Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 8 February 2017

Siapa Sebenarnya Di Sebalik #DinarDirham??? #AraiEzzra @AraiEzzra


25 tahun dulu ketika manusia baru diperkenalkan dengan dunia digital kesan kemunculan teknologi baru dan asing seperti komputer, internet dan telefon mudah alih ramai manusia skeptikal akan keperluan dan kepentingan benda-benda ini dalam kehidupan seharian apatah lagi menjadikan ia sebagai sebahagian dari cara hidup. 

20 tahun kemudian muncul pula satu sistem baru dalam dunia pengurusan kewangan manusia apabila manusia tidak lagi menggunakan wang kertas sebagai media kewangan apabila kad kredit diperkenal. Manusia masih lagi skeptikal dan ada sebahagian kecil menentang penggunaan konsep ini kerana menganggap ia bakal menyusahkan kehidupan. Tapi akhirnya manusia di zaman ini tidak boleh hidup tanpa komputer, internet dan telefon mudah alih yang kini dikenali telefon bimbit.

Begitu juga dengan sistem kewangan tadi bagai mana ketika manusia mula-mula diperkenalkan dengan konsep "Kad Kredit" iaitu penggunaan kewangan tanpa membawa fizikal kertas wang ringgit sebagai medium transaksi pembelian. Kini dalam tempoh 5 - 10 tahun kebelakangan ini muncul pula satu bentuk kewangan baru iaitu teknologi blockchain sebagai pengganti medium wang kertas. Namun begitu, teknologi ini pun masih terlalu baru dan masih sukar diterima manusia terutama masyarakat di Malaysia.

Teknologi blockchain masih dianggap baharu di Malaysia dan inovasi DinarDirham belum diguna pakai di Malaysia, bahkan di peringkat global sekali pun. Namun, ada anak muda yang melihat ia sebagai satu sistem atau teknologi yang akan akhirnya diterima dan digunapakai di masa depan terutama di Malaysia sama seperti kad kredit.

Kerajaan Malaysia disaran membuktikan setiap inovasi yang beri manfaat kepada rakyat harus diketengah dan dibangunkan dengan lebih sistematik serta berkesan supaya semua pihak berkaitan mendapat faedah menerusinya.

Seorang anak muda bernama Muhd Azrainuddin Zainal melihat potensi teknologi baru ini sangat berpotensi besar seterusnya beliau menerajui inovasi DinarDirham telah mengharumkan nama Malaysia apabila diiktiraf di peringkat antarabangsa.


DinarDirham telah diiktiraf sebagai Penyedia Teknologi Kewangan Emas Paling Inovatif di The China Forex Expo di Shenzhen, China pada 28 Oktober 2016 yang lalu. DinarDirham adalah inovasi pertama di dunia yang belum pernah dibangunkan atau diguna pakai oleh mana-mana pihak sebelum ini. Melalui teknologi yang dibangunkan DinarDirham ia menyasarkan kewujudan 1,200 peluang pekerjaan bagi membantu pembangunan modal insan di Malaysia.





Akan aku kongsikan dalam tulisan akan datang kesan baik dan buruknya teknologi baru ini dalam kehidupan manusia. Negara jiran kita yang mungkin kita beranggapan agak mundur dan ketinggalan iaitu Thailand sudah ke hadapan menggunakan teknologi ini hinggakan menyediakan kiosk dan mesin ATM khas untuk pengguna sistem ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers