Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 22 June 2013

Panas!!! Ni Puak Mana Plak Bawak Bendera Indon Kat #PdgMerbok622 Masa #Blackout505!!!







Ni puak mana plak dah berarak ke Padang Merbok dok husung bawak bendera macam bendera Indon dah nampaknya siap berbintang lagi.

Dengar citer bebudak bangang nie nak menukar sejarah 100 tahun Malaysia. Ajernye bangang!!! Dah la tu siap melompat melalak menyanyi lagu dah macam beruk makye.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Video Panas!!! Pendemo #Blackout505 Bertempur Sesama Sendiri Kat #PdgMerbok622


Klik Sini untuk melihat video penuh 



Kesian!!! Bapak Sapa La Nie Tersadai Kat #PdgMerbok622... #Blackout505


Gua sempat melabuhkan punggung berehat di terowong pejalan kaki bawah jalan keretapi berdekatan Padang Merbok setelah penat berpusing-pusing sambil panjat bukit berdekatan bagi mengambil gambar dari angle yang tinggi.

Gua pun mengambil tempat di satu sudut yang agar terasing dari kelompok manusia. Gua lepak jap hisap rokok sambil mengambil angin barang seketika setelah penat berjalan, gua lihat ada tiga orang tua yang gua yakin sudah berumur lebih separuh abad sedang duduk di hadapan gua sambil seorang pakcik tu kelihatan sedang makan roti aiskrim dengan nikmatnya.

Mungkin pakcik nie kelaparan setelah penat seharian berhimpun tanpa diberi makan. Yang menjadi persoalan kat kepala gua, "bapak siapa la yang duduk sini sedangkan pada usia lanjut begini elok duduk rumah atau masjid beribadat? Nak mati syahid kot macam saranan pemimpin PasSesat?"

Gua terkenang bapak gua yang baru tadi gua sempat call sekejap kata sedang bersiap nak pegi masjid menunaikan solat Asar sebentar lagi. Sedangkan bapak siapa entah dok tersadai ikut sama perhimpunan yang belum tentu menjamin syurga.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lensa Niring 1 : Sekitar Himpunan #PdgMerbok622 Di Depan Sogo...





#PdgMerbok622 : Suasana Depan Sogo #Blackout505!!!


Suasana depan Sogo masih terkawal dengan hanya lebih kurang tidak sampai 500 orang pendemo berkumpul dengan memakai baju hitam.

Sekali sekala terdengar laungan mereka yang melalak macam beruk makye. Bila ada yang bersuara menjeritkan kata ikata Reformasi, maka berduyun-duyun la mereka berjalan menuju ke suara sumbang tu untuk berkumpul.

Bila suasana kembali tenang mereka mula duduk berterabur kat serata kawasan depan Sogo. Berdasarkan pemerhatian gua, majoriti yang datang adalah anak-anak melayu dan hanya segelintir bangsa lain terutama orang cina. Kebanyakkan mereka ini adalah orang luar yang diimport ke KL.

Boleh gua katakan puak-puak macai nie diimport datang ke KL bukannya nak berdemo sangat tapi lebih kepada nak datang KL makan angin jer. Maklum la hotel, makan minum dan pengangkutan disediakan oleh penganjur yang didalangi Pakatan Rakyat. Itu apa yang dinyatakan oleh mereka yang hadir bila gua interview depa ni.

p/s : nantikan seketika nanti gambar-gambar pendemo di sekitar Sogo ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Laporan Terkini Himpunan #Blackout505 Dari Padang Merbok!!!


Hari nie gua dengar cerita macai-macai Fuckatan akan berkumpul di Padang Merbok KL bagi melahirkan rasa tidak puas hati pemimpin agung mereka iaitu Pak Nuar Al-Juburi tidak dapat menjadi PM selepas kalah dalam PRU13 lepas.

Dikatakan beratus ribu rakyat Malaysia akan turun berkumpul. Dan gua pun sekarang dalam perjalanan ke KL untuk membuat liputan dari "ground" apa yang berlaku sebenarnya.

Nantikan laporan dari gua hari ini dari masa ke semasa dan gua akan update serta syer gambar-gambar dari lokasi kejadian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 21 June 2013

Puaka Niring : Perkahwinan Antara Manusia Dengan Jin Memang Boleh Berlaku…


Jawapan dari Ustaz Dr. Haron Din.

Soalan: Ustaz, saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu mengenai adik perempuan saya yang berperangai agak aneh. Kami sekeluarga amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya mengaku sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian.

1. Soalan saya, apakah perkahwinan antara manusia dengan jin boleh berlaku?

2. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut, sah atau tidak dari sisi Islam?


Halimatussaadiah
Bota, Perak


Jawapan 1


Puan,

Perkahwinan dalam erti kata yang kita fahami hari ini, tidur bersama selepas perkahwinan yang sah, memang berlaku di antara manusia dengan manusia sahaja seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah ar-Rum, ayat 21 (mahfumnya): "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari jenis kamu juga (manusia), supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dianugerahkan kepada kamu kasih sayang dan rahmat dari Allah S.w.T."


Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan hidup manusia dalam rumahtangga yang dirahmati Allah, adalah di antara manusia dengan manusia.

Mengenai dakwaan adik puan yang menyatakan bahawa dia telah berkahwin dengan jin. Pada saya hal ini memang boleh berlaku pada suatu kemungkinan (possibility).

Dalam sejarah sebagai contoh, berlaku kisah Puteri Balqis, Raja Perempuan di negeri Saba' (Yaman). Ada pendapat yang mengatakan bahawa, salah seorang daripada ibu bapanya adalah jin. Sama ada bapanya jin, ibunya manusia atau sebaliknya.

Tuesday, 18 June 2013

Gempak!!! Bila Pengetua Dan Guru Menari Oppa Gangnam Style Sebab Student Dapat 100%...



Published on May 24, 2013
Penketh High School's Head Teacher, Mr Hughes, performs Gangnam Style to celebrate a very successful year. Thanks to Warrington Collegiate, Woolston Hub, Mercedes Benz Warrington, Golden Square, Gulliver's World and Bold Heath Stables for their participation.

Apa Rasional SPAD Benarkan Harga Tiket Bas Ekspress Naik???? @NajibRazak @aduanSPAD


Apa rasionalnya SPAD membenarkan pengusaha-pengusaha bas ekspress menaikkan harga tiket dalam suasana ekonomi yang tidak menentu ini dan kenaikan drastik ini berlaku selepas PRU13 yang masih belum reda panasnya?

Apakah kenaikan harga tiket ini mendapat restu SPAD yang mungkin ada "tangan-tangan ghaib" yang mempengaruhi SPAD dan pihak berkaitan sehingga membuatkan pengusaha-pengusaha bas ekspres ini begitu berani menaikkan harga tiket sesuka hati?

Apakah kesannya kepada pengguna perkhidmatan bas ekspress ini yang kebanyakkannya terdiri daripada rakyat bawahan dan pelajar-pelajar sama ada diperingkat menengah mahu pun universiti?

Di bawah ini perkiraan yang dipetik dari blog Sangkakalajari9 mengenai keuntungan yang bakal diraih pengusaha-pengusaha bas ekspres. Sila baca :


"Sangkakala tengok dan baca dalam Malaysiakini baru baru ni ada tertera satu artikel tentang kenaikan harga tambang bas yang dituntut sehingga 30% oleh pengusaha bas ekspress semasa musim perayaan nanti.

Bukankah kerajaan telah menetapkan bahawa kenaikan 10% pada musim perayaan diberikan dari dulu lagi untuk membolehkan syarikat bas membuat sedikit keuntungan semasa musim perayaan?

Dengan menaikkan harga tambang bas rasanya akan lebih membebankan tambahan lagi bagi mereka yang tidak berkemampuan serta mempunyai ramai tanggungan.

Memang dalam kenyataan tersebut, pengerusi SPAD mengatakan bahawa ianya akan dikaji tetapi seperti yang telah sudah, tuntutan seperti ini akan mendapat perhatian kononnya situasi menang dan menang atau win win situation akan digunapakai.

Monday, 17 June 2013

Panas!!!! Malaysian Insider Bakal Disaman Pengerusi UMB @tunfaisal???? @NajibRazak


Panas!!!! Memang panas bila gua terbaca artikel pasal portal tak bermaruah macam The Malaysian Insider yang memanipulasi kenyataan Pengerusi UMB, Tun Faisal. The Malaysian Insider telah memanipulasi beberapa kenyataan yang ditulis Tun Faisal dalam blog beliau hingga yang jelas menunjukkan beberapa fakta adalah tidak benar dan jauh menyimpang dari tulisan asal.

Lantaran menimbulkan rasa kurang senang penulisnya hingga mengeluarkan penjelasan sebenar seterusnya menegur wartawan dan editor The Malaysian Insider agar lebih beretika dan berhati-hati dalam penulisan mereka. Dan jika perkara ini masih berterusan, Pengerusi UMB tidak akan teragak-agak untuk menyaman laman portal ini.

Apa dah mabuk pil kuda ker wartawan ngan editor The Malaysian Insider ni. Apa lagi... Saman jer biar hilang skit biol mabuk pil kuda tu.

Sila baca artikel penuh pasal isu ini di TunFaisalDotCom  

Report Card Khairun Aseh??? GAGAL SEMUA??? @NajibRazak


Ini hasil report card pasal Khairun yang dibuat oleh sebuah blog yang gua tak pasti blogger nie penyokong Pro Kerajaan ker or blogger Pro Pakatan pasal entri dia dua-dua dia hentam.

Tapi yang pasti gua setuju dengan report card blogger nie pasal memang si Khairun nie TAK LAYAK jadi Ketua Pemuda Putrajaya.

Ini apa yang blogger nie katakan pasal Khairun :

"Dibawah adalah hasil kuiz yang aku buat terhadap SUPOL Najib Khairun Aseh.Walaupun tak ramai yang komen tapi majoriti (hampir kesemua) 23 komen dibawah BERSETUJU dia GAGAL dan TAK LAYAK untuk memegang jawatan Supol Najib Razak." Lagi cerita penuh KLIK SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers