Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 23 March 2013

Panas!!! Pengganas Lahad Datu Mengaku Diupah Tapi Oleh Siapa????...


Seorang rakyat Filipina memberitahu Mahkamah Tinggi dia dibayar untuk menyertai kumpulan pengganas menceroboh Lahad Datu pada awal Februari lalu.

"Saya diminta oleh seseorang dan dibayar. Saya bodoh melakukan perkara ini," kata Holland Kalbi dalam bahasa Bajau Filipina kepada jurubahasa ketika prosiding memindahkan kes terhadapnya di Mahkamah Tinggi Tawau.

Mohon ikat jamin.

Holland yang dipakaikan jaket keselamatan khas berwarna putih dengan tangan bergari, menyatakan demikian ketika memohon dibebaskan dengan jaminan.

Dia dan lima lagi tertuduh, Habil Suhaili, Timhar Hadir, Lin Mad Salleh, Atik Hussin Abu Bakar dan Basad H Manuel, didakwa menjadi anggota pengganas di Kampung Tanjung Labian, Jalan Kastam Lama dan Kampung Tanduo, dalam daerah Lahad Datu, antara 9 Februari dan 4 Mac lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Nizar Tak Berani Pertahan Dun Pasir Panjang????... @ZambryAbdKadir @AzwanBro


Keputusan Pas meletakkan Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di Dun Changkat Jering dianggap sebagai membuktikan gambaran Barisan Nasional (BN) yang mengatakan wakil rakyat itu tidak berani mempertahankan Dun Pasir Panjang, benar.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, keputusan itu sekali gus memperlihatkan karakter sebenar Nizar.

"Nizar kini dalam dilema kerana menyedari pengundi beliau marah.

"Dia tidak pernah bawa isu atau selesaikan masalah kawasan sepanjang menjadi wakil rakyat di Pasit Panjang," katanya.

Tambah beliau, keputusan Nizar untuk tidak mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada Pilhan Raya Umum ke-12 itu sememangnya sudah dijangka.

"Kenapa dia nak bertanding di Changkat Jering, tak perlu saya jawab, kerana rakyat dan anda semua boleh membuat penilaian sendiri," katanya.

Friday 22 March 2013

Puaka Niring : The Mystery Of The Thylacine...



The Thylacine, or Tasmanian Tiger, was declared official extinct in the late 1930s, but today people all over Australia claim to have seen one of these creatures. We sent our investigates to check out some of the most compelling sightings. You decide - extict or not.

Panas!!! Berani Ker Zed Zaidi Turun Ke Lahad Datu????... @rozaidijamil @HishammuddinH2O @KP_RELA @tunfaisal


Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menerima pelawaan untuk menyertai misi bantuan berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, yang ditauliahkan pangkat Leftenan Kolonel (Kehormat) Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) memberitahu telah menerima surat pelawaan secara rasmi pada minggu lalu.

"Saya terima pelawaan untuk menyertai misi bantuan tersebut pada Jumaat lalu, namun buat masa ini belum lagi menyatakan persetujuan kerana banyak program yang telah dirancang dalam masa terdekat ini.

"Saya dipanggil ke sana adalah bagi melihat dan merasai pengalaman untuk dikongsi dengan golongan artis," katanya ketika ditemui pada malam pelancaran Tabung Wira Negara, di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), di sini, malam Rabu.

Pelancaran tabung itu adalah bertujuan untuk mengutip derma bagi membantu keluarga anggota perajurit negara yang terkorban dan cedera dalam menentang pencerobohan di Sabah.

Tambah Zed, dia mungkin akan menyertai misi tersebut selepas beberapa program yang dianjurkan selesai.

Gempar!!! Inikah Wajah Pengganas Wanita Sulu Yang Berjaya Diberkas Itu???...


DALAM sidang akhbar semalam, kita semua dimaklumkan yang pasukan keselamatan berjaya menembak mati seorang pengganas ketika operasi penggeledahan di Kampung Tanjung Batu pada kira-kira 1.30 tengah hari Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut 63 orang.

Seorang militan wanita berusia lewat 40-an serta tidak bersenjata turut ditahan dalam operasi itu.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kejadian itu susulan daripada pertempuran yang tercetus pada 11.30 pagi yang menyebabkan seorang anggota tentera cedera di jari kiri akibat terkena serpihan peluru.

"Susulan itu, pasukan keselamatan terus menjejaki musuh dan berlaku pertempuran di mana pasukan kita telah membunuh seorang daripada mereka serta menahan seorang wanita," katanya.

Ketika ini di Lahad Datu heboh diperkatakan mengenai sekeping gambar yang didakwa pengganas wanita tersebut.

Tubuhnya kelihatan kurus dan tidak bermaya, pucat serta ketakutan.

Sehingga berita ini ditulis, belum ada mana-mana pihak yang mengesah atau menafikan perkara itu.

Difahamkan, pengganas wanita yang diberkas semalam juga dipercayai kuat mengamalkan ilmu hitam seperti mana rakan-rakannya yang lain.

Apapun tak kira sama ada pengganas itu secantik Siti Nurhaliza atau seseksi Angelina Jolie, atau berpenampilan seperti Mak Lampir sekalipun, yang penting dia telah diberkas!

Dia mesti diadili seadil-adilnya dan dihukum seberat-berat hukuman jika terbukti bersalah.

Tahniah pasukan keselamatan negara!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 21 March 2013

Puaka Niring : Jalan Paling Seram Di Dunia...







acam... ada beran... 

Gempar!!! Anwar Muncul Di Kampung Tanduo? Lahad Datu???...


KAWASAN Felda Sahabat di Lahad Datu kini dipenuhi dengan ribuan anggota keselamatan, itu belum dicampur dengan kehadiran kereta perisai, helikopter bahkan jet pejuang.

Jika dulu jalan-jalannya hanya dilalui oleh motorsikal, kereta dan lori kelapa sawit, tetapi kini keadaannya berubah sama sekali.

Namun ada satu perkara menarik yang boleh dilihat di penempatan Felda yang menjadi tumpuan seluruh negara ketika ini.

Di balik semua itu, ada satu senario' yang adakalanya kelihatan lucu bila dikenang kembali.

Kehadiran 'tentera karpet' yang nampaknya tidak langsung 'tergugat' dengan apa yang sedang berlaku.

Di kawasan Felda ini, terdapat ramai warga Pakistan yang menjual pelbagai barangan terutama karpet kepada pada penghuni di penempatan berkenaan.

Malah jangan terkejut, ada di antara mereka juga mampu menyewa lot kedai di Bandar Cenderawasih yang terletak di pintu masuk ke kawasan Felda berkenaan.

Panas!!! Jawapan @tunfaisal Bikin Mahasiswa UIA Melopong Ternganga???...



Tun Faisal Ismail Aziz : PRU 13 HARAPAN MALAYSIA @mahasiswa

Harap maaf audio kurang memuaskan kerana program berlangsung dalam dewan yang bergema...

Wednesday 20 March 2013

Panas!!!! Malam Gelap Di Kampung Simunul Lahad Datu!!!…


DUA puluh hari berlalu.

Kampung Simunul yang terletak di Semporna, Sabah terus diingati sebagai lokasi yang menyaksikan enam pegawai dan anggota polis kita terbunuh setelah diserang hendap sekumpulan pengganas militan Sulu yang tidak berhati perut itu.

Tidak cukup dengan ditembak, ada di antara pahlawan kita yang gugur itu diseksa, ditetak kepalanya, dirodok perutnya hingga terburai malah ada di antara mereka yang dipenggal kepalanya.

Yang cedera pula ada yang ditetak tangannya hingga hampir putus.

Tiga musuh bagaimanapun berjaya ditembak mati manakala beberapa orang lagi berjaya diberkas.

Bagi mengingati kembali peristiwa kejam itu, Mynewshub.my ke kampung tersebut semalam.
Ia hanya kira-kira tiga kilometer dari bandar Semporna.

Setibanya kami di kampung itu, kami mendapati kehidupan penduduknya berjalan seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku walaupun kejadian itu ternyata telah mencatatkan detik hitam dalam sejarah negara.

Kami pada mulanya singgah di sebuah restoran. Memesan secawan kopi sambil memerhatikan keadaan sekeliling.

Mungkin menyedari kehadiran 'orang asing', banyak mata tertumpu ke arah kami hingga membuatkan kami merasa tidak selesa.

Rakyat Malaysia Gempar Dengan Pembubaran Parlimen Palsu????... @NajibRazak @tunfaisal


Tengahari ni satu Malaya gempar menerima mesej pendek sama ada melalui sms, bbm, whatsup, email atau apa bentuk cara media siber yang ada kononnya PM sudah mengisytiharkan pembubaran Parlimen dan PRU13 bakal menjelang.

Maka bertalu-talu bbm, sms, whatsup dan email masuk ke tepon KN hari nie sampai x sempat nak baca. Ini antara bentuk mesej yang KN terima pasal pembubaran Parlimen oleh PM :

"Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini:

``Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.

``Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 dijalankan.

``Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen"

Panas!!! Cerita Ngeri Ketua Kampung Kutip Mayat Pengganas Sulu...



Peristiwa enam pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia dibunuh dan diseksa di Kampung Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac lalu  tidak mungkin dapat dilupakan oleh seluruh rakyat di negara ini.

Dalam kejadian itu, tiga pengganas militan Sulu juga berjaya ditembak mati.

Namun, disebabkan faktor keselamatan, tiga mayat pengganas tersebut tidak dapat dikeluarkan dalam insiden tersebut.

Memandangkan ia terbiar agak lama, mayat-mayat ketiga-tiga pengganas itu mula membusuk hingga meresahkan penduduk di kampung berkenaan.

Perkara tersebut kemudian disampaikan kepada ketua kampung, Ramlee Saraman.

Walaupun marah dengan pengganas yang terbunuh itu, namun Ramlee sedar sebagai orang Islam, mayat itu harus disempurnakan seperti yang dituntut syarak.

" Memang saya marah dengan yang mati itu, tetapi saya kena rasional dan tak boleh terikut-ikut dengan emosi… yang mati itu seagama dengan saya, saya tak boleh biarkan ia terus di situ, mayat mereka mesti diuruskan, bab dosa dan pahala mereka adalah urusan Allah.

" Lagipun saya faham benar keluh resah penduduk, bayangkan anak-anak mereka menggunakan laluan yang sama untuk ke sekolah, trauma mereka jadinya nanti.

" Bab bau jangan ceritalah, bukan seorang, tetapi tiga!," katanya.

Tuesday 19 March 2013

Puaka Niring : Makhluk Hodoh Ganggu Pelajar Perempuan???...


"Sejurus selepas ternampak lembaga hodoh di koridor sekolah, anak saya terus menjerit dan pengsan sebelum diikuti oleh tiga rakannya yang lain."

Demikian kata Roziana, 45 (bukan nama sebenar) ibu salah seorang pelajar yang mengalami histeria di sebuah sekolah menengah dekat Indera Mahkota.

Roziana berkata, ini kali pertama anaknya mengalami gangguan seperti itu walaupun sudah beberapa kali kejadian tersebut berlaku di sekolah berkenaan.

"Tidak sangka pula, kali ini anak saya pula yang menjadi mangsa.

"Apabila bercerita mengenai rupa mahkluk yang hodoh itu, anak saya akan takut dan tidak mahu ke sekolah kerana bimbang akan terserempak lagi," katanya.

Ketika kejadian, anak perempuan Roziana yang merupakan pelajar tingkatan dua berdiri di koridor sekolah pada waktu rehat sebelum menjerit apabila melihat makhluk hodoh tersebut.

"Sejurus selepas dimaklumkan oleh pihak sekolah, saya terus bergegas ke sana dan mendapati anak saya sudah sedar biarpun masih ketakutan.

"Mujur ada guru dan ustaz yang tolong anak saya jika tidak, saya pun tidak tahu apa nasib anak saya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Rosdi Ismail berkata pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan tindakan segera telahpun diambil oleh pihak sekolah.

Menurutnya, itu kejadian kedua yang berlaku di sekolah tersebut bagaimanapun tidak menjejaskan sesi pembelajaran.

"Kita nasihat pelajar terbabit supaya berubat dan ibu bapa serta guru diharap sentiasa memantau pelajar sekolah itu," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Insiden Lahad Datu Hanya Sandiwara Jamalul Kiram Sekeluarga???...


Insiden pencerobohan di Lahat Datu dilihat tidak lebih daripada sandiwara Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai pewaris takhta Kesultanan Sulu dan para penaja kempen beliau.

Tindakan Jamalul dan militan setianya tidak masuk akal sedangkan Istana Malacanang sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada penurunan pewaris selepas Sultan Jamalul Ikram II meninggal dunia (1884-1936).

Kumpulan militan bersenjata seramai 234 orang yang diketuai sendiri oleh adik Jamalul yang bergelar Raja Muda Agbimuddin Kiram mendarat di Kampung Tanduo pada 9 Feb untuk menuntut semula Sabah sebagai sebahagian daripada Kesultanan Sulu.

Selepas Kerajaan Malaysia bertindak untuk mengusir keluar kumpulan pengganas itu, dan selepas berpuluh-puluh anggotanya terbunuh Jamalul yang dalam mahu menjaga air mukanya berkeras bahawa pasukan militannya tidak akan berundur dari Lahad Datu dan mereka akan berjuang hingga ke orang terakhir.

Sandiwara "Istana Sulu" dipanjangkan lagi oleh polemik adiknya yang menggelarkan dirinya sebagai "Sultan Bantilan Esmail Kiram II" dan anak perempuannya "Jacel Kiram".

Plot sandiwara itu bertambah rumit dengan tidak kurang enam pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu yang tidak lagi diiktiraf.

Pemimpin tempatan (pembangkang) serta pesimpati dengan 'perjuangan Kesultanan Sulu' juga dipercayai menyumbang kepada sandiwara ini.

Monday 18 March 2013

[Gambar] 12 Perisai Bikin Pemberontak Goyang Dah Sampai Lahad Datu...


Seperti mana yang dijanjikan sebelum ini, Angkatan Tentera Di Raja Malaysia (ATM) hari ini membawa masuk kereta perisai berantai untuk mempertingkatkan kawalan dan kekuatan gempuran di sekitar kawasan Lahad Datu, Sabah.

Sebanyak 12 kereta perisai berantai sudah tiba di Felda Sahabat 16 bagi memperkukuhkan lagi Op Daulat di sana.

Sebelum ini, pasukan keselamatan menyatakan akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negera di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu sejak 12 Februari lalu.

Menurut Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, langkah itu diambil untuk menguatkan pertahanan dan kawalan serta bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat.

Selain itu, mereka turut menjanjikan akan membawa beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia yang akan dibuat secara peringkat-berperingkat.

Helikopter tentera darat telah pun tiba beberapa hari lalu.

"Pertambahan ini untuk meyakinkan rakyat bahawa kami mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk menewaskan musuh," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

@Abby_Abadi112 Teruk Kena Serang Bila Akaun Parody @Abby_Abadi211 Kutuk Tun M Pasal Lahad Datu???...



Penulis secara peribadi tak berapa gemar cara Abby Abadi berpolitik yang ada kalanya macam orang singkat akal dan main lepas cakap aje.

Namun, kalau satu hal tu Abby tak buat, tak elok juga nak belasah.

Ada tersebar di Facebook dan Twitter kononnya Abby mengutuk Tun Dr Mahathir melawat Lahad Datu sekadar untuk bergambar dan bukannya berperang.

Habis ramailah juga yang belasah Abby lepas tu.

Bendanya… Kalau melibatkan Tun M, baik penyokong kerajaan mahupun segelintir 'penyokong atas pagar' memang akan mengamuk betul-betul.

Hebat-hebat dan laser mulut Azwan Ali, pernah sekali terkutuk Tun M… Tak cukup tanah nak lari bila kena belasah balik... Sampai buat sidang media mohon maaf.

Jadi, petang semalam, sebaik tweet mengutuk Tun M tu keluar, Abby mula la diserang kiri dan kanan…

Namun hal ini penulis hendak katalah…Abby tak kutuk Tun M ok…

Yang keluarkan tweet tu adalah akaun parodi yang sekali imbas, memang sebijik macam akaun dia (gambar atas).

So… tak payah la nak maki hamun Abby dalam hal yang itu… Kat atas ni Mynewshub letakan kedua akaun itu sekali… Yang atas paraodi dan yang bawah tu asli.

Namun, penyokong Abby pun tak payah melonjok nak kutuk penyokong kerajaan ke apa… Tanya diri jugak kenapa orang cepat percaya Abby kutuk Tun M….

Sebab macam penulis cakap kat atas tadi… Abby memang ada rekod berpolitik cara main lepas cakap…. Sebab itu bila dia tak kutuk Tun M pun orang cepat percaya ayat-ayat tu datang dari mulut dia...
-MYNEWSHUB-
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

RM50K Menanti Penggiat Kreatif Di Portal #BNYCT???... @NajibRazak @KhairyKJ @tunfaisal


Wow! Lumayan... Kepada mereka-mereka yang teror dalam penghasilan kreatif di alam siber, inilah peluang untuk anda di luar sana menunjukkan bakat kreativiti anda dalam menghasilkan penulisan, bahan terbitan seperti video di YouTube, gambar-gambar kreatif seperti kartun. Semua hasil karya anda bolehlah di hantar ke portal BNYCT [KLIK SINI].

KN pasti ramai aktivis-aktivis media siber di luar sana yang mempunyai bakat-bakat terpendam dalam menghasilkan bahan-bahan kreatif di alam siber ini yang boleh diketengahkan dan diangkat hasil mereka ke tempat yang sewajarnya. Ini antara penghasilan kreatif yang boleh dijadikan contoh :



Maka bagi menghargai dan mengiktiraf hasil usaha penggiat kreatif, BNYCT menyediakan RM50,000 jumlah keseluruhan bagi semua kategori yang dipertandingkan. 

So, apa lagi anak muda... ayuh! tunjukkan bakat terpendam anda...

Sunday 17 March 2013

Pewangi Udara Dari Taik Lembu???...


Tahi lembu berbau busuk dan hanya digunakan sebagai baja di negara kita. Di negara miskin tahi lembu digunakan sebagai mortar untuk membina rumah dan juga bahan api untuk memasak.

Di Indonesia dua orang pelajar sekolah menengah menemui cara terbaru untuk mengitar semula tahi lembu. Dwi Nailul Izzah dan Rintya Aprianti Miki mengalahkan 1000 peserta Indonesia Science Project Olympiad (Olimpiad Projek Sains Indonesia) dengan pewangi udara berasaskan tahi lembu ciptaan mereka.

Sungguhpun menggunakan tahi lembu, pewangi udara yang dicipta dua remaja ini mempunyai bau seperti rumput yang menyegarkan. Ianya juga mesra alam dan jauh lebih murah kerana tidak menggunakan bahan tambahan kimia seperti majoriti pewangi udara yang ada di pasaran sekarang.

Untuk menghasilkan pewangi udara ini, tahi lembu ditapaikan selama 3 hari. Kemudian air dari proses penapaian dikutip sebelum dicampurkan dengan air kelapa sebelum disuling secara berperingkat selama 7 hari. Air yang terhasil dari proses penyulingan ini akan berbau seperti rumput yang baru dipotong dan kini boleh digunakan sebagai pewangi udara.

Dwi Nailul Izzah dan Rintya Aprianti Miki akan mewakili Indonesia di International Environment Project Olympiad di Istanbul tahun ini. Mereka sedang dalam proses mendapatkan paten untuk rekaan mereka. Syabas keapda dua orang saintis muda ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sketsa Niring : Isteri Nak Cabut Tapi Suami Tak Bagi Cabut???...


SEPASANG PENGANTI BARU. . . . .

ISTERI = adoi . . . sakitnya bang . ! macam mane ni bang.. . . ..,? (sambil mengerang)

SUAMI = jangan nangis sayang .. nanti emak ayah dengar. . . mereka mungkin belum tidur lagi tu. . . . (sambil menenangkan isterinya)

ISTERI = *tak dapat menahan sakit dan mengerang dengan kuat *

SUAMI = sabar sayang .! esok baru cabut. . . tahan je. . .

* sejak dari tadi bapa mertua lelaki masih belum tidur. . dia memang terdengar anak perempuanya mengerang. . . lalu dia terus menendang pintu kamar pasangan itu . . . dengan rasa geram dia berteriak *

BAPA = ni apa kena ni.? tak paham ke,? anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut . . .!! CABUT SEKARANG JUGA!!

ISTERI= (terkejut dengan tindakan bapanya lalu berkata) abah, takkan lah sakit gigi pon boleh mati. . . . lagi pun manalah ada klinik gigi yang buka 24 jam?

BAPA = §¥$¥+¥€£%¥$+*€§¥$*¥

maluw si bapa . . . . ^_^
lawak di petang hari....:) :) :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers