Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 4 January 2014

[18SX] Hubungan Blogger Seks ‘Alvivi’ Kini Berantakan, Vivian Tiduri Lelaki Lain



Hubungan pasangan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee atau lebih dikenali sebagai 'Alvivi' sebagai kekasih boleh dikira sudah berakhir selepas Alvin mengaku Vivian bukan lagi teman wanitanya.

Hubungan intim yang sepatutnya dilakukan secara bertutup pun dikongsikan dengan orang ramai, apatah lagi perasaan sendiri bukan?

Jadi tindakan Alvin dan Vivian menunjukkan masalah hubungan mereka secara terbuka ini tidaklah pelik sebenarnya.

Alasan perpisahan mereka juga langsung tidak mengejutkan iaitu Vivian dikatakan kantoi melakukan hubungan seks dengan lelaki lain di belakang Alvin.

Alvin menjelaskan kepada The Malay Mail, dia dan Vivian memang mengamalkan hubungan terbuka di mana mereka setuju bahawa masing-masing boleh melakukan seks bersama orang lain, dengan syarat di hadapan mata satu sama lain.

Bagaimanapun Vivian dikatakan ingkar peraturan itu apabila melakukan seks dengan lelaki lain di belakangnya, Ogos tahun lalu.

Sebagai balasan, Alvin melakukan perkara serupa sebulan selepas itu.

Panas!!! 70 Peratus Pemohon Baharu Masih Belum Daftar BR1M 3.0, Tak Nak Duit Ke???


Lebih 70 peratus daripada 900,000 pemohon baharu yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0) pada 2014 masih belum mendaftar, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

"Saya menyeru mereka yang layak untuk segera mendaftar dan mengemas kini maklumat sebelum 31 Jan ini bagi memudahkan mereka untuk turut menerima perlindungan caruman takaful i-BR1M," katanya.

Berhubung caruman takaful i-BRIM, beliau berkata kerajaan sedang memperhalusi perlindungan insurans dengan Bank Negara Malaysia dan beberapa syarikat insurans untuk dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Beliau meminta penerima BR1M 3.0 tidak melewat-lewatkan pendaftaran selain berharap agar kerajaan tidak melanjutkan tarikh pendaftaran itu.

"Sepatutnya rakyat telah belajar melalui BR1M 1.0 dan 2.0 dan tidak perlu memohon tarikh lanjutan kerana ini kali ketiga BR1M diagihkan," katanya dalam sidang media selepas melawat kaunter BR1M di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cyberjaya pada Jumaat.

Ahmad berkata sekiranya penerima melewat-lewatkan proses pendaftaran kesannya kemungkinan perlindungan insurans i-BR1M tidak dapat diperoleh yang mana tempoh perlindungannya bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2014.

Friday 3 January 2014

Puaka Niring : Seorang Lelaki Ghaib Ketika Nak Buang Air???


Kehilangan seorang penduduk di Ladang Sawit FELDA Raja Alias 2 sejak Jumaat lalu menggemparkan orang ramai apabila timbul khabar angin kononnya lelaki berusia 33 tahun berkenaan dilarikan 'orang bunian'.

Pekerja kontrak yang hilang, Mohd Nizam Ahmad, kali terakhir ditemui rakan sekerja kira-kira jam 5.30 petang pada Jumaat lalu, selepas dia yang pulang menaiki van bersama rakan lain dari tapak pembinaan di Kuala Klawang, dekat sini, berhenti membuang air kecil di ladang itu sebelum pulang ke rumahnya di FELDA Raja Alias 4.

Namun, rakan sekerja yang menunggu Mohd Nizam di dalam van terkejut selepas mendapati lelaki terbabit tidak membuang air kecil, tetapi sekadar menghadap sebuah pokok sebelum berlari ke dalam ladang berkenaan.

Hampir seminggu tidak ditemui, sebuah badan bukan kerajaan bersama 80 penduduk akhirnya menjemput ustaz dari sebuah pusat rawatan Islam bagi menggerakkan operasi mencari selepas keluarganya bimbang kehilangan itu.

Dalam solat hajat, bacaan Yasin dan zikir, pengamal perubatan Islam, Ustaz Abd Ghani Ahmad Zaighu mengetuai gerakan mencari bersama penduduk jam 9.45 malam.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

@jamawijaafar Dikecam Kerana Ajak Umat Islam Ke Masjid Sambut Ambang 2014??? @khairykj @azwanbro


"Kehadiran tahun baru lebih wajar diisi dengan solat hajat, bacaan Yassin dan doa selamat di surau-surau dan masjid di seluruh negara" - Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar.

"Ubah cara sambutan. Tidak perlu konsert, bunga api sambut tahun baru 2014, sebaliknya diganti dengan acara keagamaan." - Sinar Harian 29 Disember 2013.

Rasanya ini ayat yang sebenar keluar muka depan akhbar Sinar Harian bertarikh 29 Disember 2014 bukannya "Pemuda UMNO Malaysia nak buat bacaan Yassin dan doa selamat secara besar-besaran atau di semua Bahagian atau di peringkat nasional".

Nampaknya ada jugak yang tak reti bahasa melayu atau tak reti baca tulisan melayu kot bila mempertikaikan kenapa Jamawi tak buat program keagamaan tersebut di peringkat nasional. Takkan tak faham kot dalam Pergerakan Pemuda UMNO kan ada Biro Keagamaan yang dipengerusikan oleh Ustaz Azmir.

Takkan la Jamawi sampai bengap sangat nak langgar hieraki jawatan dan biro yang dipegang oleh Exco Pemuda. Biarlah exco yang berkenaan yang buat program yang bersesuaian dengan biro masing-masing. Karang kalo buat bising pulak melalak kata dah "cross border" masuk campur kerja biro orang lain.

Lagi pun Jawawi ajak umat Islam sahaja mengubah cara sambutan tahun baru bukan paksa pun. Apatah lagi melibatkan kaum lain dan agama lain pun selaras dengan Firman Allah dalam surah Al-Kafirun ayat 6 terjemahannya "Untuk kamu agama kamu dan untuk aku agamaku".

p/s : amboi... marah sangat kat Jamawi sampai isu agama pun jadi isu... yang dok melalak tu ada pi surau atau masjid ka baca Yassin ngan doa selamat tak... ka dok terkinja-kinja macam beruk makyeh tengok bunga api kot... hehehehehehehehehe

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 2 January 2014

Puaka Niring : Gadis Tiba-Tiba Mengilai, Mahu Menari ‘Ulik Mayang’ Tepi Pantai Port Dickson...


"Lepaskan saya, saya nak menari, jangan pegang saya… tolonglah," kata seorang wanita berusia awal 20-an yang secara tiba-tiba diserang histeria ketika tidur di dalam sebuah khemah di Batu 4, Jalan Pantai, di sini, awal pagi tahun baru.

Wanita terbabit yang mengikut teman lelakinya menyertai Pertandingan Bola Sepak Pantai Sepanjang Malam anjuran Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), mengejutkan orang ramai yang menyaksikan perlawanan itu apabila diserang histeria dan menari 'ulik mayang' pada jam 4 pagi.

Wanita berkenaan yang kemudian meraung sekuat hati dan berlari seperti mengejar sesuatu menyebabkan perlawanan terhenti seketika dan beberapa pengunjung terpaksa menenangkan wanita itu.

Saksi kejadian, Yusri Hassan, 35, berkata, sebelum kejadian dia sedang menyaksikan perlawanan bola sepak yang diadakan sempena sambutan tahun baru 2014.

Katanya, ketika asyik menonton perlawanan, tiba-tiba terdengar suara wanita mengilai seperti dirasuk daripada khemah berhampiran menyebabkan 100 penonton panik.

"Akibatnya, beberapa pengunjung menyerbu ke khemah wanita itu dan menyaksikannya dalam keadaan dirasuk," katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Lensa Niring : Gambar Keganasan Pendemo di Dataran Ambang 2014???





Wednesday 1 January 2014

Gempar!!! Sambutan Ambang 2014 Di Dataran Terpaksa Dihentikan Gara2 Baling Botol!!!


Panas!!! Memang panas!!! Panas hati dek kerana keBODOHan peserta perhimpunan membantah kenaikan barang telah merempuh kumpulan orang ramai dan pengunjung di Dataran Merdeka menyebabkan penganjur menghentikan pertunjukkan tepat jam 11.30 malam tadi demi menjamin keselamatan pengunjung dan orang ramai yang hadir ingin menyambut kehadiran tahun 2014.

Bermula jam 9.00 malam tadi peserta BODOH perhimpunan mula berkumpul dan mewujudkan gerombolan manusia. Peserta himpunan berjumlah sekitar 2 ribu orang sahaja mula merempuh benteng polis dan masuk ke Dataran Merdeka.

Pada mulanya suasana agak aman bila peserta BODOH perhimpunan bercampur dengan pengunjung dan orang ramai. Suasana mula menjadi panas apabila peserta BODOH perhimpunan mula bergerak ke hadapan pentas utama dengan membuat bising menjerit-jerit macam beruk kena belacan.

Pihak penganjur mula memindahkan para delegasi dan duta negara asing dari pentas VIP bila melihat suasana semakin tidak terkawal. Dalam masa yang sama kumpulan peserta BODOH perhimpunan mula bertindak liar dengan membaling botol air ke arah pentas ketika konsert sedang berlangsung. Akibat dari tindakan takda otak peserta BODOH perhimpunan ini pihak penganjur sambutan ambang 2014 terpaksa mengambil keputusan untuk memberhentikan persembahan.

Akibatnya, pengunjung dan orang ramai yang hadir bersama keluarga terpinga-pinga apabila tujuan mereka untuk menyambut tahun baru barsama keluarga terbantut dek kerana perbuatan BODOH lagi BANGANG peserta perhimpunan haram ni.

Tahniah kepada korang-korang yang BODOH lagi BANGANG ni telah berjaya menyusahkan rakyat dan pengunjung di Dataran Merdeka.

Terima kasih kerana menyusahkan rakyat!!!

Terima kasih kerana membuatkan rakyat marah!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 31 December 2013

Staf Jabatan Perdana Menteri Pun Turun Berhimpun Bantah??? @NajibRazak


Apa nak jadi ni!!! Apa sudah jadi!!!

Ini adalah tweet dari akaun twitter milik Freddie M a.k.a @freddiearifin menulis dalam laman twitternya berbunyi :


"Saya berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri hampir 10 tahun. Tapi maaf @NajibRazak m.m ni saya akan turun. Saya juga ada hak bersuara. #RPDM31D"

Sapa punya akaun ini tidak dapat dipastikan sama ada ini akaun sebenar atau akaun "fake".

Gua harap ada kakitangan atau pegawai PM di Jabatan Perdana Menteri mengambil berat kes ni sebab ia melibatkan kakitangan atau staf JPM yang sudah tentu berada secara langsung dengan pentadbiran ofis PM.

p/s : bahaya sungguh mamat ni... kalo betul la dia ni staf kat JPM, entah apa rahsia lagi dia boleh bocorkan...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 30 December 2013

Kantoi!!! Gambar Abby Abadi Protes Kenaikan Harga Walaupun Berpurdah??? @Abby_Abady112



Semua orang sedia maklum dengan 'keaktifan' bekas pelakon Gerak Khas, Abby Abadi dalam kancah politik.

Terbaru, tersebar gambar terkini dipercayai pelakon itu sewaktu protes mengenai kenaikan harga barang di Sogo, Kuala Lumpur baru-baru ini..

Biarpun berpurdah, ramai yang yakin bahawa wanita itu ialah Abby. Ia ditambah lagi dengan kehadiran lelaki yang dipercayai suaminya iaitu Farhan di sisinya.

Tak tahulah sama ada imej berpurdah itu merupakan imej terbarunya atau sekadar untuk protes itu.

Kalau benar Abby sudah berpurdah, baguslah. Cuma diharap dia akan menjaga sebaik-baiknya imej itu melalui perlakuan dan kata-katanya nanti.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 29 December 2013

Sketsa 18SX : Pakcik Tua Kene Tunjuk "Pele"???



Just For Laugh... LOGHAT KLATE

POK MAT : Ambo nok mitok kelulusey buat rumoh, lagu mano gak caro dio?

PUAN MINAH : Lagu ni, mulo-mulo kito keno tengok pele dulu.

POK MAT: Pele? Ambo ado doh!

PUAN MINAH : Mano? Kalu ado wat tubik lah, kawe nok tengok.

POK MAT: Weh, tok leh! Mano bulih!

PUAN MINAH : Bak po tok lehnyo? cepatlah wat tubik!

POK MAT : Kalu tok tengok tok leh ko?

PUAN MINAH : Tok leh la!!! kawe nok luluh guano, kalu kawe tok tengok!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers