Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 31 October 2017

Pembangkang Terdiam Lepas Tahu Nilai Rizab Negara!!!! #Bajet2018 #JRKN @tankengliang


Selama ini pihak pembangkang sering merungut dan mendakwa bahawa kononnya ekonomi Malaysia amat nazak dan negara kita sudah muflis.

Ini termasuk menuduh konon rizab antarabangsa Malaysia hanya di bawah AS$50 bilion menyebabkan Bank Negara Malaysia tidak mempunyai wang yang cukup.

Bagaimanapun, selepas Pembentangan Bajet 2018 mereka terdiam apabila PM Najib mengumumkan rizab antarabangsa ketika ini adalah sebanyak AS$101.4 bilion (RM429 bilion).

Ini telah didedahkan oleh Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang menerusi laman Twitter miliknya.

“Terdiam pembangkang apabila Perdana Menteri @NajibRazak mengumumkan perkara ini dalam #Bajet2018. Satu lagi penipuan didedahkan apabila mereka berkata negara ini akan muflis,” tulisnya menerusi posting berkenaan.

Beliau berkata demikian di dalam posting yang turut mengucapkan syabas kepada Perdana Menteri ekoran keupayaan negara memiliki rizab antarabangsa yang agak banyak di luar jangkaan.

Berdasarkan pembentangan Bajet 2018 petang Jumaat lepas, Najib Razak selaku Menteri Kewangan mengumumkan kepada Parlimen bahawa negara ini disahkan ada rizab antarabangsa berjumlah AS$101.4 bilion (RM429 bilion).

“Rizab antarabangsa terkini adalah AS$101.4 bilion, pada 1997 hanya AS$21.7 bilion. Kalau rizab serendah AS$21.7 billion pun tidak muflis, apatah lagi sekarang AS$101.4 bilion,” kata Najib.

Perkara ini jelas membuktikan bahawa prestasi sebenar ekonomi Malaysia sebenarnya masih lagi dalam keadaan yang baik dan stabil.

Sementara itu, pembentangan bajet kali ini dilihat telah menciptakan sejarah manis buat negara apabila wakil Bank Dunia turut sama hadir mendengar ucapan Perdana Menteri.

Monday 30 October 2017

PM Najib Kata Zahid Hamidi Sahabat Susah Senang Beliau!!!! @Najib Razak @Zahid_Hamidi #JRKN


Sejurus selepas mengumumkan pelbagai khabar gembira semasa pembentangan Bajet 2018, PM Najib Tun Razak mengakhiri ucapan dengan memberi kata pujian buat Timbalannya, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Kata PM, semua kejayaan yang dicapai adalah hasil kerjasama secara berpasukan dan Zahid Hamidi bukan sekadar timbalan tetapi juga seorang sahabat yang setia.

“Dan segalanya hanya mampu diperbuat dan boleh dicapai dengan adanya kerjasama ikhlas sepasukan. Bertuahlah saya kerana mempunyai bukan sekadar seorang Timbalan Perdana Menteri, tapi lebih jauh daripada itu, seorang sahabat yang setia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.

Dalam pada itu, PM Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut menghargai di atas walak (kesetiaan) tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh ahli jemaah menteri dan pimpinan parti komponen dalam usaha membangunkan negara.

“Bersumpah dan berjanjilah bahawa kalau pun terpenggal putus tangan dari badan, sekali pun lumpuh kaki tidak bermaya, amanah dan harapan rakyat yang kita genggam jangan sekali-kali terlepas dan tergadai kepada pihak lawan. Ayuhlah, kita wajib tetap menggigit amanah yang diberikan itu dengan taring-taring dan geraham-geraham masing-masing sampai ke titisan darah terakhir membawa BN menuju kemenangan besar dalam pilihan raya umum ke-14 nanti, InsyaAllah,” kata PM.






Sunday 29 October 2017

Pemimpin Pakatan Harapan Terutama DAP Mahu Islam Yang Liberal Dan Sekular???? #JRKN


Terdapat pihak mahukan Islam yang membuka pintu kepada perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah S.W.T seperti judi, arak dan sebagainya kepada penganut Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, golongan itu mahu umat Islam menerima konsep bahawa urusan negara adalah kepunyaan manusia dan cuma agama kepunyaan Allah S.W.T

“Wanita Islam yang menutup aurat dianggap mengongkong diri dan tidak tahu bersosial. Bebas memakai pakaian mendedahkan sebahagian besar badannya tanpa rasa malu sehingga ada yang bertelanjang dikira hak kebebasan yang dihormati."

“Mereka yang menjalankan kewajipan menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran dikira bahaya mengancam masyarakat. Melakukan kemungkaran dan melindunginya dikira hak kebebasan,” petikan kata Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata, golongan seperti itu sebenarnya mahukan Islam tanpa hidayah mengikut bahasa Al-Quran kerana ia dianggap sebagai suatu yang jelik.

Jelas beliau, jenama yang mereka mahu adalah Islam Liberal atau Islam Sekular yang meninggalkan aqidah, syariat dan akhlak yang kononnya sealiran dengan zaman kini walaupun ia sebenarnya kembali ke ‘zaman jakun’

“Demikianlah hanggapannya terhadap Islam. Media massa (sosial) yang dikuasai digunakan habis-habisan untuk menyebarkan maklumat tersebut dalam dunia tanpa sempadan dan langit terbuka."

“Mereka lupakan pepatah mereka sendiri bahawa manusia tidak boleh ditipu dalam semua masa. Apabila Islam dicemuhkan, maka tetap ada kalangan manusia yang ingin tahu hakikat yang sebenar lalu membaca dan mengkaji. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh manusia yang berakal,” katanya lagi. – MYNESHUB.CC


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers