Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Lensa Niring. Show all posts
Showing posts with label Lensa Niring. Show all posts

Monday, 19 January 2015

Lensa Niring : Kelab Sahabat Media Selangor (SMS) Sumbang Katil, Tilam Dan Almari Kepada Mangsa Banjir Kuala Krau Pahang!!!!



Semalam NGO Kelab Media Selangor telah turut sama ke misi bantuan mangsa banjir kali kedua apabila turut menyertai misi ini bersama-sama dengan sukarelawan menghantar barangan keperluan untuk Sekolah Agama Darul Naim Kuala Krau yang terdiri daripada katil, tilam, almari, dapur masak dan Al Quran yang juga disumbangkan oleh Kolej Pendita Zaa'ba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi. Misi bantuan mangsa banjir ini juga dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang juga ditemani oleh Ketua Penerangan UMNO Selangor, Dato' Zein Isma yang sudi membuat pelepasan konvoi.

Sumbangan ini diterima oleh Ahli Parlimen Kuala Karau yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat, YB Datuk Ismail bagi pihak Sekolah Agama Darul Naim Kuala Krau yang diserahkan oleh Ketua Rombongan atau "chief de mission" sdr Nizam.

Menurut Ketua Rombongan Misi atau '''chief de mission" sdr Nizam menjelaskan bahawa semua sumbangan ini adalah hasil usaha ahli kelab yang bersama-sama mencari sumbangan dan tajaan daripada orang ramai dan badan korporat termasuk dengan institusi pengajian tinggi. Sumbangan yang diterima akan terus disalurkan kepada mangsa banjir yang memerlukan. Jika orang ramai mahu menghulurkan sumbangan bolehlah membuat sedemikian dengan menghubungi di page "Sahabat Anak Selangor" atau KLIK SINI.

Menurut beliau lagi "Sahabat Anak Selangor" juga akan menghantar konvoi sukarelawan bermotor yang terdiri daripada anak muda ke lokasi banjir sekitar Pasir Salak dan Batu Gajah pada hujung minggu ini. Konvoi ini akan berkonvoi ke Perak seterusnya membuat kerja-kerja kesukarelawanan bagi membantu mangsa banjir dan penduduk setempat membersihkan sekolah, masjid, surau, dewan orang ramai termasuk kediaman penduduk.

Di bawah ini dikongsikan corat-coret lensa sekitar pelepasan konvoi dan majlis penyerahan bantuan mangsa banjir...



Monday, 5 January 2015

Lensa Niring : Lawatan Mengejut @nohomar Ke Pusat Bencana Banjir TUDM Subang Mengejutkan Petugas Dan Sukarelawan??? @NajibRazak


Petang tadi bertempat di pusat bekalan bencana banjir TUDM Subang, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Dato' Seri Noh Omar telah membuat lawatan mengejut bagi mengetahui perkembangan bantuan bencana banjir yang beroperasi di sana disamping bertemu dengan petugas dan sukarelawan. Setibanya di sana beliau telah diberikan taklimat secara ringkas berkenaan dengan operasi yang telah dijalankan sepanjang bantuan bencana banjir dalam keadaan santai di hadapan pusat tersebut oleh Ketua Staf Tentera Darat, Mejer Jeneral Datuk Mazelan bin Kasap. Tamat taklimat ringkas Dato' Seri Noh Omar di bawa melawat dan bertemu dengan petugas yang terdiri daripada anggota tentera dan sukarelawan yang sudah bertugas sejak dari mula pusat bencana banjir ini dibuka sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu Dato' Seri Noh yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor telah menyalurkan sumbangan segera berjumlah RM30,000 melalui Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) TUDM Subang dalam bentuk barangan keperluan pasca banjir yang akan diagihkan oleh petugas TUDM nanti ke lokasi bencana banjir yang akan ditentukan nanti.

Bersama ini dikongsikan corat-coret lensa lawatan tersebut.






Sunday, 28 December 2014

Lensa Niring : Sukarelawan Kementerian Pertanian Sudah Giat Bantu Mangsa Banjir!!! @NajibRazak @IsmailSabri60 #DSIS







Sejurus selepas arahan Menteri Pertanian, Industri Asas Tani Dato' Sri Ismail Sabri beberapa hari lepas yang menggerakkan sukarelawan dari pelbagai agensi di bawah Kementerian Pertanian mengumpulkan pelbagai jenis bantuan terutama barang berasaskan pertanian seperti beras, ikan, sayur-sayuran dari pelbagai pihak.

Seperti yang dijanjikan oleh Dato' Sri Ismail Sabri yang mahu agar semua agensi di bawah MOA turut membantu mangsa banjir yang mungkin memerlukan bekalan makanan segar seperti beras, daging, ikan dan sayur-sayuran.

Para sukarelawan MOA sedang giat membuat pembungkusan barangan di Pusat Gerakan Bantuan Banjir MOA bertempat di Depoh FAMA Dengkil sebelum dihantar kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur dan Utara tanahair.

Usaha murni seperti yang dilakukan oleh Kementerian Pertanian ini diharapkan sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers