Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 20 March 2013

Rakyat Malaysia Gempar Dengan Pembubaran Parlimen Palsu????... @NajibRazak @tunfaisal


Tengahari ni satu Malaya gempar menerima mesej pendek sama ada melalui sms, bbm, whatsup, email atau apa bentuk cara media siber yang ada kononnya PM sudah mengisytiharkan pembubaran Parlimen dan PRU13 bakal menjelang.

Maka bertalu-talu bbm, sms, whatsup dan email masuk ke tepon KN hari nie sampai x sempat nak baca. Ini antara bentuk mesej yang KN terima pasal pembubaran Parlimen oleh PM :

"Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini:

``Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.

``Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 dijalankan.

``Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen"


``Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama."

``Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini."

Semboyan Dah Di Bunyikan, Ayuh Jentera2 BN Kita Pastikan Kemenangan BN Di PRU13.. Siap Siaga.. Kini Sudah Tiba Masanya.."

Tapi rupa-rupanya itu adalah mesej palsu yang cuba disebarkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab dengan tujuan yang tertentu. Inilah mesej kedua yang masuk membuat penafian akan kebenaran mesej pembubaran pertama :

"Itu Transcript 2008, Kita Punya Coming Soon.. Bagus Tgk Reply Sahabat2 Tg Begitu Bersemangat Dalam Menghadapi PRU13...

Welldone....Its A Wake Up Call for Everyone Utk Siap Siaga PRU13.. Pastikan Kemenangan BN..

"@PMOMalaysia: Salam sejahtera. Khabar angin yg menyatakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, oleh Perdana Menteri @NajibRazak, tidak benar sama sekali."

p/s : berderau jantung KN bila terima mesej palsu pembubaran Parlimen. Kalo bukan kerana KN suka menunggu bagi memperolehi kebenaran, mau rasanya dah jaja pasal pembubaran ni.

Apa pun kita sebagai rakyat perlu serahkan kepada PM yang akan membuat pembubaran Parlimen yang sebenarnya. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers