Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 18 December 2014

Adakah "Line Up" Baru UMNO Selangor Ini Mampu Mengembalikan Selangor Semula Kepada BN??? @NajibRazak @nohomar



Senario politik negeri Selangor antara negeri dalam negara yang memang menjadi perhatian penganalisis politik, orang politik sendiri bahkan rakyat biasa yang membicarakannya di peringkat kedai mamak hatta sehingga ke warung kopi tidak kiralah sama ada yang diperbincangkan dan diperdebatkan itu cerita pasal kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat atau mengenai pergolakkan UMNO Selangor yang menjadi pembangkang dalam Selangor kini.

Segalanya bermula ketika PRU12 tahun 2008 ketika pertama kali Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dengan Pakatan Rakyat memenangi 37 kawasan DUN berbanding hanya 20 DUN yang dimiliki oleh BN. Maka ketika itu Selangor buat pertama kali memiliki Menteri Besar dari Pakatan iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim. Bermula 2008 sehinggalah ke PRU13 yang lalu Selangor masih gagal dikuasai kembali oleh BN. Persoalannya : KENAPA???? Kenapa BN yang diterajui oleh UMNO masih masih gagal mengembalikan Selangor ke tangan BN. Antara faktor yang tidak boleh kita ketepikan adalah kerana sokongan bukan melayu terhadap BN yang gagal dilaksanakan peranannya oleh parti komponen BN lain. Satu lagi punca tidak boleh kita sangkalkan adalah kerana pergeseran dalaman antara pemimpin UMNO itu sendiri dalam negeri Selangor. Umum mengetahui "perang dingin" antara pemimpin UMNO Selangor hingga terbentuknya kem-kem.

Apabila ini berlaku sudah pasti perpecahan bukan sahaja berlaku kepada pemimpin tertinggi UMNO Selangor bahkan akan diikuti oleh ahli-ahli di peringkat akar umbi apabila bos kawasan berpecah mengikut kem-kem ini tadi secara tak langsung ahli dan anak buah akan mengikut Ketua Bahagian masing-masing. Lantas bagi mereka yang suka melihat situasi ini akan mengambil kesempatan dengan menangguk di air keruh apabila dengan mengambil jalan mudah mencari siapakah yang mahu dijadikan "KAMBING HITAM" bagi diletakkan segala masalah dan kesilapan ke bahu "mangsa". Dan jika kita lihat apabila perkara ini berlaku paling mudah adalah menuding jari kepada Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Selangor selaku ketua atau pemimpin paling atas dalam parti UMNO di Selangor. Sudah tentu "mangsa"nya adalah Datuk Seri Noh Omar. Kesempatan ini diambil oleh pembangkang malah ditambah garam pula oleh ahli UMNO sendiri mula menyalahkan Noh Omar atas kegagalan merampas kembali Selangor.

Namun jika kita perhalusi senario ini jelasapa yang berlaku adalah disebabkan oleh sikap dan perangai pemimpin kawasan dan ahli UMNO sendiri di Selangor. Rentetan dari itu maka mula wujudlah "warlords" dalam UMNO Selangor yang masing-masing mahu menunjukkan kekuatan kuasa politik masing-masing kepada kepimpinan tertinggi UMNO terutama kepada Presiden parti. Ini jelas diperjelaskan oleh Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak menyebutkan bahawa bukan Noh Omar berubah atau diubah tapi ahli dan kepimpinan UMNO Selangor keseluruhannya yang perlu berubah seperti tulisan di bawah :
KUALA LUMPUR: UMNO Selangor memerlukan satu perubahan besar, selagi tidak dilakukan perubahan yang besar dari semua aspek, tidak ada ada harapan untuk UMNO Selangor mengambil alih Selangor, kata Ketua Kluster Politik, Keselamatan, dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak.
Jelasnya lagi, ia bukannya berpunca daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, tetapi seluruh UMNO Selangor itu sendiri.
“Tidak ada kaitan dengan Noh Omar, tetapi UMNO Selangor itu sendiri. Cara pentadbiran dan cara mereka menguruskan menyediakan satu platform untuk mereka berdepan dengan Pakatan Rakyat. UMNO Selangor masih tidak jelas.

Wednesday 17 December 2014

Lensa Niring : Ahli Parlimen Bera @IsmailSabri60 Bertemu Anak-anak Bera Di Perantauan Mengerat Silaturrahim


Semalam bertempat di Restoren Havoc Bistro Kg Baru, Ahli Parlimen Bera yang juga Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani Dato Sri Ismail Sabri buat julung kalinya telah membuat satu program di luar kawasan Parlimen Bera apabila menganjurkan perjumpaan dengan anak-anak Bera yang berada di luar Bera terutama kawasan sekitar Lembah Klang. Perjumpaan ini yang dibuat melalui hebahan di media sosial milik beliau terutama di facebook dan twitter akhir berjaya menarik lebih 200 anak-anak Bera di perantauan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor hadir ke majlis ini.

Dengan penganjuran program seperti ini secara tidak langsung memberi peluang kepada anak-anak Bera di perantauan untuk mengenali dan mendekati Ahli Parlimen mereka dengan lebih dekat lagi dan dalam suasana yang lebih santai tanpa terlalu banyak protokol. Usaha ini merupakan satu usaha yang baik bagi pemimpin terutama mereka yang bergelar menteri mendekatkan diri mereka dengan rakyat biasa yang mungkin agak sukar mendekati terutama ketika majlis-majlis atau program rasmi. 

Di bawah ini dikongsikan gambar-gambar suasana meriah perjumpaan Ahli Parlimen Bera bersama anak-anak Bera di perantauan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers