Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 5 July 2014

Kempen "Jihad Memerangi Orang Tengah" Mula Beri Kesan Positif Kepada Petani... @IsmailSabri60 #DSIS


Nampaknya kempen yang diketengahkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob mula menampakkan kesannya. Dengan menggunakan motto "Jihad Memerangi Orang Tengah" mula diterima oleh golongan petani, penternak dan nelayan. Hasrat murni Menteri Pertanian adalah untuk membantu golongan yang terlibat dalam pertanian dan industri asas tani dari ditindas oleh golongan "orang tengah" ini yang mengawal pasaran serta mengaut keuntungan berlipat kali ganda sedangkan petani, penternak dan nelayan hidup sengsara dengan pendapatan yang sedikit.

Nampaknya makin terhimpit kedudukan orang tengah yang selama ini mengaut keuntungan berlipat kali ganda daripada perit jerih petani, penternak dan nelayan mencari rezeki.
MoA dan Angkatan Koperasi Kebangsaan atau ANGKASA bersedia bersama sama memerangi kegiatan orang tengah dalam usaha membantu golongan petani, penternak dan nelayan memperolehi pendapatan setimpal dengan apa yang diusahakan oleh golongan tersebut.
Satu jawatankuasa akan dibentuk yang mewakili MoA serta ANGKASA dan dijangka akan memulakan mesyuarat pertama pada minggu depan.
Antara kerjasama yang boleh diwujudkan diantara MoA dan ANGKASA ialah dengan membenarkan produk produk pertanian dipasarkan terus ke kedai kedai koperasi di seluruh negara dan ini sekaligus akan membantu para petani, penternak mahupun nelayan memasarkan terus hasilan mereka kepada pengguna.
ANGKASA juga digalakkan untuk menceburi bidang pengangkutan dengan mengangkut barang hasilan daripada petani, penternak dan nelayan berikutan banyak koperasi pada masa ini menceburi bidang tersebut dan ianya juga salah satu cara menangani peranan orang tengah yang memonopoli perkhidmatan pengangkutan bagi mengangkut barangan pertanian.
Buat masa sekarang terdapat kira kira 5000 premis perniagaan berupa kedai koperasi dan agrobazar di seluruh negara dan jika persefahaman ini berjaya, Sangkakala dapat bayangkan bahawa orang tengah yang selama ini begitu rakus akan menyesal seumur hidup.
Sumber : Sangkakalajari9 

Tahniah Ku Nan, NGO Pertama Tunduk Tak Bagi Makan Gelandangan... @NajibRazak


Satu NGO menjadi pertubuhan pertama yang tunduk pada arahan Menteri Wilayah untuk tidak memberi makanan kepada golongan miskin di kawasan tumpuan pelancong Kuala Lumpur.

Kechara Soup Kitchen, memutuskan untuk tidak lagi memberi makan kepada golongan tersebut dalam lingkungan kawasan larangan yang ditetapkan.

Pengarah projek Kechara, Justin Cheah menyatakan mereka akan mematuhi arahan dikeluarkan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bagaimanapun, Kechara akan terus mengagih makanan kepada golongan miskin dan gelandangan di luar zon larangan tersebut.

Buat masa ini, NGO tersebut mengagih makanan antara jam 11 pagi hingga 1 petang di luar pusat operasinya di Jalan Imbi, yang berada dalam kawasan larangan.

“Perkhidmatan ini akan dihentikan. Tapi kita akan teruskan di kawasan lain," katanya.

Pendirian Kechara itu berbeza dengan satu lagi kumpulan sukarelawan, Dapur Jalanan Kuala Lumpur yang bertegas untuk terus mengagih makanan di kawasan operasi mereka di Jalan Panggung, dekat kawasan tumpuan Jalan Petaling.

Dikatakan tindakan yang diambil oleh NGO ini yang akur dengan arahan Ku Nan telah menyebabkan pihak pembangkang telah mengaitkan isu ini dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah yang dikatakan menjadi mendokong NGO ini hanya kerana beliau merasmikan NGO tersebut.

Inilah akibat kebangangan Menteri Wilayah Ku Nan membuat sesuatu keputusan membabi-buta yang akhirnya "back fired" kepada Perdana Menteri terutama isteri beliau. 

Thursday 3 July 2014

Kurang Ajar Pemandu Cina Ni Sain "P*****K" Kat Saman Polis???!!! @PDRMsia


Kurang ajar!!! Memang kurang ajar... Pagi ni gua dikejutkan dengan wassap dari seorang sahabat yang berkongsikan satu cerita pasal kisah seorang pemandu berbangsa cina yang dikenakan saman kerana melanggar lampu merah kat Pulau Pinang. Bukan soal kena saman yang gua nak highlight kat sini tapi pasal kekurang ajaran pesalah lalulintas berbangsa cina ini yang sain perkataan "P*****K" kat saman polis. Samseng betul cina ni. 

Kalaulah gambar saman polis ini tidak benar, gua mintak tuan punya badan buat pengakuan la.

Selamat pagi tuan
BF rpt 865/14
Pengadu Konst 181693 Thanesrau A/L Simasalam, 22 th, BP Bt Feringghi kejadian pd 2/7/14 jam l/k 9.50 pg semasa pengadu bersama Konst 181978 Suhairi bin Saadin sedang tugas ronda bit/patrol ( 2/7/14 @ 0800-1600hrs) telah menahan (1) m/kar jenis chevrolet no. pendaftaran PLE 2292 yang dipandu oleh 1 (L) Cina , penama Lim Pei Jye, KP: 730105-07-5397, Alt: 109, Jln Hassan Abas, Teluk Bahang, Balik Pulau PP, atas kesalahan tidak berhenti ketika lampu isyarat warna merah di hadapan Hotel Holiday Inn. Konst 181978 telah tahan m/kar tersebut di hadapan I Love U cafe serta minta IC dan lesen memandu (L) Cina tersebut. (L) Cina tsbut mnyatakan beliau telah lewat hantar anak ke sekolah dan mengatakan ' Ambil duit kopi sudah lah' tetapi pengadu tidak hiraukan terus keluarkan buku saman. Semasa sedang menulis buku saman (L) Cina tersebut berkata ' Oh you orang tidak mahu kasi saya peluang you tunggulah tengok nanti saya buat apa. Ok lah u tulis cepat sikit I ada hal penting'. Setelah pengadu selesai tulis saman, pengadu minta (L) Cina tsbut utk tandatangan Pol 257, setelah beredar dalam keadaan marah, pengadu semak POL 257 dan dapati tempat tandatangan penerima ditulis dgn perkataan ' pukimak' lalu pengadu buat laporan polis setelah dirujuk kepada Ocs. IO Syed Hafiz dan kedua-dua anggota dalam perjalanan berjumpa dgn IO. Tq tuan

Rujukan : SILA KLIK SINI



Menteri Wilayah Mahu Pemberi Sedekah Dikenakan Hukuman Denda Saman??? @NajibRazak


Panas!!!! cerita panas lagi pasal Menteri Wilayah ni yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan a.k.a Ku Nan. Sebelum ni Ku Nan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa penerima BR1M "KAKI JUDI" [SILA KLIK SINI CERITA PENUH] bila menghabiskan wang bantuan BR1M untuk berjudi. Kali ini Ku Nan keluarkan plak kenyataan yang tak boleh diterima akal. Denda saman menanti kepada "PEMBERI" sedekah kepada pengemis dan "PENERIMA" sedekah pula akan diangkut sahaja. Gua malas nak ulas lebih sebab sahabat gua dah ulas panjang lebar kesan akal pendek Menteri Wilayah ni yang mahu mengambil jalan muda. Setahu gua kalo bersedekah dapat pahala seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran. 

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Menteri Wilayah, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mana beliau mengatakan bahawa kegiatan meminta sedekah mencemarkan imej negara. 
Bagi Sangkalala memang kegiatan itu tidak sepatutnya berlaku di Malaysia dengan apa yang disebut sebagai negara yang penuh dengan kemewahan. 
Tapi kita juga perlu ingat, kalau undang undang ini hendak dikuatkuasakan, maka kaedah untuk mengekang kegiatan ini perlu diambil kira dan bukannya dengan hanya mengambil tindakan. 
Bukan niat Sangkakala hendak menentang niat baik kerajaan untuk membersihkan imej negara akibat dari kegiatan meminta sedekah, tapu dari satu sudut, memberi sedekah juga adalah salah satu amalan dan tidak salah sekiranya kita berkongsi apa yang ada dengan mereka yang kurang bernasib baik. 
Kalau hendak mengekang kegiatan memveri sedekah, maka peminta sedekah ini perlu diberikan sesuatu agar mer3ka tidak lagi menjalankan kegiatan yang dikatakan merosakkan imej negara dengan kegiatan mereka. 
Seperti yang Sangkakala selalu lihat apabila berjalan jalan contohnya di pasar malam jalan Tengku Abd Rahman, ramai peminta sedekah terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan kekal dan sudah kemungkinan besar mereka hidup tersepit. 
Jadi kepada pihak Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, sebelum hendak melaksanakan hukuman atau undang undang tersebut, fikirkan lah dahulu jalan penyelesaiannya dan mungkin dengan menempatkan pengemis ini di satu tempat khas dan diberi layanan secukupnya maka mereka tidak akan menjalankan kegiatan meminta sedekah lagi.
Sumber : Sangkakalajari9


PUTRAJAYA - Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.

Tengku Adnan berkata keputusan itu diambil selepas pihaknya bermesyuarat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa agensi berkaitan baru-baru ini yang antara lain, membincangkan masalah kebersihan serta isu gelandangan.

"Kita akan ambil satu kaedah di mana yang pemberi kita akan saman dan penerima pula akan kita 'angkut' kerana kebanyakan peminta sedekah ini adalah orang asing.

"Selain itu, badan bukan kerajaan yang memberi makanan secara percuma kepada gelandangan juga akan ditetapkan tempatnya dan tidak boleh merata-rata tempat kerana ini akan mengundang kekotoran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Nur Ramadan peringkat Putrajaya malam ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Tengku Adnan berkata kementerian itu dan agensi di bawahnya akan mengadakan majlis berbuka puasa di semua 13 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan agar dapat mendengar permasalan rakyat dan lokasi pertama ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 780 penerima antaranya anak yatim, fakir miskin dan orang kelainan upaya. - Bernama

Sumber : Sinar Harian

Wednesday 2 July 2014

Serious Kelakar…: Bila Lelaki Lebih Penakut Dari Perempuan!!!



DALAM banyak-banyak episod The Ellen DeGeneres Show, penulis rasa ini antara yang cukup menarik dan kelakar.

Berkisarkan mengenai sambutan Halloween baru-baru ini, Ellen menghantar dua orang stafnya ke Universal Studios’ Halloween Horror Nights untuk merasai pengalaman berada di rumah hantu.

Keletah lucu dan ketakutan staf yang juga penulis rancangan, Amy dan Penerbit Eksekutif, Andy telah berjaya dirakam dan ditonton lebih dari tiga juta kali di laman YouTube.

Apa yang menariknya, anda akan menyaksikan betapa takutnya Andy jika dibandingkan dengan Amy yang nyata masih boleh ketawa sewaktu mengharungi detik-detik ‘seram’ sepanjang berada di rumah hantu itu.

Memang terbaik!

Meja Menteri Wilayah Makan Mewah Tapi Orang Ramai Datang Makan Tak Cukup??? @NajibRazak


Panas!!! Memang panas!!! Ini cerita terbaru gua dapat pasal Menteri Wilayah merangkap Ahli Parlimen Putrajaya pasal majlis berbuka puasa semalam anjuran pejabat Kementerian Wilayah di Kiblat Walk Masjid Sultan Mizan atau Masjid Besi Putrajaya. Dikhabarkan juadah berbuka puasa untuk orang ramai tak cukup mungkin kerana ramai yang datang diluar jangkaan penganjur tetapi ada rungutan bila makanan orang ramai tak cukup tapi makanan di meja VIP kat khemah menteri bukan main mewah siap ada lauk tambahan lagi. Dikatakan ada rakyat yang tanya kat katerer kalo ada lauk lebih dari khemah menteri sebab ramai rakyat jelata dapat nasi dengan kuah sahaja tapi dimaklumkan jawapan katerer yang agak kurang wajar bila mengatakan makanan yang ada adalah lauk tambahan untuk khemah menteri.

Yang sedihnya waktu orang lain dah berbuka masih ramai yang tadah pinggan kosong macam orang mintak sedekah. Ada 2 katerer, satu katerer berbuka untuk masjid dan satu katerer lagi untuk majlis menteri. Menunya berlainan. Dah tentu yang majlis menteri tu lebih "special". Nasi dengan lauk katerer masjid pukul 7.20 dah habis tapi kat khemah menteri bersepah lauk-pauk. Apa lagi, rakyat jelata pun pegi la ke katerer majlis menteri. Nak tau apa waiter / waitress kata kat rakyat jelata, "kami terima arahan lauk yang berbaki tu untuk top-up meja kat majlis menteri sahaja"

Inilah sebabnya rakyat makin marah dan meluat dengan pemimpin dan menteri kerajaan BN terutama menteri UMNO bila cakap berdegar-degar buat semua untuk rakyat tapi benda macam nie takkan la tak nampak tak tanya. Bukan jauh pun sebelah khemah jer. Cuba berenti sat makan turun tahta tu bertanya khabar rakyat dah makan ker belum. Dapat lauk nak berbuka ker tak.

p/s : semalam gua pun berbuka posa kat majlis menteri lain tapi tengok semua orang cukup makan siap ada lebih lagi untuk bawak balik.... lain kali kalo nak ajak orang datang ramai-ramai biar cukup segalanya... jangan panggil satu kampung tapi benda ada untuk sekeluarga jer... mana pegawai menteri yang tak efektif tukar jer dengan yang lagi bagus... kan tak pasal-pasal menteri yang kena...

Tuesday 1 July 2014

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Meninggal Di Bazar Ramadhan Putrajaya... @NajibRazak


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga kakitangan Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Muhammad Kamal Salle Hodin yang meninggal dunia di Pasar Ramadan, Presint 3, Putrajaya semalam.

Najib juga turut meluahkan rasa sedih beliau ke atas kejadian yang menimpa mangsa itu.

"Berita kematian seorang penjawat awam di Bazar Ramadan Putrajaya semalam menyedihkan saya.

"Takziah kepada keluarga Muhammad Kamal, Al-Fatihah," kata Najib melalui akaun twitternya. Semalam, Allahyarham meninggal dunia kerana kepalanya terhantuk di tebing longkang di tepi pasar itu. Sebelum itu, beliau dikatakan gagal melompat longkang berkenaan.

Mangsa juga dikatakan kepenatan kerana terpaksa berjalan mendaki cerun yang agak tinggi sebelum dapat pergi ke pasar itu yang terletak sedikit tinggi dari paras jalan raya.

Beberapa keping gambar Allahyarham yang terbaring menerima rawatan kecemasan tersebar di laman sosial dan internet hari ini. Polis mengesahkan Allahyarham Muhammad Kamal meninggal dunia di tempat kejadian.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Monday 30 June 2014

Sebarkan!!! Bantulah Adik Firdaus OKU Yang "Viral" Baru-baru Ni....


Sempena kehadiran bulan Ramadhan al mubarak ini sama-samalah kita melakukan amal ibadah agar mendapat keberkatan Allah swt. Jika kita punya rezeki lebih kurniaan ilahi eloklah kita bersedekah membantu insan lain yang sangat memerlukan bantuan kita.

Negara digemparkan dengan cerita mengenai anak OKU yang diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan cerita mengenainya boleh kita baca di dada2 akhbar. Cuma kali ini bukan "story" dia yang saya ingin kongsikan cuma memohon rakyat Malaysia yang perihatin dan dermawan membantu adik Firdaus dengan menyumbang sekadar mampu terus ke akaun miliknya bukan ke akaun pihak ketiga.

Sumbangan boleh dibuat ke akaun miliknya :

Nama : Mohammad Firdaus bin Dullah
Akaun : Tabung Haji
No akaun : 010602000453616

Sumbangan ikhlas anda amatlah dihargai dan semoga Allah swt sahaja yang mampu membalasnya.

Maklumat Lanjut SILA KLIK SINI

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Kehadiran Isteri PM, Rosmah Mengembirakan Hati Adik Firdaus OKU!!! @NajibRazak


Pagi ini bertempat di Wad Kanak-kanak Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama dengan rombongan dari BAKTI telah sudi meluangkan masa menziarahi adik Muhammad Firdaus anak OKU yang baru-baru ini menggemparkan negara apabila berita anak kecil ini yang menderita dikurung oleh keluarga beliau diselamatkan oleh pihak Imigresen dan cerita mengenai beliau menjadi viral di media arus perdana dan media sosial.

Dalam kesempatan ini Datin Seri Rosmah meluangkan masa yang agak lama beramah mesra dan bermain dengan adik Firdaus yang dikhabarkan telah naik berat badannya sebanyak 2.3 kg semasa dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Kementerian Kesihatan dan Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

Kehadiran Datin Seri Rosmah juga diiring oleh ahli BAKTI yang terdiri daripada isteri-isteri pemimpin negara. Dalam "PC" beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menjaga adik Firdaus ini dengan kerjasama Kementerian Kesihatan. Ucapan terima kasih juga kepada Kementerian Kesihatan yang menjaga adik Firdaus di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban seterusnya kepada semua pihak media yang membantu.

Sunday 29 June 2014

Kah Kah Kah Kah!!! Video Pemandu Paling ‘Gigih’ Keluar Parking...





gua bukanlah orang yang ‘expert’ dalam bab-bab keluar masuk parking ini lantaran belum cukup otai dalam bidang pemanduan.

Tetapi, selepas menonton video yang baru dimuatnaik beberapa hari lalu di laman YouTube ini, nampaknya ada yang berganda-ganda lagi teruk rupanya.

Rakaman selama 4:03 minit melalui kamera litar tertutup di kawasan tempat letak kereta ini menyaksikan betapa bersusah-payahnya seorang pemandu untuk keluar dari kawasan itu.

Secara logiknya, tidaklah sesukar mana pun untuk keluar dari petak parkingnya sebelum itu, tetapi mungkin kerana tidak yakin dia memutar sterengnya ke arah yang salah.

Akibatnya, benda yang senang jadi susah berganda-ganda.

Dia terpaksa berhadapan dengan ruang yang sempit bagi ‘mengeluarkan’ keretanya sebelum usahanya itu berjaya kira-kira empat minit kemudian. Gigih!

Nasib baiklah ia bukan di kawasan parking yang sibuk, kalau tidak pasti ada yang naik angin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers