah menerima tekanan dan asakan dari penduduk Putrajaya sendiri dan rakyat Malaysia yang melahirkan rasa kecewa dengan hasrat tersebut sehingga ada facebook group dinamakan sebagai "Rakyat Malaysia Menentang HardRock Cafe Dan Kelab Malam di Putrajaya" yang mendapat lebih 7 ribu likes.

Itu la Tan Sri, lain kali kalo nak bercakap fikir dulu 18 kali sebelum nak mengeluarkan kenyataan terutama kenyataan bangang macam nie. Kenyataan pertama yang keluar paper kata dah dipersetujui dibuka HardRock Cafe selewat-lewatnya dalam tahun 2014 juga.

Sunday 5 January 2014

[18SX] Korea Selatan Buka Taman Tema Berkonsepkan Seks... LOVELAND!!!


Satu ketika dulu, apa sahaja yang berkaitan dengan seks pastinya menjadi perkara taboo di kalangan warga Asia terutamanya.

Namun sejajar dengan perubahan masa dan zaman, masyarakat dunia kini semakin terbuka dengan perkara tersebut.

Malah, Korea Selatan yang dikenali sebagai sebuah negara yang kuat berpegang kepada adat timurnya mula mengambil langkah terbuka mengenai perkara ini.

Pembukaan Loveland merupakan bukti mereka semakin open minded apabila taman yang dibina ini merupakan sebuah taman tema seksual yang berkeluasan sebesar dua padang bola sepak.

Taman ini mengandungi pelbagai patung dan aksi-aksi lucah yang sama sekali tidak sesuai dipertontonkan kepada kanak-kanak.

Loveland juga dikenali sebagai destinasi wajib dikunjungi oleh pasangan baru berkahwin untuk menghangatkan lagi aktiviti seks mereka.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apa Nak Jadi!!! Lagi ‘Gelagat’ Pengguna Komuter Bila Dapat Duduk...


Jika sebelum ini pernah disiarkan bagaimana sikap mementingkan diri pengguna komuter membuatkan seorang wanita mengandung duduk di atas lantai, ini sekeping gambar memaparkan sikap serupa turut bertebaran di media siber.

Gambar tersebut memaparkan pasangan remaja sedang membelek gajet tanpa menghiraukan seorang ibu yang mengendong bayi di tepi mereka terpaksa berdiri.

Dari sudut positif, semoga penyebaran gambar-gambar begini dapat mengingatkan masyarakat tentang tata susila menggunakan perkhidmatan awam yang kadangkala, mungkin kita semua terlupa.

Maklumlah sesetengah kita mungkin jarang menggunakan bas, LRT, komuter dan lain-lain pengangkutan awam sampai tidak tahu bahawa tempat duduk sepatutnya diberikan keutamaan kepada golongan yang lebih memerlukan seperti wanita mengandung, ibu yang membawa bayi, warga emas dan golongan OKU.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kelab Malam Pertama Bakal Dibuka Di Putrajaya??? @NajibRazak @TengkuAdnanReal @TanSriAseh @putrajayacorp


Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Hard Rock Cafe akan dibuka di Putrajaya tahun ini - Aseh Bernama

PUTRAJAYA: Hard Rock International dijangka membuka Hard Rock Cafe di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, pada tahun ini.

Ini merupakan Hard Rock Cafe yang kelima selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Kota Kinabalu.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat berkata tokoh perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir telah bersetuju membuka Hard Rock Cafe di Menara Ikhlas di Presint 3 di sini.

"Hard Rock Cafe Putrajaya akan dibuka dalam tempoh tiga hingga empat bulan pada tahun ini.

"Ia akan menjadi tarikan baharu di sini termasuk peminat-peminat motosikal Harley Davidson dan juga golongan muda," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Aseh mengiringi Syed Yusof melawat Menara Ikhlas di sini.


Berita mula diterbitkan pada: Januari 04, 2014 20:41 (MYT)

Tag: Hard Rock Cafe, Putrajaya, Aseh Che Mat



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers